Saturday 5 October 2019

CAR KEY COVER REPLACEMENT

Next to Mekdi Desa Pandan Kuala Lumpur @2019

Sudah lama sarung kunci kereta (baca, carkey cover) cikputih penulis itu rosak.

Pernah penulis banyak kali ke kedai kunci.
Kesemua mereka memberikan harga dua hatus lapan poh hinggit utk sarung kunci itu. Mahal sungguh.

Jadi bulan lepas penulis sudah beli di Lazada.
Cuma dua poh sembilan hinggit saja satu.
Diulangi, dua poh sembilan hinggit.

Tengahari tadi, selepas hantar kereta anak lanang kekedai accessories untuk pasang dashcam dan sebelum solat jumat, penulis pun berlarian ke kedai kunci Desa Pandan.
Calvin bukan nama sebenar tiada dikedai.

Bila dihubungi, Calvin bukan nama sebenar tiba dalamasa 5 minit.

Calvin bukan nama sebenar gelakkan penulis kerana tidak pernah pelanggan beliau datang hanya untuk menukar sarung kunci kereta sahaja.

Dipendekkan cerita, Calvin bukan nama sebenar buka dan koyakkan sarung yg lama. Ludah sana ludah sini. 7 minit siap sambil tersengih saja.

Bila ditanya upah, Calvin bukan nama sebenar geleng2 kepala. "Sukati wak lah," katanya. Bila belek dalam dompet penulis tenok ada wang kertas rm1 dengan rm20 sahaja. Yg lain duit kertas rm50 ada 200 keping. Penulis tunjuk pada Calvin bukan nama sebenar untuk pilih. Dia tersengih lagi. Lalu penulis berikan saja duit kertas rm20. Calvin bukan nama sebenar ambil duit. Tapi penulis tidak sangka, Calvin akan pulangkan rm10 pula.

Baik sungguh hati Calvin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Just because of the logo...

3 comments:

  1. banyaknyer duit wak dalam dompet

    ReplyDelete
  2. bagusnya lahhh Calvin bukan nama sebenar tu kan Wak hehe :)

    ReplyDelete
  3. Baiknya calvin bukan nama sebenar tu. kalau dia kata takpayah lagi baik. tapi orang berniaga haruslah kena bayar kan.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat