Monday 1 March 2021

VITAGEN HIJAU & KLEPTOPHOBIA

Vitagen dengan jus epal

VITAGEN HIJAU
Penulis memang suka minum air vitagen ini.
Konon2 untuk pencernaan dalam perut.

Tapi biasalah sebotol kecil ini pun tidak puas.
4 kali sedut pun sudah habis.

PAYWAVE CREDIT CARD
Minggu lepas penulis sudah terima penggantian kad kredit yg baharu.
Untuk ganti kad lama yg sudah patah dalam dompet yg lama.

Tapi kad yg baharu ini sungguh rasa tidak selamat.
Sebab guna gelombang bayar (baca, paywave). 
Seperti kad TouchnGo sahaja.
Tidak perlu nombor pin.

Dulu pernah berlaku pada kad kredit yg lama.
Tertinggal di pam minyak Caltex Bukit Belacan.
Sudah digunakan orang lain untuk pam minyak juga.

Jadi sindrom kleptophobia sekarang sedang bermain di minda penulis.

Kamus lalat. Kleptophobia (atau cleptophobia) adalah ketakutan pencurian atau dicuri. Ketakutan ini sering disebabkan oleh pengalaman trauma pada masa lalu, khususnya dirompak atau perkara yang dicuri itu sendiri. Penderita mungkin menghadapi pengasingan, harga diri yang rendah, kemurungan, dan gangguan kecemasan yang lain. Oleh kerana terdedah dalam situasi berisiko tinggi, mereka juga mungkin mengalami kegelisahan sosial malahan agoraphobia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
New paywave card 

24 comments:

  1. betul vitagen sedap!! tapi sedut 4 kali dah habis .. huaa

    ReplyDelete
  2. Saya suka yakult lagi. hihi.
    Betul wak, risau kalau kad ada paywave. Senang betul kalau orang lain nak guna. huhu

    ReplyDelete
  3. pobia positif ok ja akan lbh beringat

    ReplyDelete
  4. Vitagen tu memang disukat sebegitu byk saja pengambilannya utk setiap org, jangan lebih2 wak, hihi

    ReplyDelete
  5. Kad visa cantik wak👆👆
    Vitagen pon sodappp 😉😉

    ReplyDelete
  6. lama tak beli vitagen semenjak beli yakult ni

    ReplyDelete
  7. Saya cuma takut hati saya dicuri. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyela tuu ciksal .. tahun lepas wak wasap x reply2 pon smpi skrg., hahaha

      Delete
  8. Tragis nya kad kredit teringgal di pam minyak..?!

    Uncle tak punya kredit kad... (Malu)

    ReplyDelete
  9. sy suka yg putih. kononnya nnt kalau mnum cpt lawas hahahahaah

    ReplyDelete
  10. vitagen sebotol x puas..
    minum berbotol2 sudah nya mmg cirit birit hahaha

    ReplyDelete
  11. Saya guna yang boleh ada password. Main swipe ni bahaya kalau jatuh kat tangan orang lain. Orang sekarang bukan rasa duit orang tu di halalkan ke tidak janji dia belasah je guna. Memudahkan tapi kadang membahayakan tuan punya kad.

    ReplyDelete
  12. dah terbiasa menggunakan paywave. sangat memudahkan..

    ReplyDelete
  13. saya suka juga vitagen tak peduli warna apa. 4 kali sedut selesai wak hehehe.. itulah kad yg jenis paywave rasa macam kurang secure pulak hermm~

    ReplyDelete
  14. saya kalau minum vitagen hijau ni xmahu nya satu..sedar2 habis satu pack ^_^

    ReplyDelete
  15. suka vitagen..tk suka yg putih hehe..color lain smua suka..

    ReplyDelete
  16. saya minum susu jak, terus lawas hehe tp penat la p tandas balik2 heheee

    ReplyDelete
  17. memang tak puas minum.. kena dua botol sekurangnya baru puas.. hehehe..
    Paywave tu rasanya pernah terbaca boleh ditutup/matikan fungsinya.. Tapi saya tak ingat saya baca dimana..

    ReplyDelete
  18. ohh baru tahu ada kleptophobia ni...

    sebagai satu langkah keselamatan juga, kalo ikut yang sebenarnya paywave tu kita kena buat sendiri masa bayar, touch dekat device tu...bukan cashier yang buat...tapi skang jadi lain pulak cashier ambil kad kita dan touch huhu

    ReplyDelete
  19. Oh! Mrs. A selalu paywave sebab malas nak tekan pin.
    Next time kena paksa rajin nih! untuk keselamatan sejagat hahaha...

    ReplyDelete
  20. Suka juga vitagen tp amik yg kurang gulam.eh wak..cantik plak warna kad kredit baru tu..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat