Thursday 23 June 2022

OVERWEIGHT BUT FIT TO WORK AND TRAVEL

Medical Certificate is attached @2022

 Khamis, 23 Jun 2022.

Semalam petang wak sudah berlarian ke Bukit Jelutong.
Atas urusan merantau ke Indonn.

Ghisau pasal berat badan yg meningkat mendadak.
Sejak balik dari negeri pasir berdengung.

"Ini basic health screening je," kata cikpuan doc yg muda dan juliterr itu.
"Sekarang company cuma bayar untuk pemeriksaan luaran sahaja," katanya lagi.
"Tapi kami ada sediakan full screening juga," sambil cikpuan doc tunjukkan senarai pemeriksaan lengkap dan terperinci.
Ada periksa darah, kencing dan batu karang.
Harga pun boleh tahan lumayan juga, getus hati wak.

Usai buat pemeriksaan kesihatan.
Wak terus berlarian ke jambatan pelangi Elmina.
Wak pernah ke sini tahun lepas sebelum berangkat ke negeri pasir berdengung - 2021.
Disebabkan hari bekerja (Rabu), hanya ada beberapa orangramai dan penjual aiskrim.

Ooh.
Hari ini wak ganti puasa.
Sebab kejadian cabutan gigi pada bulan ramadhan tuari - LINK.

Ooh lagi.
Petang tadi ada beberapa panggilan.
Bosskur Mr Red dari Temasik panggil pasal lesen perisian.
Superintendent PAK dari offshore juga panggil disuruh buat kerja.
Bro MAN dari Masai juga panggil bertanya khabar.
Wak beritahu mereka yg wak tidak lagi bekerja di syarikat itu.

Movie lalat.
The Model 2016.
Ms.  45 1981.

Blog bukanlah  hakmilik kekal.

3 comments:

  1. saya br terlepas dari BMI overweight.
    alhamdulillah :)
    berat tak berat sgt, namun sebab pendek, tu yg BMI gitu.
    da tak boleh meninggi, terpaksa la kurangkan berat badan hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. selamat berdiet wak hehehhee

    ReplyDelete
  3. laluan elmina yg colorful tu selalu org bergmbr..cantik

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat