Monday 11 October 2021

AL-KALADY BERIANI AYAM

al-Khalady chicken briyani QAR12 @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Hari ini penulis tiada rancang mahu berjalan ke mana2.
Walaupun banyak tempat lagi mahu diterokai.
Sebab sakit kaki melecet berjalan kelmarin sejauh 9km masih terasa sakitnya.

Cuma penulis mahu cerita sedikit.
Pasal pesanan makanan di sini.

Masa tiba di tempat tinggal (apartment) yg baru ini.
Rakan serumah (Prm) ada berikan penulis nombor telefon restoran india.
Boleh pesan makanan guna telefon sahaja.
Penghantaran percuma.

Mula2 penulis cuba juga telefon.
Tapi macam taukeh restoran sukar memahami pertuturan.

Jadi penulis berjalan kaki ke pusat belibelah berdekatan.
Pesan KFC (Q18), McD (20), Jollibee (Q18) dan makanan Siam (Q29) juga.
Tapi semuanya agak mahal.

Jadi penulis cuba lagi telefon restoran al-Kalady itu.
Rupa2nya senang sahaja.

Setakat ini penulis pesan beriani ayam (Q12), beriani kambing (Q16) dan kari daging (Q12).
Nasi putih (Q5) dan telur rebus (Q1).
Memang bahagian (portion) yg agak besar dan puas.
Yg penting lagi murahan dari makanan di pusat belibelah itu.
Dan boleh simpan utk makan kali kedua - jimat kannns.

Ehh. Tadi ada rakan sekerja Vietnam
Tin yg baharu sampai dari tengah lautan.
Dia pun pesan makanan dari restoran al-Kalady ini.
Tapi dia pesan beriani daging sahaja.

Nota lalat. Pasal restoran Jollibee pesaing KFC. | Jollibee ni restoran francais dari filipin. | Wak perhatikan semua pekerja2 kedua2 restoran ni adalah pinoy. | Dan dengar cerita, even pekerja KFC pun sanggup beratur nak makan ayam Jollibee. | Wak dah try dua2 francais ayam goreng kat Doha ni. | Personally wak masih sukakan ayam KFC berbanding Jollibee. | Nantilah wak nk try makan pizza pula. | Ada pizza hut dan ada pizza local jugak. |

Blog bukanlah hakmilik kekal.

9 comments:

  1. indahnya bulan sabit sedap briani tu

    ReplyDelete
  2. memudahkan kerja ya wak pesan je dihantar percuma... biasa jugak dengan jenama jollibee tapi kat malaysia tak pernah jumpa lagi rasanya kan...
    9km jalan memang la kepenatan wak , kaki dah lama tak jalan jauh pun melecet

    ReplyDelete
  3. Wak...tgok dari cara wak kan...sure balik nanti wak akak sedikit...gemmmmm.....hahahha...larikkkkkk

    ReplyDelete
  4. banyak nyer pesan beriyani ayam sampai 12... nak wat kenduri ke ape tuh

    ReplyDelete
  5. Nikmat di negara orang. kami pun dapat nikmat melihat negara orang melalui gambar indah yang wak abadikan. Nak pergi belum tahu bila.

    ReplyDelete
  6. aik tak mahal pun.. ingat puluh2 satu jenis lauk uhuhu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat