Monday 27 December 2021

BEST FREE VPN FOR QATAR IN 2021

Speed VPN to beat the firewall in Qatar @2021

Isnin.
Doha, Qatar.

Hari ini wak nak cerita sikit pasal VPN.

Sebelum wak datang ke negeri pasir berdengung Qatar ini.
Wak ada dengar juga masalah bosskur dan rakan2 sekerja yg sudah berada disini.
Masalah penggunaan whatsapp.
Mereka harus gunakan apps VPN.

Mula2 wak pun tak tahu apa itu VPN.
VPN, yakni virtual private network.
Seperti penembus dinding api, baca internet firewall.

Rupa2nya, di negeri pasir berdengung ini.
Apps whatsapp adalah antara apps yg kerajaan Qatar boikot.
Selain whatsapp, Qatar juga haramkan Facetime dan Skype.
Seperti google di China.
Teringat masa mula2 wak beli henfon Huawei wak ini.
Kena install juga Google play guna khidmat lanun dahulu.

Sebab itu mula2 sampai ke sini.
Memang tersangkut2 bila pakai whatsapp.
Terutamanya bila buat panggilan whatsapp call.

Jadi mereka pun cadangkan untuk guna apps VPN.
Mula2 wak muat-turun apps Turbo VPN.
Tapi nampak ada masalah juga, yakni selalu terputus.

Kemudian wak cuba pakai Speed VPN.
Dah lebih sepurnama juga tiada masalah.
Kadang2 saja terputus.
Tidaklah seteruk Turbo VPN.
Dan boleh masuk dan tengok laman web yg terlarang dan terlampau yg lain juga.

Ooh.
Petang semalam (Ahad) wak berlarian ke Carrefour.
Beli air mineral, roti arab seriyal dan biskut oats.
Suhu diluar dan angin kencang sudah menggigit tulang.
Pakai longjohn pun masih terasa sejuknya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7 comments:

  1. Laman web terlarang ye wak.....hepp...jangan notty2 wak....

    ReplyDelete
  2. VPN? Apa pulak ni? Jap nak gugel...

    ReplyDelete
  3. zmn IT ni, yg disekat boleh je hack..hehe..

    ReplyDelete
  4. Asalkan dapat memudahkan urusan kerja, install je la Wak.
    Anyway, sejuk sangat ke sampai kena pakai long john?

    ReplyDelete
  5. Teringin merasai suasana musim sejuk di negeri pasir berdengung. Teringat kawan saya pergi umrah musim sejuk katanya kena pakai sweater

    ReplyDelete
  6. bagus guna VPN so tak boleh detect kita call dr country mana..hehehehehe..

    ReplyDelete
  7. oh wow dekat sini ada carrefour! Susah jugak ek bila apps utama dekat negara kita kena boikot dekat sana. nasib jumpa solusinya

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat