Thursday 2 December 2021

COLLECTING FIFA ARAB CUP 2021 FAN ID

The St Regis Doha at al-Qassar metro station @2021

Rabu malam Khamis.
Doha, Qatar.

Tadi malam kan wak sudah terima sms.
Fan ID wak diluluskan.
Jadi, tadi usai maghrib di apartment.
Wak terus berlarian ke DEC al-Qassar.
Tapi kali ini wak naik LRT saja.

Bila tiba di pusat DEC.
Nampak ramai orangramai seperti semalam.
Jadi, wak cuba potong queue dari tempat membeli tiket.
Tapi, usaha wak tidak menjadi.
Kena beratur panjang seperti rakyat biasa.

Dipendek cerita.
Setelah sejam setengah di pusat DEC itu.
Dapatlah akhirnya kad Fan ID yg gantung dileher.

Nota lalat. Mungkin kamurang nak tahu juga kenapa wak pilih perlawanan Mauritius vs UAE kan? Pertama, sebab stadium paling dekat dengan stesen LRT, yakni stesen Ras Abu Aboud. Kedua, sebab tiket paling murah, yakni 25 riyal. Perlawanan Mesir vs Sudan juga di stadium yg sama pada keesokan harinya tidaklah dapat wak saksikan. Mesir kan top team, walaupun top team mcm JDT pun boleh kalah dgn KL kannns. Ini adalah kerana tiket murahan 25 riyal sudah habis terjual. Yg ada tiket 45 riyal keatas sahaja. Lagipun wak bukanlah peminat bolasepak tegar ya. Yg penting wak nak rasakan suasana stadium di Doha ini yg akan dorang gunakan untuk World Cup 2022 tahun hadapan. Boleh kanns. Lagipun kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk terus kerja potong rumput di sini, insyaAllah sekurang2nya wak dah tahu proses beli tiket bolasepak kannn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7 comments:

  1. peminat bola tegar ni sonok nonton live

    ReplyDelete
  2. Selamat menonton Wak.
    Kami nak cuti esok, tumpang tuah KL City menang Piala Malaysia :)

    ReplyDelete
  3. Wah! Untungnya merasa croud di sana!

    ReplyDelete
  4. wahhhh panjangnya que wak oi... sampai dah macam ular panjang ngelolet

    ReplyDelete
  5. wah..letup! harap nanti wak keluar Tv. saya tengok jugaklah semalam match egypt lawan lubnan. Mo Salah xde, dia kat Liverpool

    ReplyDelete
  6. Nanti share masa wak pi menonton tu ye....janji tau

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat