Sunday 16 January 2022

I SUPPOSED TO GO OFFSHORE TOMORROW MORNING

Pizza Hut Restaurant @2022
Ahad.
Doha, Qatar.

Semalam kan sudah pergi ke klinik buat pemeriksaan PCR.
Jadi, hari ini wak tertunggu2 juga keputusan.
Periksa dalam apps Ehtaraz (Mysejahtera) masih tak kemaskini.
Sampaikan wak terpaksa uninstall dan install semula.
Mula2 memang kalut.
Asyik dapat message - error connection.
Rupa2nya wifi dalam apartment ini yg tak kecapaian.
Akhirnya petang tadi baru terima mesej dari Kementerian Kesihatan (MOQ).
Wak disahkan negatif dari virus covid-19.
Apps Ehtaraz pun sudah tunjukkan warna hijau.
Alhamdulillah.

Hari ini agak kelam kabut juga.
EPH kata dia mahu uruskan keberangkatan wak ke offshore esok pagi (Isnin, 17hb).
Sekarang cuaca buruk, laut bergelora.
Jadi kena  naik bot 4 hingga 5 jam lamanya.
Harap2 tidak mabuk laut.
Tapi bila diperiksa dokumen, ada beberapa yg tiada pada wak.

1. T-Bosiet - OK
2. H2S - OK
3. Vaccination  Certificates - OK
4. OMFC card - ?
5. Golden Rule - ?

Benganglah juga wak.
Bukankah EPH (mamat Logistik) sudah tahu dari minggu lepas?

Ooh, cerita lalat lain.
Tengahari tadi ada 2 staff baharu masuk  apartment.
1 orang dari Padang, Indon.
1 orang dari India.

AWI telefon wak dari offshore.
Kata ada cewek Indon mahu ambil makanan yg ditinggalkan di dapur.
Bila diperiksa oleh LLA & EGA, banyak makanan (ie spaghetti, sayuran) yg sudah lama dan buruk.

Bila wak mahu keluar selepas solat maghrib ke mall.
LLA ada pesan nak makan KFC.
Kemudian, mamat Padang tadi kata dia pun mahu ikut ke mall dengan cewek EGA juga.

Pasal pemergian ke offshore.
Wak sudah mengadu dengan bosskur.
Tengah malam  tadi bosskur hantar whatsapp.
"Chopper booked on 18 Jan 2022," mesejnya.

Nota lalat.
Semasa kawan2 baca entri ini.
Wak sudah pun berada di tengah lautan ya.
Alhamdulillah.
Tunggulah cerita 10 hari terkebelakang nanti ya. ;p

Blog bukanlah  hakmilik kekal.

 

4 comments:

  1. selamat bertugas di lautan tak bertepi..nak dgr cerita offshore...

    ReplyDelete
  2. sdap pizza tu....dkt tin air ada tulis i love qatar

    ReplyDelete
  3. semuga di permudahkan wak. Selamat semuanya

    ReplyDelete
  4. fuiyoo..naik chopper Wak. Rezeki tu. gerenti tak mabuk. semoga selamat saja semuanya memotong rumput di tengah lautan

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat