Wednesday 10 November 2021

LENGANG JE KEADAANNYA BANDAR DOHA INI

Please hover your mouse to see comment from norhidana and the traffic differences between morning and afternoon in Doha city center.


Kelmarin cikkak norhidana ada bertanya,
"lengang je keadaannya memang gitu ke ada waktu dia akan sibuk?"

Masa wak tunjuk gambar pagi tu memanglah lengang.
Sebab bukan waktu pejabat.
Dan ramai mereka tinggal jauh dari bandar.

Maka tadi wak ambillah satu gambar dari apartment wak tinggal ini.
Masa ini pula waktu tengahari.
Tengoklah keadaan traffic jam yg melekat.

Cerita lain.
Petang tadi wak sudah berlarian ke taman berdekatan jambatan al-Wahda bridge.
Memang hajat mahu ambil gambar sunset sekeping dua.
Tidaklah jauh sangat.
Pergi balik pun baru 3 kilometer.
Peluh pun tak sempat nak  keluar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

15 comments:

  1. damai hati tengok hamparan rummput hijau

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana menjawab soalan dana ye wak...
    walaupun macet tapi nampak masih lagi rilex wak, kalau bandar kl ni macetnya memang tak boleh bawak bincang

    ReplyDelete
  3. dari lensa..indahnya negara orang

    ReplyDelete
  4. Terus jadi lapang hati tengok gambar mentari oren dan langit biru ada bulan sabit tu...

    ReplyDelete
  5. Seronok tinggal di Doha ya Wak?
    Bandarnya nampak teratur dan selamat.

    ReplyDelete
  6. Ajaib la jalan tu, sekejap lengang, sekejap dah jem melekat!

    ReplyDelete
  7. Even jem melekat pun tak nampak serabut sangat pun taffik dia. Masih tenang gitu. Cantiknya hasil gambaran wak. terbaik wak. Ambil gambar banyak banyak :)

    ReplyDelete
  8. makin kurus Wak duduk di Doha. Asyik berlarian je

    ReplyDelete
  9. hahah ingat mmg lengang spanjang masa.

    BTW way..blognya susah juga nak masuk ni. lemah gemalai je

    ReplyDelete
  10. Ingatkan memang lengang rupanya waktu pagi orang tak masuk opis lagi. Penduduknya duduk di mana wak...tak nampak pun taman-taman perumahan

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat