Thursday 25 November 2021

MESJID AGONG IMAM MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB MOSQUE

Mesjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque @2021

Rabu petang.
Doha, Qatar.

Bulan lepas kan wak tak kesampaian untuk masuk ke mesjid agong ini. 
Mesjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque.
[+ 21/10/21 Mission Unaccomplished]

Petang tadi wak sudah nekad.
Sebab wak percaya mesjid dibuka pada waktu solat sahaja.

Jadi tadi pukul 4.03pm wak pesan Uber dari apartment.
Tiba di gate masuk baru pukul 4.13pm.

Seperti dijangka, pakguard afrika itu sudah halau wak keluar.
Wak kata nak solat maghrib.
Pakguard afrika suruh datang  pukul 5pm.
Padahal waktu maghrib masuk pukul 4.46pm.
Jadi wak keluar dari kereta Uber dan berjalan keluar.
Jauh nun dihujung parkir.
Sebab pak guard sudah pekik2 dari tadi.

Kebetulan ada orang sedang belajar pandu drone.

Bila azan berkumandang, wak pun jalan masuk ke mesjid.
Ambil wuduk dibawah.
Tidak sempat nak join imam berjemaah.

Usai solat, wak ingat nak lepak2 sementara tunggu Isyak.
Tapi pakguard afrika yg satu lagi sudah halau wak keluar juga.
"Wak datang balik waktu Isyak nanti," katanya.

Terpaksalah wak terus keluar dari perkarangan mesjid.
Dan berjalan kaki balik ke apartment.
Nak pesan Uber pun wak kan tiada data.

Total damage: 11 riyal  (Uber) dan berjalan kaki balik sejauh 3km.

Nota lalat. Duit GKP untuk rakyat marhein dah masuk. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


13 comments:

  1. SUBHANALLAH CANTIKNYA MESJID N PIC SEMUA

    ReplyDelete
  2. Cantiknya masjid ni.
    Alhamdulillah dapat juga Wak solat di sini.

    ReplyDelete
  3. cuantiknya masjid tu wak, tapi kok susah betul nak sembahyang situ ya... lenggang je masjid kat sana
    kat sana SOP ketat betul ye wak... sampai nak duduk kat masjid waktu senggang sementara tunggu waktu pun tak boleh

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah cantik sungguh masjidnya.
    Tapi kemain tegas guard tu kawal ya.
    Jauh jugak nak berjalan kaki 3 km, tapi bagusnya dapat melihat-lihat tempat orang dengan lebih santai.

    ReplyDelete
  5. Tegas pengawal masjid tidak bagi lepak.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah...

    Duit GKP nak buat rolling kerja encik suami..si isteri ni jangan kacau. Semoga ada untung lebih sikit buat beli cincin omeh sebijik

    ReplyDelete
  7. masjid mmg lawa tahap gila..
    tenggelam tak kaki pijak karpet tu...

    dunia dah sampai hujung wak...kalau orang nak masuk masjid..tegas bebenor...
    yang masuk dalam mall, restaurant, kapal terbang tu..takde la tegas sangat...
    siap ada konsert lagi....hmmmmmm

    ReplyDelete
  8. Cantik sangat seni binaan masjid ni wak. Alhamdulillah ada juga rezeki wak dapat masuk dan menunaikan solat kat sini walaupun mencabar juga nak masuk. Sabar je lah

    ReplyDelete
  9. Subhanallah! Cantiknya masjid tu! Tapi tak kool lah pak guard pekik2 main halau...

    ReplyDelete
  10. Cantiknya masjid ni Wak. Berbaloi la dapat juga solat sini walau kena marah dengan pak guard. Sabo jelah

    ReplyDelete
  11. wak masjid besar-besar penuh masa solat jumaat aje ke wak

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat