GOOD NIGHT DOHA
Beef curry, white rice and 2 boiled eggs (QAR17) @2021 |
Ahad.
Doha, Qatar.
Petang tadi tiba2 wak mahu bersolat jemaah di mesjid.
Jadi, usai maghrib tadi wak pun berlarian ke mesjid berdekatan itu.
Nak dijadikan cerita.
Wak terlupa bawa sejadah lah pula.
Wak tengok kat dalam mesjid tiada disediakan sejadah plastik.
Wak nampak ada satu sejadah pink atas kerusi di sinun.
Wak ambil sejadah dan solat sunat 2 rakaat dahulu sebelum masuk Isyak.
Tidak berapa lama, ada tok siak ni datang kat wak minta tukar sejadah.
Dibaginya sejadah hijau.
Diambilnya sejadah pink yg wak sedang guna.
Dan dibawanya sejadah pink itu ke tempat solat pak imam.
Patutlah sejadah pink berbau wangi yg amat.
Tidaklah tok siak itu memaki hamun pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sunset view from my apartment window @2021 |
Lift area @2021 |
Mesjid akhaleel ibraheem @2021 |
Mesjid akhaleel ibraheem @2021 |
Surah an-Naziat showing the correct marking at the beginning of ayat 17 & 18 for correct pronounciation @2021 |
Doha City Center @2021 |
13 comments
Alhhamdulillah iman teguh tiasa
ReplyDeleteAdakah sejadah tu milik Tok Imam?
ReplyDeleteAlhamdulillah..hari hari dapat solat di masjid.
Cantik masjidnya.
Sejadah pink tu milik Tok Imam?
ReplyDeletetak sangka suka pink rupanya tok imam tu ye wak... patutla wangi semacam rupanya
ReplyDeletenasib baik tok siak tak garang macam pak guard afrika
ReplyDeleteLuasnya masjid. Alhamdulillah sib baik siak tak cakap pape hihi
ReplyDeleteMujur diambilnya sejadah, kalau ditariknya Wak jadi Iman hihi...
ReplyDeleteSeronok ye Wak. berkelana di bumi orang :)
Tak tahan sejadah wangi2 ni... mesti bersin
ReplyDeletenasi basmathi dan telur macam sedap jer
ReplyDeletepatutnya tok siak tu minta wak jadi imam jer masa tu...
ReplyDeletelaaaa wak dah ambil sejadah untuk Imam ke. Patutnya di tarik wak jadi Imam
ReplyDeleteterang dan jelas tulis Quran tu
ReplyDeletecantik masjid tu wak....
ReplyDeleteSalam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara