Monday 23 November 2020

MOVIE REVIEW: THE POOL AND SWADES


Ini entri istimewa untuk cikSal yg kecil molek itu.
Pasal kelmarin cikSal sudah bertanya tentang movies yg penulis tonton.

Penulis memang minat nonton movie dari dulu lagi, dari zaman remaja.
Sekarang semuanya lagi mudah untuk muat-turun movie sebab ada internet yg amat laju berbanding dahulu.
Tidak perlu bergaduh tawar menawar dengan penjual CD haramJ* lagi.
Walaupun begitu, penulis pilih dan tonton cerita movie yg menarik sahaja.
Sebelum tonton penulis biasanya akan periksa tahap ratingnya.

Berbalik pada soklan cikSal ya.
Penulis bukanlah pandai membuat ulasan cerita.
Secara ringkas ini komen penulis.

THE POOL (2018)

Sinopsis.
Selepas kerja2 filem yang sedang diusahakannya, Day (Theeradej Wongpuapan) menghabiskan hari malas dengan terapung di kolam bersama anjingnya, Lucky. Namun, ketika dia tertidur ketika kolam dikeringkan, dia terbangun untuk mengetahui bahawa paras air di kolam Olimpik terlalu rendah untuk dia keluar. Bagi memburukkan lagi keadaan, kedua-dua buaya yg terlepas dari sangkarnya dan teman wanitanya yg sedang hamil, Koi (Ratnamon Ratchiratham) juga terperangkap, mendorong cabaran untuk bertahan selama enam hari lamanya. Bahasa: siam.

Komen lalat.
Peminat cerita akuatik horror (drama berkenaan air) semestinya merasa teruja dan cemas, kerana The Pool adalah cerita cemas dan saspen dari awal hingga akhir. Setiap gelombang musibah menimpa lebih hebat dan keras daripada yg ssbelumnya, memberi cabaran kepada watak hero utama yg bertahan dengan sadisnya. Ini adalah "kunci masuk" yang tidak masuk akal yang dibuat lebih tidak masuk akal setiap detik, tetapi juga sangat mengujakan dan sangat agresif, dan sungguh licik. Pada satu ketika, pada pertengahan tayangan, penulis terfikir, "siapa yang buat filem ini ?! Matsalleh atau orang Siam sendiri?" Penulis rasa tidak percaya atas perkembangan lain yg digambarkan tanpa simpati. Filem ini sangat kejam, sangat menyeronokkan, dan yg penting - ada happy ending (hati2 spoiler!). ⭐⭐⭐⭐







 

SWADES (2004)

Sinopsis.
Pekerja NASA Mohan Bhargav (Datuk Shah Rukh Khan) datang ke India untuk membawa neneknya bersama di rumahnya di Amerika. Semasa tinggal di kampung asalnya, dia menemui pelbagai masalah sosial yang dihadapi oleh penduduk kampung dan memutuskan untuk mengubah sikap mereka, dan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Bahasa Hindi.


Komen lalat.
Ya, Swades (2004) adalah filem yang bagus dan berbaloi ditonton walaupun masa agak lama 3 jam seperti cerita Hindustan yg lain. Sebenarnya, filem ini adalah salah satu filem terbaik yang dilakukan oleh Datuk Shah Rukh Khan dalam kariernya. Suasana kampung seperti di negara kita juga pada 30-40 tahun yg lampau. Dan lagu2 agak kurang ummph. Itu sahaja kot dari penulis. Layannnn. ⭐⭐⭐

Nota lalat. Gambar2 dlm entri ini diciplak dari google ya. Jangan saman penulis. :p

Nota lalat utk cikSal jgn sedih2 ya. Jgn ckp penulis x payong. ;p


TOP GEAR 2002

Kebetulan tadi penulis sempat tonton rancangan TV berjudul Top Gear 2002.
Dan tadi semasa keluar ternampak kereta McLaren yg ohsem itu

Dan sempat juga penulis berlarian ke taman nurseri tangkap gambiran bunga-bunga.
Sungai Buloh Nurseri.

Movie lalat. Top Gear 2002.
2. The Untouchables 1987.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

15 comments:

  1. Cite shah rukh khan tu mmg best.. die ahli saintis ke xingt.. tp bila die tgk keadaan negara die susah...die letak jawatan semata2 nk berkhidmat memajukn negara sendiri.cite india ni bnyk best.. ade yg sgt menginspirasi...walaupn kadang2 ada yg over..tembak kepala idop lg😂

    ReplyDelete
  2. omaiii both menarik..anyway wak cari movie hindi tu kat mana?

    ReplyDelete
  3. Okay! Lepas ni nak cari 2 movie nie...

    ReplyDelete
  4. Dalam movie The Pool tu, sedih betul bila anjingnya tu berkorban utk tuannya

    ReplyDelete
  5. Terharu betul Wak dedicate entry untuk saya. Menarik jugak cite The Pool tu kalau ikut review Wak. Bolehla layan bosan2 pkpb ni. Swades tu lama gila, tapi cerita tu banyak pengajaran. Lagipun saya suka sebab ada Shah Rukh Khan. 😍

    ReplyDelete
  6. Saya nak tengokah filem Swades. Punyalah banyak filem lakonan SRK ditonton berkali-kali terutama Kuch Kuch Hota Hai entah berapa puluh kali, filem Swades pulak yang tak pernah jumpa! Tq Wak.

    ReplyDelete
  7. Mcm menarik jer the pool tu... rajin donlod movie ye wak.. hehe

    ReplyDelete
  8. dana bab cite yang ngeri2 ni jarang layan wak, tpi cite ada SRK memang jarang di lupakan... peminat setia SRK

    ReplyDelete
  9. Best review tu, kreatif ya orang filem ni, dari kolam yang di kering boleh meleret jadi satu cerita menarik

    Cantik nye bunga bunga.

    ReplyDelete
  10. Saya suka tengok segmen bunga tu...at least ada yang menceriakan mata.😁

    ReplyDelete
  11. cantiknya semua bunga!

    tetiba saya nak tanya, anjing dia sempat naik atas tak masa air dalam kolam tu turun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha., spoiler alert., psl anjing Lucky tu dia x masuk pon dlm kolam sbb kena ikat dgn kawan dia., tapii anjing dia jadi penyelamat akhirnya.,

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat