Saturday 3 August 2019

PISANG LEMAK MANIS



Assalamualaikum kewan-kawan penulis semua-semua lah.

Sudah lama penulis tidak kemaskini blog penulis yg biasa-biasa ini.
Kesibukan ditempat bertugas memotong rumput inipun pada tahap biasa.

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR
Dua minggu lepas, abang ipar penulis ada memohon untuk menjualkan buah cempedak di kebun kampung penulis yg sekangkang monyet itu.
Tahun lepas dapatlah berjuta-juta lemon hasil jualan yg dibahagi dua.
Tahun ini ada 2 pokok cempedak sudah berbuah.
Pagi tadi abang ipar penulis menelefon dan memberitahu bahawa buah-buah cempedak yg hendak dituainya sudah dikebas orang.
Sudahlah, penulis akur, bukan rezeki kami.

URUSAN JUAL BELI RUMAH SELESAI
Setelah hampir 3 tahun, akhirnya urusan jual beli rumah merpati penulis di Bukit Belacan itu selesai.
Selepas mengharungi segala halangan rintangan politik di zaman BN dan PH yg penuh tipu muslihat.
Alhamdulillah.

Oh, nama pisang diatas itu ialah pisang lemak manis atau pisang monyet, kata rakan sekerja, Sarip Dol.
Kemaskini. Tapi, kata rakan blogger Warisan Petani pula, nama pisang itu ialah pisang 40 hari. Ghitewwww.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

8 comments:

  1. Tu sebenarnya pisang 40 hari wak

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Wak.

    Apa khabar?

    Sedap pisang lemak ni. Kecik2 comey je ha. Hehe. Isi sedap.

    Alhamdulillah. Syukur jual beli rumah da selesai. Selepas 3 tahun. Lama tu wak.

    ReplyDelete
  3. posang kegemaran sy ni😊

    ReplyDelete
  4. Orang kampung saya panggil Pisang Budak ni Wak, sebab saiz dia paling kecik kot antara pisang yang lain...

    ReplyDelete
  5. wak sedapnya pisang ni. Setandan pun tak puas....hehehehe Orang sekarang hasil kebun orang lain pun sanggup di curi hanya kerana nak di jual dan dapat hasil lepas tu bagi anak makan....huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. sedapnya pisang tu wak, ooohh pisang lemak manis mmg ada yg panggil pisang 40hari... sbb katanya dia msk dlm masa 40 hari...

    manusia ni mmg mudah keje kan, org susah2 nanam cempedak tp sedap2 dia kebas yek

    ReplyDelete
  7. mesti sedap kang wak kann...rajin wak nulis, gambar pisangnya pun cap jempol..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat