Monday 31 May 2021

USAH BIMBANG ROTI GARDENIA TIDAK NAIK HARGA KETIKA KUNCITARA

The infamous Gardenia bread @2021.


Ketika orangramai panik menghadapi kuncitara (baca, lockdown).
Roti gardenia juga menjadi rebutan.
Begitulah tajuk dipaparkan oleh suratkhabar.
Tetapi syarikat pengeluar roti itu mengesahkan harga tetap naik.

KUNCITARA

Jawi: كونچيتارا
Istilah lain: sekatan pergerakan (سكتن ڤرڬرقن) karantina (kuarantin) wilayah [كرنتينا ﴿كوارنتين﴾ ولايه]
Bahasa Inggeris: lockdown 

Perbuatan menyekat pergerakan (keluar masuk) sesuatu kawasan untuk tujuan pencegahan wabak, keselamatan, dan sebagainya. Contoh: “Kebijakan kuncitara atau lockdown di India menimbulkan masalah bagi masyarakat kelas bawah. Kebijakan lockdown bahkan seperti hanya mampu dijalani oleh orang-orang yang memiliki privilege alias hak istimewa.” – Voice of Indonesia (1 April 2020), Sengsara Jelata dalam Kuncitara di Indonesia. 

Nota Terjemahan: Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah ‘sekatan pergerakan’ manakala Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa menggunakan istilah ‘karantina wilayah’ (karantina [Indonesia] = kuarantin [Malaysia]). 

Istilah ‘kuncitara’ (gabungan ‘kunci’ dan ‘sementara’) dicipta oleh seorang pensyarah dari Indonesia. Kerajaan Malaysia tidak menggunakan mana-mana istilah tersebut, sebaliknya menggunakan ‘kawalan pergerakan’ seperti yang termaktub dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Mengapa? Barangkali untuk menghindari terbitnya gerun dan cemas dalam kalangan rakyat.  [ Link: Petua Terjemah]

Movie lalat. Two Lane Blacktop 1971.
2. A Time To Kill 1996.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 30 May 2021

MEE KOLOK BEFORE TOTAL LOCKDOWN 3.0

Takeaway mee kolok daging (beef) from Dayang Sarawak Restaurant Jalan Diplomatik.


Petang tadi tiba2 penulis teringin meratah mee kolok sahaja.

Movie lalat. La Haine (French) 1995.
2. Highland Tower 2013.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday 29 May 2021

SAYA PAKAI PELITUP MUKA CAKAP DENGAN MEDIA KATA TAJUDDIN

sumber: internet
Ooh.
Kisah viral minggu ini.
Kes Tajuddin Prasarana yg baharu dipecat.
Maka banyaklah video2 parodi yg muncul.
Termasuk Douglas Lim, Wak Doyok & DD Chronicle. Bonus clip.

Kronologi YB Tajuddin Abdul Rahman dipecat dari prasarana.
27 Mei 2021 - dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd berkuatkuasa serta-merta oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
25 Mei 2021 - Sidang media dikecam teruk kerana bersikap tidak sensitif dan kurang ajar.
24 Mei 2021 - kemalangan LRT, 213 penumpang cedera.
11 Mei 2020 - dilantik sebagai pengerusi.

Penulis letak disini untuk rujukan masa hadapan.

Movie lalat. Swiss Army Man 2016.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
From left: Wak Doyok, DD Chronicle & Douglas Lim 

Friday 28 May 2021

TELEGRAM

Telegram logo @2021
Sebelum ini penulis memang pernah dengar apps Telegram.
Tapi penulis masih guna apps Whatsapp sahaja.

Kelmarin penulis sudah guna apps Telegram.
Semata2 mahu turunmuat banyak movie2 lalat.
Sebab banyak movie2 yg penulis tidak jumpa atas talian.

Movie lalat (via Telegram). Perempuan Melayu Terakhir 1999.
2. Ibu Belum Mati 2021.
3. Behind Enemy Lines 2001.
4. I Am A Hero 2015.
5. Wrath of Man 2021.
6. No Escape 2015.
7. Antiporno 2016 (Jepun 18SX).
8. All The Money In The World 2017.
9. First They Killed My Father 2017 (Cambodia).
10. Unbroken 2014.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 27 May 2021

STUCK ON SUNGAI BESI TOLL PLAZA LONGER THAN USUAL

Approaching the police roadblock at Sungai Besi Toll Plaza @2021.


Petang tadi penulis sudah berlarian ke bukit belacan.
Tapi masa pulang tadi sudah tersangkut di lebuhraya Sungai Besi.
Gara2 sekatan jalanraya (SJR) yg semakin ketat.
Sejam lebih wehh.

Movie lalat. The Decline (French: Jusqu'au déclin) 2020.
2. Pimp 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 26 May 2021

THE DIFFERENCE BETWEEN WIRELESS AND WIRED MOUSE

Entering IOI City Mall @2021.


Bulan lepas penulis sudah beli tetikus tanpa wayar. [+link]
Baharu dua hari guna, tetikus jadi bermasalah, penulis minta tukar yg baharu.
Setelah hampir sebulan, tetikus jadi bermasalah kembali.
Tiba2 penulis tidak dapat cari resit kedai.
Yo wes.

Jadi, tadi penulis sudah berlarian ke pusat beli belah berdekatan.
Semata2 untuk beli tetikus yg baharu.
Tapi kali ini tetikus yg ada ekor.
Dan kedai beri jaminan ada 3 bulan waranti.

Updated. Hari ini 27/7/2022 tetikus berekor ini masih gagah berjasa. ;p

Movie lalat. Pretty Woman 1990.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oh hi...
Bought it at All-IT 

Tuesday 25 May 2021

PUTRA TRAINS ACCIDENT AT KLCC STATION

Chromatic abberation at Giant Bangi @2021
Usai mesyuarat tingkap tengahari tadi.
Penulis pun berlarian ke Giant berdekatan.
Beli barangan dapur.

Kamus lalat.
Chromatic abberation meaning - the effect produced by the refraction of different wavelengths of light through slightly different angles, resulting in a failure to focus.

Berita lain terkini.
Tren LRT Putra kemalangan di stesen KLCC.
Ada gambar whatsapp tular dibawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Monday 24 May 2021

BOBBY 1973

Watching Bobby 1973 streaming online for almost 3 hours (in two parts).


Movie lalat. Bobby 1973, arahan Raj Kapoor.
Lakonan anaknya sendiri, Rishi Kapoor.
Faccbook Live.

Sinopsis: Ceritanya adalah mengenai cinta antara dua remaja Bombay dari berlainan darjat — Raj Nath (Rishi Kapoor), anak seorang peniaga Hindu yg kaya Mr. Nath, dan Bobby Braganza (Dimple Kapadia), anak perempuan nelayan yg miskin.

Komen penulis: Sebenarnya penulis selalu nampak filem Bobby ini dikaca tv sejak dari kecil lagi. Ehh, hampir separuh abad tuh! Tapi tidak fokus kerana durasi filem yg lama (2jam 40min). Jadi semalam penulis sudah gigihkan diri melayan dari mula sampai habis. Cerita yg biasa2, kisah cinta muda mudi zaman remaja, cinta miskin dan kaya. Lagu2 yg hijau-memanjang (evergreen) dan mengasyikkan. Gambar warna pun tidak kusam, sangat jelas dan tidak luntur.

ps. Penulis pun baru tahu yg Bobby itu adalah nama watak utama perempuan. ;p
Ada siapa yg masih belum layan filem Bobby ini?

Movie lalat lain. 2.Shadow 2018.
3. Wrath of Man 2021 (Wayang Cam).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 23 May 2021

NILAI 3 IS NOW UNDER NEGERI SELANGOR

Somewhere near Seremban heading north.


Wahh.
Tajuk biar gempak.
Sudah sudahlah Neeolfa.
Gara2 sekeping karpet N9 hilang satu kawasan pada Selangor.
Khannns.

Rujuk: #Nilai3 #Sarcasm

Movie lalat. Boogie Nights 1997 (18SX).
2. Behind Enemy Lines 2001.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Before Seremban exit, heading north.

Saturday 22 May 2021

THE DAY I WORE MY SHIRT INSIDE OUT

Pantai Kundor sunset @2021.


Petang tadi penulis sudah berlarian ke tefian fantai.
Ambil dua tiga keping gambiran matahari terbenam sudah.

Ooh.
Pasal tajuk.
Penulis pakai baju terbalik semasa pergi ke Tesco (Lotus's).
Bila sampai kerumah barulah penulis perasan.
Ada orang kata.
Kalau pakai baju terbalik petanda akan jadi OKB (Orang Kaya Baru).
Aminn ya robbal alamin.

Movie lalat. Greenland 2020.
2. Perempuan Melayu Terakhir 1999.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

10 Syawal 1442H
Pantai Kundor sunset @2021.

Friday 21 May 2021

APA ADA DI ORANGUTAN HOUSE KAT JONKER WALK INI

Photos show currently how the coronavirus affected the world's biggest tourist attractions in Melaka historical city.


Kebosanan mencipta kelainan.
Usai maghrib penulis pun berlarian ke bandar hilir.

Keadaan sunyi sepi=e seperti bandar mati dan berhantu.
Ambil dua tiga keping gambiran sudah.

Movie lalat. A War 2015 (Denmark).

2. Killer Zone 2 2015 (Hong Kong/Siam).
3. Bastards Y Diablo 2015 (Colombia).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Photos show currently how the coronavirus affected the world's biggest tourist attractions in Melaka historical city.
Photos show currently how the coronavirus affected the world's biggest tourist attractions in Melaka historical city.
Photos show currently how the coronavirus affected the world's biggest tourist attractions in Melaka historical city.
Photos show currently how the coronavirus affected the world's biggest tourist attractions in Melaka historical city.
Photos show currently how the coronavirus affected the world's biggest tourist attractions in Melaka historical city.

Thursday 20 May 2021

VIRAL PERANG LAKSA JOHOR LAKSA KEDAH

Tawajjuh Haisu Syi'ta


Tiada angin, tiada ribut.
Tiba-tiba tular di laman sosial 'perang' laksa dari Kedah dan laksa dari Johor.
Hingga ada netizen mempertikaikan jenis ikan yang digunakan dalam laksa.

Itu belum lagi pasal laksa Sarawak.
Melaka pun ada laksa nyonya.

Lagipun penulis bukanlah penggemar tegar laksa.
Cuma dulu suka juga makan laksam nyonya di Ampang Park.
Ampang Park sekarang pun sudah tiada.

Tengahari tadi, penulis pun berlarian mencari laksa.
Di restoran Aida Rich Cafe. Ayer Keroh Melaka.
Restoran yg popular  dengan nasi ganja.
Penulis pesan laksa nyonya satu.

Ooh.
Pasal tulisan zikir diatas.
Penulis jumpa dalam restoran itu.
Pertama kali penulis nampak.

Allahu wahdahu la syarikalah;
Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.

Muhammadun abduhu wa rasuluh;
Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.

Tawajjahu haisu syi'ta;
(Wahai Muhammad) Hadapkanlah ke arah mana yang engkau mahu.

Fa innaka mansur.
Maka engkau akan beroleh bantuan dan kemenangan.

Movie lalat. American Psycho 2000.
2. Blow 2001.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 19 May 2021

COVID 19 MALAYSIA REKOD 6075 KES BAHARU TERTINGGI HARI INI

JPN at Bangunan Tabung Haji Masjid Tanah

Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19

‎بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)  - source internet

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

(Hadith Riwayat Abu Daud) - source internet

Cerita lalat lain.
Petang tadi sempat penulis berlarian ke kedai gambar lama.
Ambil gambar paspot.
Sekarang kedai gambar semakin hambar.
Sebab ramai orang tidak cuci gambar di kedai gambar lagi.
Tapi ada saja orangramai datang.
Untuk urusan ambil gambar keluarga dalam studio.
Penulis ternampak beberapa kamera lama.
Kamera minolta yg guna gelungan filem.
Dan juga kamera poket seperti yg penulis pernah guna mula2 sekali.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 18 May 2021

NEAR MISSED

Near Seksyen 3 Bangi Gateway


Ooh.
Semalam penulis hampir ditimpa kecelakaan.
Kerana cuai dan kelam kabut.
Buka pintu cikputih tanpa melihat kereta yg datang laju dari arah belakang (kanan).
Kereta myvi merah (743) itu pun tidak mahu perlahan walau dilaluan belakang kedai yg sempit.

Kamus lalat.
A near miss, "near hit", "close call", or "nearly a collision" is an unplanned event that has the potential to cause, but does not actually result in human injury, environmental or equipment damage, or an interruption to normal operation.

Movie lalat. No Mercy 2019 (Korean: 언니 )
2. The Others 2001.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 17 May 2021

VIRAL DINDA JANJI LEPAS RAKAM DINDA DELETE

Big trucker on the highway, near Melaka.
It literally means, "Swear After Record Delete"



Tiada yg menarik hari ini.
Cuma ternampak lori dengan tulisan "Sumpah Lepas Rakam Delete".
Sanggup penulis berhenti dihadapan bagi laluan lori maju ke depan.
Harap2 pemandu itu adalah lelaki.

Untuk baca artikel "Abang janji, lepas rakam abang delete' - Kesal ditipu Boyafren, gadis hamil buat laporan polis," Sila klik.

Tapi janganlah naif sangat.
Ada je pompuan yg suka merakam dan dirakam.
Ehh, rakam makanan lah.    

Movie lalat. Love, Death & Robots Season 1 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 16 May 2021

ANOTHER SKYPE MEETING ON THE HIGHWAY

On the meeting ... RnR Machap
Petang penulis berlarian merentas desa lagi.
Tapi mesyuarat tingkap harus dihadiri dimana jua penulis berada.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
The leptop setup at the foodcourt. RnR Machap


Sunset on the highway, RnR Seremban heading north

Saturday 15 May 2021

BUKU 3 LIMA BUKAN 3 LALAT

Old time 555 book aka credit card.


Semasa mencari buku nota setebal 300 muka.
Penulis ternampak buku 3 lima yg kecil.
Mengimbau kenangan dulu2 zaman kanak2 dikampung.
Buku 3 lima itu ibarat kad kredit dimasa kini.

Movie lalat. The Man from Nowhere (Korean: 아저씨) 2010.
2. Short Cuts 1993.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Balai Polis Masai @2021

Sunset at Jalan Lembah just now.

Friday 14 May 2021

SOLAT JEMUAH RAYA KEDUA

Masjid Bandar Seri Alam @2021.


Semalam penulis tidak berkesempatan bersolat sunat hariraya aidilfitri.
Hari ini penulis gagahkan diri juga bersolat jumaat di masjid berdekatan.

Movie lalat. Wolf Warrior 2 (Chinese: 战狼2) 2017.
2. Mortal Kombat 2021.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 13 May 2021

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN 2021

Selamat hariraya 2021
Selamat hariraya maaf zahir batin dari penulis yg jauh dimata.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 12 May 2021

KEDAI ACHEH

Kedai runcit aka kedai acheh during hariraya eve @2021


Esok sudah raya.
Pagi2 sudah berlarian ke kedai acheh berdekatan rumah hinggap sahaja.
Sebab penulis pun masih sibuk dengan tugasan memotong rumput.

Movie lalat. A Good Woman Is Hard To Find 2019.
2. Trapped 2016 (Hindi).
3. Crossroads One Two Jaga 2018 (Melayu).
4. Silenced 2011 (Korean: 도가니).

Blog bukanlah hakmilik kekal

Tuesday 11 May 2021

AN UNKNOWN TOWN CALLED KELAPA SAWIT (OIL PALM)

Kelapa Sawit is a town between Kulai and Simpang Renggam Johor @2021.


Petang usai mesyuarat tingkap yg lamanya hampir 2 jam.
Penulis pun berlarian merentas negeri.

Limpas pekan kecil bernama Kelapa Sawit.

Movie lalat. 15 Minutes of War, 2019 (French: L'intervention).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 10 May 2021

HEAVY RAINS, THUNDERSTORM IN THE EVENING

Hot wheather now, but there will be heavy rains, thunderstorm soon later.


Sekarang cuaca agak panas di waktu pagi dan tengahari.
Tetapi disebelah petang pula akan turun hujan lebat dan ribut.

Cerita lain.
Tulat sudah raya.
Seperti tahun lepas, kuih raya juga tidak banyak dibeli.
Itupun untuk makan sendiri.

Movie lalat. Dangal 2016.


Sinopsis -seorang bekas penggusti negara idamkan anak lelaki utk mewarisi bakat sbg penggusti dan meraih pingat emas utk negara. Pelbagai cara untuk membuat anak lelaki, ie atas bawah kiri kanan depan belakang semua. Tapi malangnya kesemua anak2nya yg lahir adalah perempuan. Jadi kebetulan disebabkan satu peristiwa beliau nampak ada kebolehan pada 2 org anak pompuan yg dewasa. Jadi dia pun melatih mereka bermatian.
Komen lalat - mmg cerita drama, skrip, sinematografi yg terbaik. Aamir Khan sbg penerbit & pelakon utama juga terbaik - dari muda berbadan sado hingga ke tua perot buncit. Meleleh airmata penulis sepanjang durasi filem hampir 3 jam. Aduhai. Jap, penulis nak ambil tisu.
Sape penah layan filem Aamir Khan yg lain spt 3 Idiots dll?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pineapple tart home cookies
Various raya cookies @2021

Sunday 9 May 2021

SEMUA AKTIVITI RENTAS NEGERI & DAERAH TIDAK DIBENARKAN TANPA SURAT POLIS TAPI

This is a new instruction.
The followings are not required to have police permit to cross state/district during this raya festival.


Tengahari tadi penulis sudah berlarian ke balai polis berdekatan.
Untuk rentas negeri sebelum raya.
Alhamdulillah urusan dipermudahkan seperti biasa.

Movie lalat. Bugsy 1991.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday 8 May 2021

ANOTHER RETAIL APOCALYPSE - WINNIE PLACE

An abandoned shopping mall, Winnie Place, Jalan Sungai Chuah, Kajang @2021


Hari ini sepatut penulis merentas negeri lagi.
Tapi kerja memotong rumput harus didahulukan.

Pasal gambar pusat beli-belah Winnie Place tinggalan diatas.
Ekonomi negara sedang teruk sekarang.
Bersyukurlah pada sesiapa yg masih punya rumput untuk dipotong.

Dan kes baharu wabak covid-19 mencecah angka tertinggi (4498) hari ini.

Movie lalat. Spotlight 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday 7 May 2021

VIRAL PANTUN CINCAU MALAM JUMAAT DAN USTAD SOMAD KAHWIN LAGI

sumber: internet
Penulis pun terjebak dengan pantun cincau ini.
Kecoh sehari dua ini pasal cincau sehingga dibuat pantun oleh netizen. Sebenarnya inilah asal usul fenomena cincau ini bermula dan atas sebab apa.
Sila baca hingga habis.  

Ketika sesi soal jawab bersama Menteri Keselamatan, seorang wartawan (gambar dari internet diatas) telah menarik perhatian orang ramai apabila membangkitkan isu rentas negeri oleh golongan tertentu. Jelasnya kerajaan harus lebih tegas mengenai isu ini.

"Kita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau misalnya. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur misalnya. Mungkin Datuk Seri boleh bagi jaminan dan penjelasan yang tegas kepada semua rakyat Malaysia supaya patuh pada SOP dan tiada sesiapa diberi kebenaran untuk rentas negeri."


Ini videonya:


Kenapa cincau? Betul kah ada orang jual cincau di Melaka? Orang Melaka sendiri pun tidak pasti. Macamlah tiada cincau terbaik di bukit belacan kann.
Sebab itulah alasan membeli cincau di Melaka tidak masuk akal. Lainlah kalau meLangkawi batas atau meNilai karpet kann.  Makcikkiah khannns. 

Pergi ke cincau membeli kedai,
Membeli cincau pergi ke kedai,
Kedai membeli cincau ke pergi, 
Pergi ke membeli cincau kedai, 
Ke pergi kedai cincau membeli,
Cincau membeli pergi ke kedai.

Ehh. Dah jadi entri merapu lah pula. ;p

VIRAL LAIN: USTAD SOMAD KAHWIN LAGI
Ramai sudah tahu ustad somad sudah bernikah baharu.
Isteri muda gadis jeliter umur 19 tahun.
Kalau ustad pun nak pilih gadis muda, habis yg umur 40an tu saper pula yg nak uools.
Tetapi tidak ramai yg tahu pasal mantan isteri ustad somad.
Mereka sudah bercerai pada 3 Disember 2019.
Itu sahaja penulis melaporkan.
Harak maklong.
ps. Tapi ada je orang tak  kenal siapa Ustad Somad. Hawauuu.
Atau buat2 tak tau? Jeless lettewww., 

sumber: internet

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 6 May 2021

FIVE - STESEN MINYAK MINI BAHARU

Five Petroleum in Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang @2021


Tiada yg menarik hari ini.
Cuma ada tiga tugasan memotong rumput yg besar dan hebat.
Namun, blog harus dikemaskini setiap hari kan. ;p

Ooh. Gambar stesen minyak Five yg baharu sekitar Selangor DE.
Rasanya menggantikan stesen minyak BHP di pekan2 kecil sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 5 May 2021

TOYOTA SPELLING CHANGE FOR LUCKY NUMBER REASON

Familiar numbers to me plated on Toyota, Sungai Besar @2021


Tahukah pembaca?
Nama Toyota (トヨタ) datang daripada nama keluarga pengasas Toyota, iaitu Sakichi Toyoda. Nama lama Toyoda ditukar kepada Toyota kerana perkataan Toyoda dalam tulisan katakana Jepun perlu 10 strok untuk menulisnya. Toyota pula hanya perlu 8 strok, dipercayai membawa tuah.

Selain itu Toyoda sendiri membawa maksud sawah padi yg subur dan keluarga Toyoda berpendapat lebih baik mereka tukar nama jenama perniagaan kereta mereka kepada Toyota, takut nanti ada orang tersilap ingat perniagaan mereka berasas sumber tani.
- sumber Wikipedia.

豊田章男の祖父が1937年に会社を設立したとき、彼は最後の音節を柔らかくするために彼の名前の最後の子音を「t」に置き換えました。
しかし、より良い音が唯一の理由ではありませんでした。会社名を書くのに8回の筆運びが必要ですが、創業者の名前を書くのに10回の筆運びが必要です。日本では8はラッキーナンバーです。
それが書かれているように、文字のより広い基盤は将来の成長と繁栄を象徴しています。
また、創業者の名前は文字通り「肥沃な田んぼ」を意味します。そして、同社は革新と製造能力を通じて成功を望んでいました。

Ooh. Gambar2 penulis hari ini hanyalah kebetulan sahaja.
Dan angka pada odometer kereta Toyota Rush rakan penulis itu pun sudah capai 8888 km jauhnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 4 May 2021

HOW TO USE A LAPTOP IN A CAR

Working from home and working on the road, Hospital Sabak Bernam @2021


Sebab ada urusan seri paduka baginda.
Tengahari penulis terpaksa jalani mesyuarat tingkap dalam kereta.
Nasib baik tidak perlukan sangat penggunaan komputer riba.

Dan mesyuarat tingkap juga boleh dilakukan menggunakan telefon  bimbit cap aiyam sahaja.
Sambil menyelam sambil potong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 3 May 2021

SELAMAT PAGI SAWAH PADI

Paddy fields at Jalan Tali Air 2, Sungai Burung, Tanjung Karang @2021


Pagi2 penulis sudah berlarian ke pusat servis kereta Toyota.

Sempat singgah berhenti ditepi longkang.
Ambil gambar sawah padi di waktu matahari terbit sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 2 May 2021

ASAL USUL NAMA SABAK BERNAM

Welcome to Sabak @2021
Asal usul nama Sabak Bernam.

Mengikut apa yg telah dapat dikumpulkan daripada orang2 tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan 'Sahabat Berenam'. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa terdapat seramai enam (6) orang yg bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday 1 May 2021

ZERO KILOMETER KUALA SELANGOR

Dataran Malawati Kuala Selangor @2021
1 haribulan Mei adalah hari pekerja.
Tapi pada zaman pandemik wabak virus covid 19 ini janganlah bersantai sangat.

Tengahari penulis sudah berlarian ke kuala.
Mencari batu penanda kilometer kosong pada mulanya agak mencabar.
Walaupun sudah didepan mata.

Hujan atau panas.
Blog harus diteruskan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat