Sunday 15 September 2019

BLOOD SCREENING TEST



Pagi tadi selepas berlarian membelanja barangan dapur di Tesco, penulis pun berlarian terus ke klinik.
Sudah lebih 2 tahun, maka penulis pun haruslah membuat pemeriksaan dara dan kencing.

Doc cucuk tangan kanan.
Tiga balang dara.
Nanti kencing setengah botol, kata doc.
Iyela doc.

Selepas berjumpa doktor, barulah penulis membatalkan puasa sejak tadi malam.

Semoga keputusan kesihatan penulis sentiasa ditahap baik. Aminn ya robbalalamin.

Updated. LDL cholesterol 3.2 (<2.6) Older links: Kolesterol

Cerita lain lalat pasal kesihatan.
Minggu lepas ada kawan2 sebaya penulis yg mengalami masalah kesihatan.
1. S bukan nama sebenar keluarkan batu karang sendiri dengan minum air kelapa yg dibakar.Takut pergi ke hospital untuk dimasukkan tiub tanpa bius dan dipaksa bugil depan nurse yg jeliter, katanya.
2. Kawan kepada T bukan nama sebenar dimasukkan ke wad IJN berdekatan tempat memotong rumput itu. Sakit jantung katanya. Suka makan sup daging dan internal organ binatang.
3. Kawan tugasan lama, Shuko, baru 48 tahun telah meninggal dunia kerana sakit jantung secara tiba2. Kebetulan anak lanang Shuko bertugas dipadang yg sama dan sempat menghantar beliau ke Hospital Pusrawi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

5 comments:

  1. innalillahi wa inna ilaihi rojiun

    ReplyDelete
  2. Mudah2an gula dan kolesterol dalam dara wak normal.

    ReplyDelete
  3. moga2 sehat walafiat dan remaja sentiasa ya kang.

    ReplyDelete
  4. 3 balang darah. wahhhh banyaknya dah macam vampire je ni. Boleh pengsan tau kalau lebih 3 balang darah di ambil. Bila umur dah 40 ke atas, dinasihatkan supaya jumpa Doktor 2 kali setahun. Walau pun tak sakit tapi kemungkinan banyak hantu dalam badan yang perlu di check. hehehehe

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat