Tuesday, 18 February 2020

WAKTU LAWATAN HOSPITAL AMPANG YANG PATUT KAU TAHU



Waktu lawatan di Hospital Ampang ialah seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat : 12.30pm - 2.00pm, 4.30pm - 7.00pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 12.30pm - 7.00pm
Perhatian & mohon maklum: Kanak2 di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

Untuk waktu lawatan di hospital Sultanah Aminah JB sila berubat di SINI.

Cerita lain lalat.
Pertama kali naik LRT di tahun 2020.
Dari hospital Ampang ke LRT Pandan Indah, tambang Grab rm8.
Tapi drebar matcha hantar ke LRT Cempaka, "lagi dekat wak," katanya.
Sebelum itu, drebar matcha merungut dengan tambang Grab yg murah dan pengambilan penumpang yg jauh.
"Ni pestaim saya drive pagi2 bawak Grab wak!" sambil membebel dengan keadaan trafik yg macet, "sama mcm petang waktu balik keje!"
Penulis dapat rasakan kekecewaan dan kesengsaraan itu.
"Dulu saya keje bonzer," beritahu matcha lagi.

Dari LRT Star Cempaka ke LRT Masjid Jamek.
Guna kad Touchngo, sampai ke LRT Glenmarie, tiket rm5.50 sahaja.

Jalan kaki dari stesen LRT Glenmarie ke padang memotong rumput selama 15 minit.
Peluh jantan pun tidak sempat mahu keluar.

Nota dalam LRT. Tidak dibenarkan merokok, makan dan minum. Demm.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Movie lalat. The French Connection 1971.
2. The Graduate 1967.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

8 comments:

  1. oklah tu wak tak perlu memandu sendiri, penat menghadap jem wak tiap hari...

    waktu lawatan tu rasanya sama untuk semua hospital kerajaan

    ReplyDelete
  2. waktu melawat tu kdg2 part bdk bwh 12thn tu certain dpt naik..certain tk dpt...depend pd guard yg jg tp dgn situasi skarang mcm2 virus..elakkn la bw bdk2 p melawat pesakit kecuali terpaksa..

    station glenmarie tu yg terhampir dgn opis

    ReplyDelete
  3. saya pertama kali nak naik erl hari jumaat sabtu ni. haha. seumur hidup belum naik :D

    ReplyDelete
  4. hahaha.. waktu melawat singkat. kalau swasta no problem

    ReplyDelete
  5. Waktu rawatan tu sama jugak dengan HTJS Wak.
    Dah banyak tahun tak naik LRT

    ReplyDelete
  6. Mana2 sepital gomen, lebih kurang sama aje timenya

    ReplyDelete
  7. Semasa waktu melawat hospital nampak lebih sibuk.
    Ada LRT cepat sampai ke destinasi

    ReplyDelete
  8. Kalau naik LRT waktu puncak... macam sardin dah dlm tu😅😅

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly