Wednesday, 27 September 2017

KENAPA RAMAI TIDAK TAHU WUJUDNYA SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPTA (JOHOR SAHAJA) ?



Assalamualaikum kawan-kawan penulis semua-semua lah.

Minggu lepas, anak lanang penulis yang baru mendaftar di universiti Alor Gajah itu telah meminta pengesahan status pekerjaan penulis dan isteri penulis (yang itu) untuk permohonan pinjaman MARA pengajiannya. "Tak boleh pesuruhjaya sumpah bah, misti ketua kampung, atau penghulu saja," katanya.

Dipendekkan cerita, petang itu juga penulis sudah berjumpa dengan ketua kampung tempat penulis bermastautin sekarang. Ketua kampung koboi stail. "Awak dah daftar Majlis Agama Islam? Anak masuk U leh dpt sehibu hinggit! Belum? Tu lah org kita, semuanya kena bagitau, mcm2 menteri besar dah buat projek.." membebel saja ketua kampung itu sambil menghisap rokok yang terjebit diantara dua jari. "Kalo org chayanunalif bole mohon nih mesti dorg dh berduyun2 tungu dpn opis Majlis Agama nak mintak bantuan," ketua kampung mengomel lagi dan lagi sambil menguis-nguis abu pontong rokok bertaburan atas borang-borang atas meja yang penulis bawa. Penulis layan saja.

Semalam penulis sudah selidik laman web Majlis Agama Islam Johor, kesemua borang sudah dimuat-turun. Kesemua salinan dokumen2 penting telah difotostet dan akan disahkan oleh ketua kampung yang sama pagi ini.

Pagi tadi, usai mendapatkan pengesahan ketua kampung itu dirumahnya, penulis pun berlarian pula ke pejabat Majlis Agama Islam di Kompleks Pusat Bandar. Urusan penyerahan permohonan bantuan pendaftaran anak lanang masuk U selesai tak sampai 5 minit. Semoga urusan dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Skim bantuan pendaftaran ke IPTA oleh YPJ (Yayasan Pelajaran Johor, gambar diatas) telah ditutup, sebab itu penulis cuba mohon melalui Majlis Agama Islam pula.

Nota carian lalat. Untuk negeri-negeri lain, sila terkam pautan di bawah. Amaran: penulis tidak bertanggungjawab atas kesahihan dan kewujudan pautan tersebut. Sebaik-baiknya, pemohon menghubungi pihak yayasan atau majlis agama dinegeri masing-masing. Wallahualam.

Negeri Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Perak
Negeri Pulau Pinang
Negeri Kedah
Negeri Perlis
Negeri Kelantan
Negeri Terengganu
Negeri Pahang
Negeri Sabah
Negeri Sarawak
Risda
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Info Bantuan Kewangan Lengkap bagi setiap negeri-negeri di Malaysia - LINK.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

16 comments:

  1. ANAK2 YG NK SAMBUNG BLJR MESTI PEKA TENTANG NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni psl politik, budak2 sekolah manalah amek tau benda2 politik camni., huhu2

      Delete
  2. wak kalu lahir kat sempadan johor boleh apply x? hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mykad kene ade angka '01' kat tengah2 tu ye., hehe2 tp rasenye negeri lain pon ade gak skim bantuan yg serupa kann., tnyelah ;p

      Delete
  3. untungla lahir di negeri bersultan ni..kalau kolumpo non hado..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper cikSal org key ell dh kayo rayo., hehe2 tapi ampang jaya tu kek key ell keeew? waktanyeje

      Delete
    2. Ampang tu selangor, tapi ic 14 kolumpo le wak..

      Delete
    3. xperla cikSal, nnti kalo anak ko dh besar nk masuk U ke ape xyah mohon subsidi BR1M pon xper sbb gaji laki ko dh lebih rm4k., huhu2 aminn

      Delete
  4. Tahniah Wak lalat and anak luanangnge.

    ReplyDelete
  5. Wak sebenar nya ni ada dah lama ,ketiga2 anak makcik ni semua dpt skim ni masa nk ke ipta.Tapi prosesnya agak lambat lebih kurang 3 bulan baru masuk akaun ,berbanding dengan PIJ....tapi PIJ dah xde bantuan pendidikan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lar mkcik., PIJ pon wak tak tahu wujud., huhu2

      Delete
  6. Replies
    1. negeri lain ada jugak., kene tnye kat yayasan n majlis agama islam negeri masing2 ye.,

      Delete
  7. Untuk makluman...ic saya kat tengah ada '01'...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg mkcik dh menetap kat mana pulak? hehe2

      Delete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly