Friday, 6 October 2017

WANITA INI DAPAT RM14 RIBU ‘WANG TAK DITUNTUT’, INI CARA DAPATKAN DUIT KORANG! RAMAI TAK TAHU



Pagi Khamis tadi penulis telah berlarian ke Jabatan Akauntan Negara di Bangunan Tabung Haji JB. Gara-gara viral cerita WANITA INI DAPAT RM14 RIBU ‘WANG TAK DITUNTUT’, INI CARA DAPATKAN DUIT KORANG! RAMAI TAK TAHU.

8.30am, penulis tiba di lobi bangunan, bertanya abam polis yang jaga di kaunter. Abam polis kata panjat tingkat 8. Bila penulis masuk lif, ada nota di dinding lif kata untuk tuntutan Wang Tak Dituntut sila ambil nombor giliran di meja di aras tanah. Jadi penulis turun balik bertanya semula kepada abam polis tadi yang mengarahkan penulis bertanya kepada staf jabatan akauntan dipintu luar. Ahkak staf kata kena ambil nombor giliran dimeja yang sudah dikemas di sudut bawah itu. "Org yg jaga takde, dh tutup, wak kene dtg esok, tp esok jumaat cuti," kata ahkak staf. Tertera diatas meja, "hanya 150 penuntut sehari sahaja." Penulis sudah kuchiva. Ingatkan nak terus pulang, tapi alang-alang buah kepayang, penulis gagahkan diri panjat lif ke tingkat 8. Sampai tingkat 8, orangramai sudah ramai, penulis bertanya kepada abam yang sedang memegang borang yang ada nombor giliran. Abam kata kena ambil nombor giliran dikaunter depan. Ahkak kaunter beri borang putih beserta nombor giliran no 54. Bayangkan kalau penulis terus saja pulang tadi dan mungkin datang lagi minggu depan, bukankah itu perkara yang sia-sia. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh diharap! OTL

9.09am, masih tunggu dikaunter, no giliran 14. Penulis agak-agak giliran akan dipanggil disebelah petang. Tertekan perasaan dan panik, penulis ke kaunter ahkak serahan no giliran tadi, ahkak kata, "nombor wak dipanggil sebelum jam 10.30". Penulis keluar dari bangunan, sempat lagi jalan-jalan ke pantai lido, mengambil angin didepan pejabat pos.

9.39am, tiba semula, nombor giliran sudah ke 34.

10.10am, nombor penulis dipanggil. Ahkak kaunter no 3 layan penulis. Serahkan mykad dan borang tadi. Ahkak kaunter tulis 2 borang sebab tak cukup ruang. Ada 11 bank dan agensi yang memulang wang penulis yang tak dituntut. Olehkerana, jumlah wang tidak lebih rm100 maka ahkak kata tak perlu ke bank atau agensi tersebut. "Nanti kalo wak dtg lagi, sila bawak fotostet ic, salinan muka hadapan bku akaun/penyata bank yg masih aktif,tertera nama dan nombor akaun wak, disahkan oleh pihak bank itu sendiri. Kalo takde tandatangan, sy taknak terima," beritahu ahkak, "dan juga wak download borang UMA-7 dan isi dan bawa bersama."

10.19am, selesai urusan di kaunter Jabatan Akauntan.

Nota lalat. Firasat penulis mula-mula tadi tentang kena beratur panjang dan takut nombor giliran habis hanyalah fobia semata-mata kerana terlalu banyak viral di facebook menyatakan demikian. Hakikatnya, urusan amat mudah cuma kena tunggu saja giliran.

Nota lalat lain. Hari ini 4 Oktober adalah harijadi isteri penulis (yang itu). Kanda doakan semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan baik senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Later at night:
Fish n chips, Vivo at Aeon Tebrau City.

6 comments:

  1. banyak jugak dpt tu boleh makan sushi king

    ReplyDelete
  2. wah rezeki sbb rjn berusaha walau dirasa agak payah mulanya. tahniah happy birthday isteri wak yg sorang tu
    hmm kak juga ada baki BSN yg ditutup akaunnya tapi susah juga kak nk gi tuntut

    ReplyDelete
  3. Belum sempat terjah lagi.
    Harap2 juga dapat rezeki tergolek

    ReplyDelete
  4. yang lmbat tu kat KL kot Wak.taulah KL kan ramai orang

    ReplyDelete
  5. Untungla....

    Mujur Wak tak terus pulang. Kalau tak rugi masa dan tenaga.

    ReplyDelete
  6. lama sudah tak jejak kaki di mahkamah JB.
    last skali ntah 3-4 thn lepas...

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly