Saturday 18 January 2020

BUAH MENGKUDU KU SANGKA KANDIS

Sekinchan sunrise @2020

Semalam petang penulis sudah membuat rancangan untuk menghantar skuter bodol penulis itu.

Pelan A.
Disebabkan ada kereta pikap Hilux yg ganteng, gagah perkasa dan ada ruang barangan yg luas dibelakang.
Maka penulis bercadang untuk menaikkan sahaja skuter keatas pikap.
Itu dengan pertolongan dua kerat avang2 guard Nepal yg menjaga disitu.
Mungkin penulis akan berikan upah sedikit.

Pelan B.
Penulis pandu dan bawa sahaja skuter sejauh 123km.
Selama 2 jam setengah.
Boleh kematu telor.

Tapi sungguh penulis tidak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Buah mengkudu kusangka kandis.
Ada tempat pemunggahan barang2 lori dibelakang bangunan.
Penulis terus minta izin avang2 guard Nepal.
Kata hendak naikkan skuter atas pikap.
Avang2 guard Nepal kata tak kisah.
Jadi penulis sudah jimat berjuta2 lemon.

Pantun lalat.
Buah mengkudu ku sangka kandis;
Kandis terletak dalam puan;
Gula madu ku sangka manis;
Manis lagi senyuman puan.
Ammvoiii.

Buah mengkudu (Noni, Morinda Citrifolia); Parit 2 Sekinchan @2020

Great Eastern Mall Jalan Ampang @2020

Tengahari penulis sudah berlarian ke hutan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.
Dibawah menara KL Tower.
Di Bukit Nanas yg tiada nenas.

Movie lalat. 1. Crown Vic 2019.
2. The Lucky Ones 2008.
Blog bukanlah hakmilik kekal.















10 comments:

  1. amboii..pantun lalat..pick up line..haha..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum wak🌹🌹

    ReplyDelete
  3. Kandis terletak di dalam puan
    Gula madu kusangka manis
    manis lagi senyuman puan
    sebab puan kencing manis

    ReplyDelete
  4. Ammvoii.. Pantun, Wak Lat tak boleh nak dibalas. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. aduhh cantik sangat kamera samsung ni!

    ReplyDelete
  6. cantiknyeee lahai gambar2 Wak amek ni..

    ReplyDelete
  7. lamanya tak mai sini. kabare wak

    ReplyDelete
  8. Asyik berlari je wak. X penat ke?

    ReplyDelete
  9. Amvoiii! rezeki Wak ya jimat juta-juta takyah minta tolong Avang guard Nepal.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat