Monday 15 November 2021

PLEASE REMOVE YOUR CARD - THE LAST PART

 Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi tadi kan wak sudah call customer service Maybank di KL.
Mamat operator itu berkata bahawa ATM  oversea sudah berjaya diaktifkan.

Updated: (16/4/22) Utk aktif penggunaan kad debit Maybank di oversea, hanya perlu activate dalam maybank2u (browser).  Better guna laptop, sbb henfon mukin bermasalah.

Jadi tengahari tadi wak pun pergi ke City Center mall lagi.
Dan dengan yakinnya wak pun dapat mengeluarkan duit cash.

Wak pun berasa gumbira.
Wak juga berterimakasih kepada master Lim dan AWI.
Kerana mereka yg bersungguh2 suruh wak call customer service.

Jadi benda pertama yg wak nak beli sangat.
Sekiranya ada duit lebih.
Ialah jajan potato chips ini - Lays.
Dan wak terus masuk Carrefour.
Beli potato chips, kurma murahan dan kuaci.

Ooh, satu lagi masalah ialah problem.
Wak kan tiada data internet.
Hanya bila limpas kedai kafe The Coffeebean & Tea Leaf itu baru dapat wifi.
Memang dalam mall ada wifi tapi semuanya berbayar.
Bila wak keluar dari Carrefour tadi, tak sedar AWI hantar wassap.
"Wak, nak kirim barang boleh? " tanyanya.
"Dekat bahagian hardware, belikan arang size kecil2."
"Diameter kecil,"
"Dengan lighter jenis jet api macam ni," sambil AWI tunjuk gambar dari google .

Jadi wak masuk semula ke dalam Carrefour.
Jumpa barang seperti yg diminta AWI, tapi berlainan jenama.
Nak tanya AWI semula tapi wak tiada data.
Jadi, wak beli sahaja, walaupun harga lighter jet itu agak mahal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

11 comments:

  1. wak bukan ke kalau kita pi obersea sebelum pi tu kita boleh activate kad atm online je supaya kalau duit shopping udah habis yooo leh topup balik kat atm teller jo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblm gi obersi tuari pun wak dh tnye, tapi jawaban tak memberangsangkan., huhuhu

      Delete
  2. wow dapat duit terus beli kerepek kentang ye wak, udah teringin nak buat camne ye...

    nak buat bbq ke wak beli arang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. arang tu utk bakar kemenyan arab (bukhor)., hehehe

      Delete
  3. Mrs. A pun suka kepek kentang lays Wak.
    Menariklah kata-kata kat T-shirt tu Wak.
    Belilah nanti buat GA Wak tu Eh! muahahhaaaa dapat T-shirt

    ReplyDelete
  4. nak buat bbq ke tu Wak? ayat tshirt 'someone who loves me...' tu kat Aussie ada, Hong Kong pun ada

    ReplyDelete
  5. Tiba-tiba teringat pasaraya Bin Dawood kat Mekah Wak :(

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat