Sunday 7 March 2021

HOW TO NEGOTIATE YOUR KID TO PURCHASE A NEW IPHONE

A new iphone 12 mini unboxing.
Minggu lepas anak lanang sudah mengadu iphone dia mengalami kerosakan.
"Salam ayahnda, nak minta phone baru, phone anaknda dah mula buat hal.. kalo tak boleh takape," mesej anak lanang dalam wasapnya.

Jadi, siang tadi selepas hantar cikputih ke bengkel untuk diservis.
Penulis bawa anak lanang ke pusat belibelah berdekatan.

Eh, sebelum itu semalam penulis sudah pujuk2 anak lanang untuk beli sahaja henfon cap aiyam (selain iphone) yg lebih murah.
Anak lanang sudah merajuk, "kalo bukan iphone takpelah ayahanda." Dan pagi tadi penulis pujuk lagi.
Kalau iphone SE yg lebih murah boleh kah?
"Iphone SE tak cukup power, blah blah blah, iphone 12 mini pun oke," tangkis anak lanang.

Kedai 1 - Machine.
Harga iphone 12 mini sudah langkau rm3k. Aduhai.
Jadi, penulis tawar untuk tukar milik iphone yg lama.
Awek kedai kira2 untuk iphone 10 lama dapatlah paling tinggi rm900.
Untuk iphone 6S lama paling tinggi pun boleh ambil rm80 sahaja.
Tapi ada masalah portal tukar milik (trade in) hari ini, kena tunggu hari Isnin, kata awek kedai.
Yo wes.

Kedai 2 - Sengheng, bersebelahaan kedai 1.
Harga iphone 12 mini pun sama.
Boleh ambil iphone 10 lama rm680 sebab ada calar balar (sikit je pun).
Tukar milik iphone 6S lama pun cuma rm140 (lebih baik dari kedai 1 tadi).
Selain itu, ada unsur ketidakpuashatian.
Sebab dipaksa ambil insuran kedai rm193 untuk 2 tahun.
Kena jadi rakankongsi (membership) rm50.
Jilake betullah.
Memang betullah dengan slogan mereka - berbeza memang berbeza dari kedai lainns.
Malas sudah penulis hendak fikir.
Mungkin ini kali terakhir penulis beli barangan dari kedai Sengheng.

Weh. Siapalah tidak sayang anak. Tapi ada kan... Khannns. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.
His new iphone 12 mini.

12 comments:

  1. Babah mama sayang PC..bila PC tau babah mama sayang PC itu buat PC banyak berfikir dan ajar diri dalam banyak hal wak. Moga wak sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  2. hehehe waaaaa ! but now its my time buying my parents phone pula :) hahehehheeh so takleh dah nak merajuk merajuk ni

    ReplyDelete
  3. Hahaha beli barang kat senghang kamera, berbaloi amek insuran...
    banyak kali lense terjatuh, free je dapat tukar hehehe...

    ReplyDelete
  4. uncle pakai fon dari negara tembok besar je... (malu)

    ReplyDelete
  5. huntung arrr dpt iphone baru ;-)

    ReplyDelete
  6. untuk anak wak... saya ni iphone tu mampu tengok jer

    ReplyDelete
  7. alhamdulillahhh.. bestnya dapat fon baru.. bantal baru jugak hehee

    ReplyDelete
  8. akhirnya dapat jugak yeee ipong 12 mini beliau...beli yang first kedai la tu ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh beli kat sengheng jugak., sbb kedai first tu kata kena tunggu monday baru leh online trade in.. malas dh nk pk., huhuhu

      Delete
  9. best ni mintak je dapat. Rezeki dia :)

    ReplyDelete
  10. Itulah orang kata mak pak sanggup berkorban apa saja untuk anak-anak kansss Wak.
    Lagipun anak lanang wak tahu tu apaknya dah mendapat isinar ehh!

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat