Wednesday 10 August 2022

HOW DO I WITHDRAW MONEY IN JAKARTA

 

Whose socks are these? @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi tadi di bilik kost wak pun aktifkan pengeluaran wang luar negara dalam portal bank.
Wak permulakan sehingga hujung bulan Agustus ini.

Dari kost, wak pesan GrabBike ke Blok M Plaza mall (10k, rm3).
Tiba di mall pun kedai masih tutup.
Nasib baik jugalah pintu2 utama mall boleh dibuka.

Oleh kerana wak pernah keluarkan wang di ATM sebelum ini.
Wak pun terus ke lantai 3 terletaknya pusat mesin2 ATM,  termasuk CIMB bank.
Terpaksalah wak panjat eskalator itu disebabkan lift masih belum berfungsi.
Kelmarin ada rakan beritahu bahawa mesin ATM Maybank juga ada di dalam mall.
Tapi wak masih tidak ketemukan.

Cara pengeluarannya juga agak mencabar.

  1. Masuk kartu ATM.
  2. Tekan nombor pin.
  3. Pilih bahasa.
  4. Pilih jumlah pengeluaran.
  5. Ambil uang duluan.
  6. Ambil kartu - jangan sampai tertinggal kerana disini ambil uang dahulu baharulah ambil  kartu. Kalau tidak, maka akan banyak pula urusan pengembaliannya. Sudahlah disini merantau di negeri orang kann. Huhuhu.

Tapi kemudian bila wak keluar dari bangunan mall.
Tiba2 terpandang ada banyak mesin ATM termasuk CIMB di tepian jalan.
Yo wes lah.

Nota pertukaran wang (untuk rujukan masa depan).
3,000,000 rupiah =  rm939 + rm12 (rate, 3337).
Padahal, rate semasa ialah 3,195.

Cerita lain.
Ooh.
Semalam bila  wak terima bungkusan pakaian cucian laundry.
Didapati ada sepasang setokin yg tidak dikenali.
Wak sudah war2kan pagi tadi dalam kumpulan whatsapp.
Dan tiada siapa yg mengaku lagi.

Cerita lain lagi.
Sudah beberapa pekan wak tidak boleh memasuki akaun bank credit card itu.
Terasa panik juga, ghisau ghisau.
Kejadian sama berlaku seperti di Doha, Qatar.
Mahu telefon ke pusat servis pelanggan pun tiada talian tetap.
Jadi tadi wak hantar emel sahaja.
Dan tidak lama kemudian telefonis ada panggil wak.
Dia kata akaun bank wak kena bekukan sementara sahaja.
Disebabkan sistem ada mengesan aktiviti pelik di luar negara.
Gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

5 comments:

  1. Risau jugak kalau tak dapat keluarkan duit / pakai kad kredit di negara org. Wak ada inform bank ke yg Wak akan ke luar negara? Dulu2 biasanya saya buat gitu sebelum ke luar negara untuk elak transaksi bank dibekukan.

    ReplyDelete
  2. a'ah ada risiko tertinggal card sbb duit keluar dulu haha

    ReplyDelete
  3. Begitu ya, wak. Sy pernah dua kali tertinggal kad di atm kerana kadnya keluar kemudian. Ia biasanya melibatkan transaksi wang dari atm. Zaman tu sy belum ada online banking, aduh, serik sy sebab tempoh tertinggal kad tu tak sampai dua bulan.

    ReplyDelete
  4. kat bangkok pun sama, kuar duit dulu..ada la sekali tu kawan lupa amik kad, memang panjang urusan lepas tu

    ReplyDelete
  5. Untung wak jadi jutawan kat sana

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat