Tuesday 9 November 2021

SANA PUN ADA LEANING TOWER?

Please hover your mouse to see unclegedek's comment.


Isnin.
Doha, Qatar.

Pagi tadi subuh sepi-e wak berlarian ke tefian fantai.

Cuaca pagi ini agak nyaman.
Walaupun sudah dihujung tahun.
Tapi suhu masih agak panas.
Awan pun adalah berkepul2 dilangit.

Ada kawan cerita tahun lepas cuma 3 hari hujan.

Ooh. Semalam unclegedek sudah curious dan bertanya.
Sebab  ada gambar wak yg macam menara condong gitu.

Sebenarnya tiadalah menara condong atau leaning tower di sini.
Cuma wak guna kamera henfon cap ayam sahaja.
Biasalah orang kaki bangku.
Ambil gambar pun senget kann.

Dari fantai tadi, wak  terus nak cari bekalan roti arab atau roti pita.

Disini  tiadalah kedai 24 jam seperti 7-eleven itu.
Tapi itupun convenience store dalam mall atau bangunan tertutup.
Jadi wak singgah di kedai Lulu Express dalam stesen metro DECC.
Nasib baik dibuka awal juga.

Wak ada tengok2 juga.
Kalau2 ada dijual susu kurma yg biasa di jumpa di Masai.
Tapi laayilek, nadai, arimasen, padahal di negeri pasir berdengung ini kan banyak buah kurma.
Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

12 comments:

  1. ingatkan betul ade leaning tower... hehehe

    ReplyDelete
  2. lulu express ni 24jam buka ke tak wak? tak sangka kat sana takde kedai 7E ye, ingatkan ada merata2

    ReplyDelete
  3. untuk berada di sana wajib berbahasa Arab ke tuan..

    nak juga melancong nie ke tanah arab

    ReplyDelete
  4. subhanallah cantiknya pemandangan

    ReplyDelete
  5. Alalalala... Ye la tu kamera cap ayam.... hehehehe

    ReplyDelete
  6. takkanlah keje di Doha pakai HP cam ayam. Saya tak percaya. haha

    ReplyDelete
  7. Terpaku dengan gambar sunset tu wak. So cantik!

    ReplyDelete
  8. HP cap ayam pun dah cantik gemilang gambornya apa lagi lah kalau HP up lagi tinggi dari cap ayam...hehehehe hp cap apa ya boleh kalahkan hp cap ayam wak punya

    ReplyDelete
  9. Orang Doha tak pandai buat susu kurma kut wak tu pasal tak jumpa

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat