Wednesday 27 October 2021

MINUMAN BEER YANG HALAL

Ironing clothes is not a hard task @2021

Assalamualaikum kawan2 wak semua2 lah.
Hari ini Khamis malam Jumaat.

Semalam kan wak sudah berlarian dalam al Hazm mall.
Hari ini wak macam malas mahu berlarian  ke mana2.
Lagi pun kena iron pakaian sendiri.
Cuma wak kena pergi Carrefour untuk membeli groceries.
Beli roti pita arab seriyal, madu, jem aprikot, butter, buah pisang, limau, dan epal.
Juga sabun cuci pakaian, air mountain dew.
Semua dekat 70 riyal. Aduhai.

Walaupun master Lim ada bincang dia mahu jalan2 masa sunset.
Ke Katara Cultural Village dengan AWI dan ILA.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Arab bread costs only 1 riyal each pack at Carrefour @2021
Non alcoholic beer halal? Carrefour @2021
Non alcoholic beer halal? Carrefour @2021

Nota lalat. “Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." Pandangan wak yg jahil dan banyak dosa ni - kalo was-was tak payahlah beli dan minum. Khanns.

9 comments:

  1. Setahu saya, satu-satunya beer yang halal adalah root beer A&W tu. 😅

    ReplyDelete
  2. kat sana carrefour ada lagi ye wak, yelah kt sini kan semua dah tukar...
    banyak betul pilihan air dia tu ye wak

    ReplyDelete
  3. Kordial jenama F&N perisa root bir pun dah tukar nama kepada rut-B sebab tak mahu kekeliruan dengan perkataan bir (beer) tu

    ReplyDelete
  4. minuman halal nama meragukan kan2

    ReplyDelete
  5. ingt root beer A&W. tak pon butterbeer harry potter dekat ipoh tu boleh kot wak lat.

    ReplyDelete
  6. Beer halal....wak...jangan terlebih minum...ehhh...hahahahaa....larikkkkkkk

    ReplyDelete
  7. saya berani minum root beer A&W dan ginger ale je. betul tu, kalau was-was baik tak payah. minum saja air masak

    ReplyDelete
  8. Uncle ni malas menggosok baju... jeans apatah lagi...

    Tahniah wak!

    ReplyDelete
  9. setuju dgn wak..pilihan dia tangan kita. was-was ya ga usah masuk, ga usah beli.
    tp dah kata halal sibuk nak letak nama beer tu dah ngape?

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat