Wednesday 25 October 2017

THE DANGER IN TAKING YOUR SPOUSE FOR GRANTED



Petang tadi penulis telah berlarian ke UTC di Galleria Kotaraya JB untuk menemani dan memperbaharui pasport isteri penulis yang itu.

7.14pm, tiba di pintu Pejabat Imigresen. Dan mula beratur kerana kaunter masih berehat dan ditutup sehingga jam 8 malam.
7.55pm, mengambil nombor giliran.
8.01pm, nombor dipanggil, ke kaunter, mengambil gambar.
8.37pm, nombor dipanggil, ke kaunter bayaran. Keliru atau sikap tak acuh, penulis ingatkan bayaran paspot rm200 untuk setahun, tetapi sebenarnya untuk 5 tahun! Dikertas notis tepi dinding pun tidak dinyatakan tempoh untuk rm200 itu.
8.47pm, urusan pembaharuan pasport baharu selesai.

Sebenarnya sebelum berlarian ke JB petang tadi, penulis ada pesan piza, penghantaran kerumah. Itu yang lambat bertolak. Isteri penulis (yang itu) ada pesan nak piza jenis baharu Chicken Cheesy Bites. Tapi penulis tidak endahkan kerana penulis sudah pesan 2 piza besar dan sederhana. Tapi bila piza sudah tiba dihantar oleh budak penghantar kerumah yang lambat sejam, isteri penulis (yang itu) sudah tarik muka, berguling-gulingan dan merajuk kerana tiada piza idamannya itu. Aiyah, weh, siapalah tak sayang bini, tapi ada kan, makcik kannnns. Jadi, tadi sementara menunggu urusan pasportnya di UTC Kotaraya, penulis pun terus memesan piza Chicken Cheesy Bites itu. Barulah nampak sedikit ceria diwajah isteri penulis (yang itu) dan situasi kembali tenang seperti biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

13 comments:

  1. wakkkkkkk.... kenapa byk semut kat skrin pc niiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahar2, ni namanye 'grainy effect' .., sesajewww

      Delete
  2. LZ dah rasa pizza ni Wak, biasa jer takde la wow sangat..
    Manja sungguh isteri penulis (yang itu).. Opps! Gurau jer Wak.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pizza biasa je cuma byk sgt cheese gituuu., manjalah sangatt., hahar2

      Delete
  3. Hahahha... tajuk mengundang sangat. Baiknya hati Wak layan karenah isteri yang itu cia..cia..cia..

    Mrs. A dah pernah rasa piza flavor baru ni Wak time ganglunch makan di piza hut tapi tak habis pun so tapaulah bawa balik.

    Rasanya biasa-biasa jer... iklan je lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je., cuma byk sgt cheese keju tuu., ade org suka ade org x suke ikut citarasa memasing la kannns., huhu2

      Delete
  4. heheheh tulah wak, org laki gitu lah... bini ckp takmo dgr elok2 bila dh dpt apa di pesan... tak betul spt diminta apa lg muncung lah... baru rasa nyesal hehehhe

    ReplyDelete
  5. isshh buat org teringin je gulp

    ReplyDelete
  6. Bagusnya wak, melayan permintaan isteri (yang itu). Kipidap! :D

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Orang perempuan kalau merajuk, ubat terbaik adalah makanan. Dari bagi bunga ke teddy bear ke, membazir semua tu

    ReplyDelete
  9. bile lagi nak tunaikan hajat isteri kesayangan buah hati intan payung kan wak..x ternilai pengorbanan dan kasih sayang dia walaupun dengan wang ringgit 2.6b tu. yang penting, dia heppyyyyyy...rumahtangga pun aman bahagia..semoga wak kekal bahagia sampai ke jannah bersama isteri dan anak2..amin :)

    ReplyDelete
  10. Pizzahut tak best, Domino's baru la best :P

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat