Sunday 7 August 2022

TAMAN MARGASATWA RAGUNAN

At ASEAN MRT station @2022

Ahad, 7 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Pagi2 tadi wak sudah bercadang untuk ke Zoo Ragunan.
Naik GrabBike ke Blok M Plaza.
Makan nasi goreng seafood di restoran Ta Wan (48k, rm14.40).

Naik MRT dari Blok M langsung ke stesen MRT Fatmawati (7k, rm2).
Pesan GrabBike ke kebun binatang, aka zoo (20k, rm6).

Wak ada baca, tiket masuk hanyalah 4k (rm1.20) sahaja.
Tapi bila tiba di kaunter, disuruhnya beli kad Jaklingko 35k, (rm10.47).
Kad Jaklingko ini untuk naik bas, ala macam RapidKL itu.
RapidKL pun wak tak pernah naik.

Tak lama wak didalam kebun binatang dengan ramainya orangramai berlibur.
Sempat berehat di warung dan pesan air kelapa (20k, rm6).

Wak pesan GrabBike dari kebun binatang pada jam 1.15pm (16k, rm4.78).
Solat di musholla dalam stesen MRT Fatmawati.


Bersambung ...


Restoran Ta Wan, Blok M Plaza @2022

 

Jakarta Selatan skyline from Fatmawati MRT station @2022

From Fatmawati MRT station to Ragunan Zoo @2022
Entrance card to Ragunan Zoo @2022

Ragunan Zoo @2022
Giraffe at Ragunan Zoo @2022

An elephant at Ragunan Zoo @2022

Crowds at Ragunan Zoo @2022
Fresh coconut drink (20k) at Ragunan Zoo @2022



Tiktok video lalat:

6 comments:

  1. Wak jalan sorang2 pun jadik ya. Dah lama sy tak melawat kawan2 di zoo. Zoo Johor macam dah tutup aje wak.

    ReplyDelete
  2. MRT sama sejibik macam di Kolumpo. anehnya nak masuk zoo kena beli kad. takpelah, boleh guna bayar tambang MRT

    ReplyDelete
  3. nasi goreng tu siap air ke wak RM14 ke nasi goreng je? kalau nasi goreng je dah harga tu mahal jugak lah ye. Ke wak makan di restoren kayangan sebab tengok rupa nasi goreng tu biasa-biasa aje wak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, nasi goreng seafood restoran kayangan nih, tringin nk mkn .. huhuhu

      Delete
  4. Ramainya org kat zoo. Siap boleh hampar tikar piknik lagi kat sana ye.

    ReplyDelete
  5. Penuh sesak dengan manusia! Hewan pun terkejut kali mendapat kunjungan ramai.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat