Saturday 4 December 2021

STADIUM 974

Stadium 974, previously known as Ras Abu Aboud Stadium, is football stadium which is built in Doha, Qatar for the 2022 FIFA World Cup @2021

Jumaat malam.
Doha, Qatar.

Petang wak mula berjalan ke City Center Mall.
Usai solat maghrib (4.45pm) berjemaah disurau.
Wak naik tren LRT dari DECC ke stesen Ras Bu Aboud.

Silap wak sebab tak bawa jaket tebal.
Sudah suhu makin sejuk bila malam tiba.
Dengan angin yg macam ribut.
Menggigil sejuk sampai ke tulang.
Aduhai.

"The Stadium 974 was officially unveiled with a special event on November 20, 2021.The number 974 represents the international dialling code for Qatar, as well as the exact number of shipping containers used in the construction of the stadium. - Wikipedia "

Nak masuk kena kawalan agak ketat.
Siap tanya sudah vaksin sempurna atau belum.

Wak dapat tempat duduk murahan paling atas, tempat duduk tengah.
Sebenarnya ada lagi satu tingkat atas yg tidak dibuka.
Penonton pun tidak ramai.

Perlawanan UAE vs Mauritania yg agak bosan.
Bermula tepat jam 7pm.
Tapi wak tak tahan dengan kesejukan malam pula.

Habis separuh masa pertama, wak pun keluar.

Sebenarnya juga, wak ada rancangan nak singgah di al-Bidda Park.
Ada festival makanan, QIIF 2021, yakni Qatar International Food Festival.
Dan malam ini ada acara kompang.
Tapi memandangkan wak pun dah tak tahan kesejukan.
Telur pun dah kecut kematu.
Wak pun terus balik ke gagang.

Updated. Result UAE (1) Mauritania (0).
Dan tadi sblm tdo, ada ternampak live kat Facebook tunjuk acara kompang itu. Tidaklah segah mana. Huhuhu.

Blog bukanlah  hakmilik kekal.

10 comments:

  1. Replies
    1. tahu je, leh check dlm fesbuk maa 😅😅

      Delete
  2. cantik stadium dia. baru perasan dah tak ada gambar perempuan atas bumbung tu kat header wak hehe

    ReplyDelete
  3. Wah! Cantik la stadium ni... kreatif!

    ReplyDelete
  4. unik stadiumnya, dibina dengan kontena. game bosan la kot Wak, stadium pun kosong.

    ReplyDelete
  5. Tak ramai orang ke wak nampak. Camni rasa tenguk bola depan mata ye wak

    ReplyDelete
  6. Johor kalau acara kompang masa pengantin lagi meriah wak. kalau yang moden tu hah lagunya pun ikut peredaran zaman. seronok dengar

    ReplyDelete
  7. wah stadium dia buat daripada kontena ke wak. cantik lah dan kreatif

    ReplyDelete
  8. dah nak masuk winter wak tu yang sejuk tu. Kena angin lagi le rasa sampai ke tulang

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat