Monday 31 May 2021

USAH BIMBANG ROTI GARDENIA TIDAK NAIK HARGA KETIKA KUNCITARA

The infamous Gardenia bread @2021.


Ketika orangramai panik menghadapi kuncitara (baca, lockdown).
Roti gardenia juga menjadi rebutan.
Begitulah tajuk dipaparkan oleh suratkhabar.
Tetapi syarikat pengeluar roti itu mengesahkan harga tetap naik.

KUNCITARA

Jawi: كونچيتارا
Istilah lain: sekatan pergerakan (سكتن ڤرڬرقن) karantina (kuarantin) wilayah [كرنتينا ﴿كوارنتين﴾ ولايه]
Bahasa Inggeris: lockdown 

Perbuatan menyekat pergerakan (keluar masuk) sesuatu kawasan untuk tujuan pencegahan wabak, keselamatan, dan sebagainya. Contoh: “Kebijakan kuncitara atau lockdown di India menimbulkan masalah bagi masyarakat kelas bawah. Kebijakan lockdown bahkan seperti hanya mampu dijalani oleh orang-orang yang memiliki privilege alias hak istimewa.” – Voice of Indonesia (1 April 2020), Sengsara Jelata dalam Kuncitara di Indonesia. 

Nota Terjemahan: Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah ‘sekatan pergerakan’ manakala Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa menggunakan istilah ‘karantina wilayah’ (karantina [Indonesia] = kuarantin [Malaysia]). 

Istilah ‘kuncitara’ (gabungan ‘kunci’ dan ‘sementara’) dicipta oleh seorang pensyarah dari Indonesia. Kerajaan Malaysia tidak menggunakan mana-mana istilah tersebut, sebaliknya menggunakan ‘kawalan pergerakan’ seperti yang termaktub dalam ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Mengapa? Barangkali untuk menghindari terbitnya gerun dan cemas dalam kalangan rakyat.  [ Link: Petua Terjemah]

Movie lalat. Two Lane Blacktop 1971.
2. A Time To Kill 1996.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

31 comments:

  1. baiklah wak.. lama x beli roti gardenia.. hehehe

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH TERBAIK SELALU

    ReplyDelete
  3. Heheeheheh.... masa ni bukan roti je habis tapi telur, agar-agar segala yg biasa orang buat kuih hehheh

    ReplyDelete
  4. Tetap naik ke tidak naik wak? Lagi satu kuncitara tu apa maksudnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga roti gardenia kita tgkla esok ye.,

      kuncitara = lockdown (wak dh tulis dlm kurungan tu)

      Delete
    2. wak dh updet ..
      kuncitara = "kunci sementara" dari bahasa indonesia.. sbb dewan bahasa pustaka kita (Malaysia) masih tercari2 perkataan yg sesuai., hahaha

      Delete
  5. Roti Gardenia kembali diperkatakan.

    ReplyDelete
  6. Seminggu sekali wajib beli hehehehe buat stock breakfast

    ReplyDelete
  7. Oh? Kuncitara ke istilahnya? TQ info boss!

    ReplyDelete
  8. roti untuk sarapankah? kelihatan sedap

    harga tak jadi soal ^^

    ReplyDelete
  9. Kunci tara tu macam kunci segala kunci je. Susah juga kan nak alihbahasa. Apa pun terima kasih infonya

    ReplyDelete
  10. kuncitara..1st time dgr..roti gardenia kalini masih byk..tk mcm pkp 1.0 dlu

    ReplyDelete
  11. Kalau naik harga pun masih tak dapat menandingi harga roti homemade, sampai RM10 sebungkus

    ReplyDelete
  12. Orang Indonesia memang gemar menyambung dua perkataan begini. Pernah ada blogger komen Salam Ultah di entry pasal birthday. Rupanya Salam Ulang Tahun.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih info ni Wak... baru tahuu.. apa pun roti gardenia memang sedap dimakan begitu saja. Time kuncitara ni, asyik nak kudap aje.

    ReplyDelete
  14. tapi suka sangat singkatan belah sana wak.. PELAKOR, perebut laki orang wak.. hahahaha.

    ReplyDelete
  15. okaylaaa jap lagi nak beli roti. haha

    ReplyDelete
  16. Tapi bun dia pun dah macam mengecil dah saiz...

    ReplyDelete
  17. yea harga roti masih sama heheh
    psstt wak ajar sket mcm mana edit gambar cmtu

    ReplyDelete
  18. Bunyi jowo2 pensyarah indonesian bg nama.. roti byk lg mereka dah tak focus roti alhamdullilah 🤣

    ReplyDelete
  19. Andai roti Gardenia naik harga, kita makan cucur ikan bilis pula, sodap juga hehehe

    ReplyDelete
  20. Roti pilihan family Mrs. A selalu ada buat stok wholemeal dan original. Tak perasan pulak harga naik ke tidak Wak huhuhuu...

    ReplyDelete
  21. Kuncitara tu macam klasik sangat sebutannya.

    ReplyDelete
  22. Harga naik ke tak ye? Tajuk tak naik harga tapi dalam entri tetap naik. hihi..kalau tak naik, okaylah. Semua harga barang nak naik musim PKP ni. huhuh

    ReplyDelete
  23. Kuncitara... baru tahu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. roti gardenia ini memang kesukaan.. mujurlah tak naik harga..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat