Monday 17 January 2022

CORNICHE SUNSET & SIRLOIN STEAKHOUSE

Thumb Statue at Souq Waqif, Doha @2022

Isnin.
Doha, Qatar.

Hari ini suasana cuaca diluar agak muram.
Wak pun rasa merundum sahaja sebab pembatalan keberangkatan ke tengah lautan.

Tengahari, EPH (mamat India Logistik) itu sudah suruh buat ujian Golden Rules.
Ujian Safety HSE online yg harus mendapat markah 100 peratus.

Setelah melayani slides online.
Wak pun terus buat ujian.

Pertama  - 95%
Kedua - 90%
Ketiga - 90%
Keempat - 95%
Aiyah!

Wak sudah rasa putus asa.
AWI suruh wak hubungi cewek LLA (Safety admin) itu.
LLA kata dia boleh bantu.
Wak kata wak akan cuba sekali lagi.
Kalau tak berjaya,  wak baru suruh saja LLA yg buatkan.

Kelima - 100%
Alhamdulillah, kata LLA.

Usai buat ujian, wak dapat sijil online.
Wak pun serahkan pada EPH.

Usai solat asar, wak terus berlarian ke Souq Waqif.
Tujuan untuk tangkap gambiran sunset.

Pulang dari Souq Waqif tadi.
Wak terus masuk City Center Mall.
Mula2 wak nak makan burger mekdi sahaja.
Kemudian terasa nak makan ayam kepci pula.
Last2 wak masuk restoran Steakhouse itu.
Wak order Outback Special sirloin sudah.
Bila awek Filipin itu tanya pasal air minuman dan mushroom sauce.
Wak katakan tak payah  - sebab air tin Mountain Dew kat Carrefour cuma 2 riyal.
Berbanding air tin dalam restoran berharga 14 riyal!

Movie lalat.
The Mist 2007

Blog bukanlah hakmilik kekal.

4 comments:

  1. byk beza air tin bila dh dlm restoran...sedap nmpknya sirloin steak tu

    ReplyDelete
  2. amboi, wak celebrate lulus ujian terus makan steak. jangan menzalimi diri kannz

    ReplyDelete
  3. Wah! berjaya akhirnya wak menikmati steak dinegara fasir berdengung...sama jer mcm kat malaysia kan??? hehehehe.

    ReplyDelete
  4. giler banyak beza harga...x leh seluduh ke air tin masuk restoran wak?

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat