Thursday 21 October 2021

MISSION UNACCOMPLISHED

Imam Muhammad bin AbdulWahhab Mosque, Doha @2021
Rabu.
Doha, Qatar.

Petang tadi penulis berlarian dulu ke City Center mall.
Makan di restoran McD.
Pesan nasi kuning, ayam goreng rangup (baca, crispy).

Memang penulis ada hajat mahu mengejar matahari terbenam di masjid agong Doha.
Masjid Imam Muhammad bin AbdulWahhab.
Oleh kerana agak jauh, penulis cuba pesan Uber.
Dari mall ke masjid dalamasa 12 minit.
Jarak kurang lebih 4 kilometer.
Harga tambang ialah 12 riyal.

Bila sampai di pintu utama masjid.
Pak guard bangsa Afrika tidak benarkan masuk.
Masjid ditutup akibat pandemik yg sedang melanda sekarang.
Bila penulis tanya pemandu Uber utk patah balik ke bandar tapi dia sudah dipesan oleh oranglain.
Jadi penulis berjalan kaki sahajalah ke tepi pantai yg agak jauh.
Lagipun penulis tiada data internet.

Masa mahu keluar dari perkarangan masjid.
Ada mat salleh ini.
Budak remaja seorang diri terjengah2 mahu masuk ke perkarangan masjid juga.
Penulis beritahu ditutup sebab pandemik covid.
Dia agak kecewa.
Sebab muzium kesenian islam (MIA, Museum of Islamic Art) juga ditutup, katanya.
"Bosan, " dia komplen.
Dia kata dia mahu ke al Wakra pula dan terus pesan teksi.
Kalau meksalleh, mungkin penulis boleh minta nombor tiktoknya.

Selepas itu, penulis pun berjalan ke stesen metro Corniche yg agak jauh.
Kena limpas lebuhraya yg sibuk dan  pusing perkarangan stadium besar.
Sebenarnya penuis mahu terus ke tepian pantai.
Dimana terletaknya tugu Kaligrafi (Calligraphy Sculpture) itu.
Tapi setelah diamati dan dicuba.
Penulis akui sukar juga untuk ke situ.
Sebab banyaknya pembinaan disepanjang tebing pantai sedang berlaku.
Banyak jalan2 dan laluan ditutup.

Jadi penulis pun terus pulang ke gagang.
Kembali turun ke stesen metro Corniche dan ke DECC.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Umbrella Park near Corniche station @2021
Umbrella Park near Corniche station @2021

=====================================

Keesokan paginya...

Calligraphy sculpture in Corniche, Doha @2021. The poem’s meaning is "And amongst the sultans I stood out; as a lanneret floating over mountain peaks.” In this sculpture the calligraphy was used in the form of individual Arabic letters and put together to create the verse of the poem in this sculpture.

Lupakan sahaja berkenaan masjid agong Doha petang semalam.

Semalam kan penulis tidak kesampaian ke tugu kaligrafi itu.
Jadi, pagi subuh sepi-e tadi penulis pun berlarian ke tefian fantai Corniche lagi.

Pesan Uber.
13 riyal.

Masa pulang ke gagang, penulis berjalan kaki dari tugu.
Ke stesen metro Souq Waqif.
2 riyal sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

14 comments:

  1. mudah2an nanti bila pandemik da reda, wak boleh la masuk ke dalam masjid tersebut dan berjalan2 di tepian pantai sekali...

    ReplyDelete
  2. Uncle setuju dengan komen Syaz!

    ensem!

    ReplyDelete
  3. Gambar-gambar Wak tak pernah mengecewakan eh! hahahaa...
    Oh! itu maksud tugu kaligrafi ok faham.

    ReplyDelete
  4. Berkenan dengan tugu kaligrafi tu.

    ReplyDelete
  5. masih tutup ya masjid di sana wak, kiranya buka di waktu solat jelah ye wak...

    cantik tugu kaligrafi tu, cuma sayang dah nampak karat sikit...

    ReplyDelete
  6. Best la buleh bekerja di tempat org...bisa melawat tempat2 menarik lg...

    ReplyDelete
  7. umbrella park view tu kt msia pn byk juga payung2 gtu...menarik tugu kaligrafi tu

    ReplyDelete
  8. jangan kembang bila dapat pujian dari syaz n uncle sudah la wak...hehehehehe..
    btw..kalau hari2 berjalan kaki mau turun berat badan berkilo-kilo ni...

    ReplyDelete
  9. Sayangnya, masjid agong tu ditutup.
    Teringin nak tengok masjidnya.

    ReplyDelete
  10. berseni betul kata-kata poem tu. semoga ada rezeki wak masuk ke MAsjid Agong Doha nanti

    ReplyDelete
  11. Dari jauh kemain cantik tugu tu..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat