Thursday 15 October 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - SALBIAHM



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik SalbiahM (Blog Sal) yg punya blog ‘Blog Ni Sal Punya‘ lah pula. Cik Sal adalah blogger kelima yang penulis temuramah untuk segmen ini. Cik Sal is a blogger, a dreamer, food lover and movie addict. Cik Sal suka duduk rumah tengok bola tapi tak menolak kalau diajak travel. Blognisalpunya ni selalu tak tentu arah probably sebab pemilik dia pun tak tentu arah. Blog SalbiahM: http://blognisalpunya.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.

"Salam wak...amboi, dahsyat soalannya..saya cuba jawab sebaik mungkin ye," kata cik Sal yang kiut miut itu ketika menghulur jawapan wawancara ini. Beliau pun duduk dikerusi warna merah jambu diatas dan menjawab satu persatu:

Q1. Cik Sal yang ini sekarang bekerja kat syarikat suratkhabar NST lagi kan? Pernah dapat diskaun bila beli suratkhabar?
- Tak pernah wak, dan takkan dapat. Sebab takde share dengan Uncle jual suratkhabar tu..hehe

Q2. Berapa lama cik Sal sudah berblog?
- Saya masih mentah dalam dunia blog. Mula blogging hujung tahun 2012

Q3. Kenapa cik Sal mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
- Mula blogging sebab tengok kawan-kawan ada blog, macam best la plak. Lagipun, saya memang minat menulis. Nak menulis secara professional tak ada bakat, jadi merapu jelah sesuka hati kat sini.

Q4. Cik Sal pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
- Tak pernah la pulak. Makin ketagih adalah. Hahaha

Q5. Masa travel, ada tak satu benda yang cik Sal selalu menyesal membawanya bersama?
- Menyesal tak bawak, pernahlah. Saya jarang bawak barang banyak-banyak kalau travel. Cukup-cukup je. Malas nak heret beg besar-besar, saya bukan kuat sangat.

Q6. Kenapa tajuk blog ‘Blog Ni Sal Punya’ walhal semua orang tahu?
- Entahlah wak, masa nak create URL, tu je nama yang terlintas. Acah-acah comel je..Wak rasa comel tak?harhar

Q7. Cik Sal pernah travel ke Australia kan? Pernah tak sampai Kampung New Zealand di Pahang itu?
- Rasa macam pernah lalu. Entahlah wak, tak ingat..

Q8. Pantun yang cik Sal suka dengar?
- 2,3 kucing berlari. Kenapa kucing itu lari? Hahahahaha..marvellous! marvellous *pengaruh Upin Ipin*

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5 seliter?
- Sebab kalau naik sampai RM5 boleh jadi rusuhan kat Malaysia ni. Mintak jauh la wak oiiiii

Q10. Cik Sal pernah ke Melbourne kan? Tahu tak ada restoran nasi ayam penyet di tengah-tengah kotaraya Melbourne itu?
- Harus la tau wak. Dah makan dah kat situ..hehe

Q11. Kalau menaiki kapalterbang, dikerusi manakah pilihan cik Sal, ditengah, atau ditepi tingkap atau ditepi ruang jalan?
- Mana-mana pun tak kisah. Janji boleh tido! Hahaha

Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?
- Ular lidi pun tak pernah. Takut la wak!

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah atok cik Sal di Muar dengan replika gergasi beca disempadan Melaka itu?
- Apa canggih nau soalan..tak pernah pulak ukur. Hahaha

Q14. Selain blog ‘blognisalpunya’ ini, adakah blog lain kepunyaan cik Sal?
- Ni lah satu-satunya blog yang saya ada. Itu pun selalu terbiar.

Q15. Pernah terfikir untuk travel dan melawat Anfield Stadium, Liverpool?
- Impian dari dulu wak. Nak merasa nyanyi You'll Never Walk Alone dan bersorak kat Anfield konon-konon lahir kat situ.Tengah kumpul duit dan mencari partner yang sesuai. Wak kalau ada kawan lelaki bujang fanatik Liverpool adjustlah sorang untuk saya. Hahahaha.

Q16. Kalau cik Sal ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg cik Sal rasa akan lakukan?
- Apa ek..nak bawak satu family tunaikan haji, beli rumah, beli keter, gi Anfield, gi pinang Johan Asha'ari..

Q17. Sekarang cik Sal single, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?
- Kalau ada duit dua puluh enam juta hinggit, mungkin jugak..hahaha

Q18. Apakah bunyi atau suara yang cik Sal tidak suka dengar?
- Suara bos marah bila careless dalam menjalankan tugas.

Q19. Cik Sal yang punya suara sedap itu pernah menyanyikan lagu karaoke dari kumpulan Wali Band?
- Selalu wak..Lagu 'Cari Jodoh' tu lagu wajib..hihihi.

Q20. Cik Sal pernah naik belon panas di Melbourne atau menaiki cable car di Penang?
- Belon panas di Melbourne tak pernah, cable car Bukit Bendera tu pernah. Saya dulu belajar kat USM, wak..Satu batch ngan Asmidar dan Ali.

"Terima kasih lah wak ye..sudi interview saya. Sapelah saya ni, blogger bese-bese aje..hehe," cik Sal mengakhiri wawancara bersama penulis kali ini.

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik SalbiahM aka cik Sal yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Senarai September 2015 Top Commentators Interviews setakat hari ini:

1. 1/10/15 - Kak Yan (Iryanti Ahamad)
2. 5/10/15 - Cik Jari Manis (JM)
3. 8/10/15 - Kak Pah (Paridah Ishak)
4. 12/10/15 - Qaseh Abadi (Syidah Menulis)
5. 15/10/15 - SalbiahM

Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Isnin nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal.

74 comments:

  1. Sempoi la wak..penghargaan macam ni yang kita mau..soklan sempoi2 yg jswabnya pun sempoi2..sy pun suka baca blog ciksal ni..sempoi je gaya tulisannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempoi xper, jgn semputt sudahh., harhar2

      Delete
    2. harharhar..amboi wak...malu lah kena interview..

      Delete
    3. ape nk malu cik Sal, bukan cik Sal je kene interbiu dgn wak., kihkih2

      Delete
    4. Silang kaki tak sal masa jawab interbiew ni?

      Delete
    5. ofcozla, sopan santun gituu., ;)

      Delete
    6. yelah, takut wak snap gambar...haha

      Delete
  2. ahahahaha bagus la Wak.. terkekek mengilai malam2 buta ni.. ahaha..
    sep untuk nasi ayam penyet !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe2 bebienornye wak rindu nk gi melbourne lagikks ., ;p

      Delete
    2. kan, tu yang tanya pasal melbourne je..hahaha.

      Delete
    3. Jom wak... ke melben lagi... melben best kan

      Delete
    4. best giler, byk aktiviti leh buat, duit kene byk jugakk ;D

      Delete
    5. kalau skrang memang sakitla nak pergi lagi..

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. cik sal yg kiutmiut ni juga peminat bola sepak tegar...selalu baca n3nya tentang ni selain n3 travel dlm blognya.

    ReplyDelete
  5. terbaek cik sall...
    kadang singgah juga ke blog dia.. tulisan cik sal mmg best....hihi

    ReplyDelete
  6. Rajin wak..bagus..mengeratkan silaturahim sesama blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali nk appreciate kawan2 yg sukak dtg jenguk2 komen2 blog wak jugakk., hakhak2

      Delete
  7. bukan calang2 blogger yg di interview oleh wak yek....

    soalan yg wak bg pun boleh tahan... kalah wartawan melodi... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang semua blogger hebatz2 belaka ye makk, wak je blogger picisan nih., huhu2

      Delete
  8. Kita nak hai hai jugaklah dekat cik Sal.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je ., nnti jgn lupa dtg blog mrapu wak lagik yee., kehkeh2

      Delete
  9. apelah nak pinang Johan tu.. hahaa..
    kak sal ni lawak lah..
    sapa Ali tu kak sal? klu Asmidar tu kenallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak je kanns., wak pon tak kenal saper Johan Ashaari, Asmidar atau Ali yee., kihkih2
      mukin nnti cik Sal leh citerr2 dlm blog dia lettewww ;p

      Delete
    2. u olls ni tak tengok cite Ali Setan ke? aiyo..Jeff dengan Tipah kenal? Latip? Mat Sei?

      Kalau I pinang Johan, nak suruh dia duduk rumah dendiam, tak payah berlakon dah..I tanggung..hahaha

      Delete
    3. sorila, wak x penah tenok abes cite Ali Setan tuuu., huhu2

      Delete
    4. Cik sal owh cik sal... meh suh Wak paste pinangan sal tu kt johan....

      Untongla ko johan.... cik sal nk pinang....

      Delete
    5. tungu cik Sal dapat rm26 juta katanya

      Delete
  10. teringat plak masa interview kerja..bezanya dalam bahasa inggeris...

    ReplyDelete
  11. Iyolah tu Sal ini, satu batch ngan Asmidar & Ali....wah dah senior sangat dah tu kan Wak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak nak jugak tahu dan kenal saper sebenarnye Asmidar & Ali tuuu., mesti menarik citer dorg nih kanns., kihkih2

      Delete
    2. wak x tengok Ali Setan, tu yang tak kenal Ali ngan Asmidar..haha

      Delete
    3. tenok gitu gitu jeeer, x penah tenok abess., sorila bukan bahan wak yee., huhu2

      Delete
    4. Ali setan pun kna bahan... hahaha

      Delete
  12. hebat wak, sempoi soklan-soklan untuk cik Sal yang comel lote' tu, kak ana ni peminat cik Sal kita tu tau wak hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana ni penah jumpe n selfie dgn cik Sal yg kiut comel lote keeew., hehe2

      Delete
    2. hahaha..kak ana pun kiut jugak!

      Delete
    3. haha2, wak je yg tak kiut miut., ;p

      Delete
    4. wak ganteng, mana boleh masuk kategori kiut..haha

      Delete
  13. thanks wak..malulah I.Blogger yang selalu merapu pasal bola sebab takde idea..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nk malu cik Sal wehh, blog ituu Sal yang punyahh., suke ati la cik Sal nak tulis ape2 pon., ;p

      Delete
    2. Oo..sal minat bola ye..nanti akak terjah blog sal k

      Delete
    3. jgn x terjah , nnti dtg sini lagikks ., ihikss

      Delete
  14. Haha... sempoi lah sal...

    Sesempoi wak de interviewer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempoi je sesepoi sepoi bahasa., harhar2

      make sure nnti cik huda jawap pon sempoi2 jugak erkk., hehe2

      Delete
    2. tak sabar nk tunggu interview huda...haha

      Delete
    3. Kita tak sabar nak interview Wak...
      Hahaha

      Delete
  15. waaa....hebat laaaa kengkawan yg kena interbiu oleh wak ni....dh mcm retis....hahahhaha....nnti nk tgk sape plak pyna turn yg wak nak interbiu....dh de bakat jd pengara melodi wak nihhh....hahaaha

    ReplyDelete
  16. Belom pernah terjah blog sal lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah kak Yan...x rugi ada cite pasal BOLA

      Delete
    2. terjahlah sana ,nnti jgn lupa dtg sini lagikks ., ihikss

      Delete
  17. Wak ... nampaknya top komentar semuanya dari kaum hawa ...

    Tak sabar nak pecah rekod tuh !!! Hahahhaaa

    ReplyDelete
  18. Wah..interview baru. Adik Sal yang cute dan comel.
    p/s : Ahkak suka cerita Ali Setan tau...

    ReplyDelete
  19. Nak pinang Johan A'shaari katanya kih kih kih....

    ReplyDelete
  20. "Blognisalpunya ni selalu tak tentu arah probably sebab pemilik dia pun tak tentu arah' apa? cakap kat Cik Biah camtu ahahahaah....adoilah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik Biah yg ckp sendiri camtu, ade tulis dlm profile dia., hehe2

      Delete
  21. Saya pon nak duduk jugak atas kerusi merah tuh,.,,,,ahahhahahahhaa.....mmg betul2 ada ke kampung new zealand kat Pahang?ke soalan melawak ke apa...?ahahahhahahahaha

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat