Wednesday 10 February 2021

13 SEBAB MUSABAB KENAPA ORANG TAK SUKA BAGI SIGNAL

Habis yg bagi signal tapi tak masuk simpang itu bijak sangat kerr?
Isnin, 8 Feb 2021.
Hari yg sibuk seperti biasa.
Semoga dipermudahkan urusan semua.

Amin ya robbal alamein.

Pasal sticker motor itu.
  1. Signal Rosak
  2. Kereta depan pun tak bagi signal
  3. Merasakan bahawa bagi signal adalah suatu pilihan
  4. Nak jimat masa atau sampai cepat ke destinasi
  5. Tersalah suis
  6. Tiada kenderaan lain dijalanraya
  7. Pemandu yg malas
  8. Tidak hirau keselamatan pengguna jalanraya lain
  9. Leka Semasa Memandu
  10. Mengguna Telefon bimbit ketika memandu
  11. Rasa macam budak skema bila kena bagi signal
  12. Rasa berat nak guna batang signal
  13. Mentaliti "ehh, kete aku, aku punyer pasallah!"
Ketahuilah bahawa memberi isyarat ketika membelok ataupun menukar lorong adalah sangat penting. 
Jangan pentingkan diri sendiri. 
Fikirkan keselamatan anda dan juga pengguna jalan raya yang lain. 
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadi pemandu dan juga pengguna jalan raya yang berhemah dan juga beretika.
Majulah sukan untuk negara.

Tapi kann...
Habis yg bagi signal tapi tak masuk simpang itu bijak sangat kerr? 

Cerita lalat lain.
Semalam penulis sudah berlarian ke pasaraya Aeon Tebrau City itu.
Sementara hantar dua kereta (cik maibee & cikbibah pepel) untuk diselenggara.
Sambil perbaharui kad Aeon.
Ooh. Sebelum itu dapat baucer Tesco gores dan menang satu hinggit.

Movie lalat. Sang Penari 2011 (Indon).
2. Cinta Dalam Sepotong Roti 1991 (Indon).
3. Born on the Fourth of July 1989.
4. Changing Lanes 2002.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Warung Zarahman Masai @2021
Beli & Ong and some vouchers.

17 comments:

  1. Saya bagi signal. Saya pemandu berhemah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wak...
    biasanya saya jumpa kereta-kereta besar je yang kerap tak bagi signal ni... Husnuzon je lah, dorang berli kereta tak cukup spec atau signal rosak. nak marah tak guna. paling penting, jaga jarak je masa pemanduan. jgn rapat2 dgn kereta depan. hehehe

    ReplyDelete
  3. 14. Selalu lupa tutup segenal
    sebab tu malas buka segenal.

    ReplyDelete
  4. itu lah, bila tak bagi signal ni, kemungkinan mendatangkan kecelakaan kepada orang lain sangat tinggi terutama penunggang motosikal.

    ReplyDelete
  5. Betul tu wak. Selalu sangat jumpa yang bagi signal tapi Tak masuk simpang. Haiya...

    ReplyDelete
  6. Bagi signal tak jadi masuk tu maybe confuse dengan waze. Haha. Saya kalau nak lintas jalan pun stress dengan orang tak bagi signal. Penting tau even bagi pejalan kaki.

    ReplyDelete
  7. pantang betul org yg tak bg signal ni..

    ReplyDelete
  8. Saya yang tak drive ni pun marah bila kereta depan tak bagi signal :)

    ReplyDelete
  9. saya ni pula terlebih rajin bagi signal, nak masuk pagar rumah pun bagi signal dah terbiasa agaknya hehe :)

    ReplyDelete
  10. tulah kadang geram je, dok bg signal kanan atau kiri tp tak masuk2..

    ReplyDelete
  11. saya selalu tak bagi signal kalau nombor 6 dengan 7 tu bergabung..

    ReplyDelete
  12. bab terlupa nak bagi signal ni rasanya pernah jadi ke sesiapa pun.. betul tak wak?

    ReplyDelete
  13. Yang lupa bagi signal tu, dia pakai niat agaknya wak..heii geram kalau tak bagi signal tu. Yang bagi signal tapi tak masuk simpang pun satu hal juga tu.

    Dapat voucher, kurang sikitlah membayarnya kan wak.

    ReplyDelete
  14. Saya terhibur baca entri wak ni di pagi Sabtu. Saya tak bagi signal sebab saya tak bawa kereta hihihi

    ReplyDelete
  15. some reason is not acceptable n could bring danger to other people huhu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat