Thursday 29 April 2021

CUTI HARI NUZUL QURAN KECUALI JOHOR

Still memorizing surah al Jumuah 1-6
Assalamualaikum.

Hari ini (Khamis) bersamaan 17 Ramadhan adalah hari nuzul quran.
Hari dimana ayat alquran pertama kali diturunkan kepada nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibrail.
Ayat pertama itu adalah surah al Alaq (Iqra').

Bukan negara Johor sahaja yg tidak bercuti hari ini ya.
Kerana negara Johor sudah mengambil awal Ramadhan kelmarin sebagai hari cuti.

Ooh. Gambar bulan pagi tadi masih kabur.
Lagipun langit masih berawan tebal.


Movie lalat. Godzilla vs Kong 2021.
Sebuah sekuel dari Godzilla: King of the Monsters (2019) dan Kong: Skull Island (2017).
Filem yg terbaik dari kesan khas dan urutan aksi, tapi skrip dan watak manusia yg agak menghampakan.
Kejutan di hujung satu pertiga filem kerana bukan sahaja cerita pasal Godzilla dan Kong, tapi... Ooops, perhatian spoilers.
Penulis puas hati lah juga menontonnya walaupun dalam skrin monitor kecil di rumah. 
Yg penting gratis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
The full moon this morning @2021
Malas nak buat entri baharu.
Petang tadi dalam kemalasan tahap sederhana.
Penulis berlarian ke param (pasar ramadhan) di Seksyen 3 sahaja.
Beli roti boom dan bihun bodoh satu.

Please hover your mouse to see before and after edit.


19 comments:

  1. Melaka pun tidak cuti. Melaka ambil cuti awal Ramadan.

    ReplyDelete
  2. Rasanya Melaka pun tak cuti kan?

    ReplyDelete
  3. Salam 17 Ramadhan wakk. Terengganu cuti harini hehehe :P

    ReplyDelete
  4. salam nuzul quran....esok apply cuti..so dpt la cuti direct smp ujung minggu

    ReplyDelete
  5. baru sempat singgah sini Wak..
    salam ramadhan dan selamat berpuasa ya..

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan wak rajin wak beratur nak masuk bazar ye.

    ReplyDelete
  7. Baru tau kalau negeri yang ambil cuti awal ramadhan tak ambil cuti nuzul al-Quran.

    ReplyDelete
  8. Ramainya orang kat Param. Kalau saya tak rajin nak beratur. huhu

    ReplyDelete
  9. ye wak, di johor sudah ambil cuti awal ramadhan...
    teringat masa awal-awal duduk kl, rasa janggal bekerja di hari pertama ramadhan tp dah duduk sini 14 tahun dah biasa dh...
    rajin wak beratur panjang gitu, kalau dana rela masak lagi

    ReplyDelete
  10. sblm ni KL tak cuti baik 1st puasa or nuzul al-quran...rasanya tahun 2009/10 kot baru mula cuti nuzul quran ni...

    ReplyDelete
  11. ASsalamualaikum wak! Wah canggihnya gambar yang last sekali tu..
    Saya di Pahang, memang cuti Nuzul Quran. Bazar Ramadhan, setakat ni memang tak jejak lagi. takut.

    ReplyDelete
  12. Semoga Al Quran sentiasa menjadi panduan kita hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  13. tu la..x nak berjiran..cuba berjiran...boleh hulur lauk kurma sepiring..ehhh...ahahahah....

    ReplyDelete
  14. tahun ni tak pernah pergi lagi param...

    ReplyDelete
  15. Tenguk param orang macam semut beratur idak le kita nak masuk bersama. Jaga diri sendiri ja dan berbuka ala kadar ja.

    ReplyDelete
  16. Negeri Sembilan pun tak cuti Wak

    ReplyDelete
  17. bagaimanalah agaknya rupa bihun bodoh tu.. hehehe..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat