Tuesday 30 November 2021

PURCHASING FIFA ARAB CUP 2021 TICKET

DEC near al-Gassar station @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Petang  tadi wak berjalan kaki  sahaja ke stesen metro LRT al-Gassar.
Limpas jambatan al-Wahda bridge.

Tujuan untuk beli tiket menonton bolasepak Fifa Arab Cup 2021.

Orangramai agak ramai di dewan DEC itu.

Pembelian tiket mudah sahaja.
Wak pilih game UAE vs Mauritinia, tiket 25 riyal.
Nak pilih game Mesir vs Sudan tak jadi sebab tiket mahal (45 riyal).
Siap kena  pujuk mamat arab di kaunter itu.
"La fulus," wak beritahu.
Mamat arab kaunter ketawa sahaja.
Wak guna kad kredit Visa RHB bank yg kena block tempohari.

Dan cabaran seterusnya  kena ambil Fan ID pula.
Ada permohonan baru dan ada permohonan online.
Kena beratur panjang.
Bila ambil nombor  giliran, kena tunggu dekat 300 orang.
Bila wak perhatikan, nampaknya kena tunggu 3 jam!
Aduhai.

Dipendek cerita.
Hampir sejam tercengang dengan stress disitu.
Wak terpaksa juga potong queue.
Akhirnya dapat juga memohon kad Fan ID.

"Tapi wak kena tunggu approval dulu," kata awek Jamaica di kaunter 7 itu.
"Nanti sistem akan hantar mesej kat henfon wak," katanya lagi.

Nota lalat. Pagi tadi pukul 7.26am (12.26pm Singapore time).
Ada mamat dari Singapore call wak.
Nak offer kerja segera.
Mula2 dia kata nak suruh start dalamasa 2 minggu.
Tapi wak kata skrg kat Doha.
Ada ke patut dia suruh wak terminate contract segera.
Perbualan dalam 5 minit gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

My ticket UAE vs Mauritania @2021
Updated. Oleh kerana ramai yg salah faham, maka wak paparkan dibawah senarai harga tiket perlawanan bolasepak Fifa Arab Cup 2021. Harga tiket ada 4 kategori.  Wak tak jadi beli tiket Mesir vs Sudan itu kerana tiket berharga 25 riyal itu sudah habis dijual. Walaupun boleh je cucuk credit card kannns. Khanns.
Updated lagi. Dan  permohonan Fan ID wak berjaya diluluskan tengah malam tadi. Nampaknya wak kena  berlarian lagi ke al-Gassar untuk ambil kad Fan ID itu.

11 comments:

  1. salam, kami meraikan KL menang piala Malaysia hihiiii

    ReplyDelete
  2. minat mampu atasi cabarannya kan wak

    ReplyDelete
  3. yea..KLCity menang..yahooo...
    payah bebenor nak tengok bola nyer wak..
    3 jam tunggu ramai2 dalam kawasan tertutup..jeng2jeng2..hati2 yea...

    ReplyDelete
  4. mahal la tu tengok Mesir ada mohamad salah. OK gak tu UAE ada Omar Abdul Rahman.

    ReplyDelete
  5. Harga tiket tu ikut team yang main ke?

    ReplyDelete
  6. Nanti sponsor tiket WC ye Wak :p

    ReplyDelete
  7. wak penyokong UAE atau Mauritania?

    ReplyDelete
  8. Syoklah wak dapat tengok match live. Wak sokong mana tu?

    ReplyDelete
  9. wah bestnya wak...live lagi di tempat best lagi

    ReplyDelete
  10. cat 1,2,3 dan 4 tu ikut seat ke wak

    ReplyDelete
  11. Esok kami warga KL bercotiiiiiiiiii!!!!!

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat