Wednesday 9 August 2017

TAK PERLU TUKAR NAMA MASUK ISLAM

Pejabat Kadi Daerah Pontian | Johor 2017

Untuk baca entri Sozcyili Susahnya Nak Masuk Islam di Selangor, Kerenah Birokrasi Banyak Sangat, sila sumpit di SINI.
Untuk baca Utusan Tak Perlu Tukar Nama Peluk Islam, sila celik di SINI.
Untuk baca entri Melayan Kerenah JPN Lagi dan Lagi, sila tikam di SINI.

Harap pembaca jangan salah paham, penulis bukannya nak membebel pasal jabatan agama johor pasal urusan pengesahan masuk islam isteri yang berlaku hari ini. Tetapi urusan pindaan maklumat JPN untuk menukar mykad isteri penulis yang baharu masih belum ada penghujungnya.



Pagi tadi penulis sudah berlarian ke Pontian bersama-sama isteri penulis (yang itu). Tujuan untuk mendapatkan sijil masuk islam isteri penulis (yang itu). Mula-mula penulis datang ke bangunan pejabat daerah Pontian (Pejabat Tanah Galian), tetapi jabatan agama sudah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Parit Mesjid, berhadapan Sekolah Dato Penggawa Barat - sekolah menengah penulis tingkatan 4 dan 5.

10.44am, ustazah yang bertanggungjawab tiada di pejabat. "Dia pegi bank sekejap, ini no henpon dia, wak telfon sendirik," kata abam ustaz yang sibuk menampal wallpaper sambil dibantu 2 orang pekerja wanita disitu. Bila penulis telefon, ustazah kata tunggu 15 minit nanti dia balik pejabat.

11.15am, setengah jam menanti, masih tiada bayang si ustazah. Bila penulis telefon, "kjap, saya dh kat opis," katanya kelam kabut. Bila ditanya pasal surat pengesahan, "maaf wak, saya baru keje sini setahun, nnti sy tanya pegawai kat dalam."

12.12pm, hampir sejam juga menunggu ustazah yang sedang berada didalam pejabat sementara penulis tunggu tercanguk didepan kaunter. Sampaikan abam ustaz yg mula-mula tegur pun tanya samada urusan sudah selesai atau belum.

12.15pm, ustazah muncul dan setuju untuk buat surat pengesahan masuk islam yang baharu untuk diajukan kepada JPN Setia Tropika.

12.35pm, surat pengesahan selamat di terima. Harap-harap nanti JPN Setia Tropika tidak meminta surat pengesahan yang lain pula. Aminn.

12.44pm, sebelum pulang ke gagang, singgah direstoran Selera Tradisi Catering di simpang lampu trafik Pontian untuk melayan isteri penulis yang nak makan berasak. Penulis pesan ketupat, rendang ayam dan kuah lodeh sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Surat Pengesahan Status Pengislaman

Selera Tradisi Catering | Pontian | Johor 2017

Kenapa Cina peluk Islam tak tukar nama? - Lim Jooi Soon

12 comments:

  1. Lain kali guna online lagi senang.. Tak perlu susah susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, ko penah berurusan dgn jabatan kerajaan ke? penah buat ic ke paspot ke online? xyah dtg kaunter, pastu ic atau paspot tu leh trus hntr kat umah? senangla kann..

      Delete
  2. semoga dimudahkan urusan Wak dan isteri. habis tu masa wak nak kahwin dulu senang tak? urusan pendaftaran nikah cmane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kawin koboi senang je., nk tau lebih lanjut ko pm tepi larr., hahar2

      Delete
  3. Harapnya selepas ini urusan di JPN mudahlah Wak...selagi tak selesai selagi itulah jadi fikirankan...amin...moga dipermudahkan ya urusan Wak dan isteri (yang itu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekaseh atas doa tu., mugo2 dipermudahkan., aminn

      Delete
  4. biasalah tu wak.... nsb lah wak n isteri sabar menanti yek...

    tp kan nama restoren yg wak sebut tu menarik minat dana nk try lah, kite ni nama je org pontian tp jarang sgt mkn kt area pontian... huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tryla cikKak kalo balik pontian., dekat dgn stesen bas lama., ;p

      Delete
  5. harap2 semuanya dipermudahkan ya wak

    ReplyDelete
  6. p/s br sempat menjengah arini

    ReplyDelete
  7. Karenah birokrasi mcm.ni lah yg buat org tawar Hari aduyaii

    ReplyDelete
  8. Banyaknya karenah birokrasi
    Semoga dipermudahkan dan banyak2 bersabar.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat