Saturday 21 May 2022

DURIAN UDANG MERAH VS DURIAN TEMBAGA

Ini durian tembaga (rm25 sekilo) @2022

 Sabtu, 21 Mei 2022.

Sudah beberapa pekan.
Isteri wak (yg itu) membebel.
Pasal kipas yg tidak berfungsi.
Pasal loceng pintu yg tidak berbunyi.
Dan pasal lampu pagar yg sudah lama rosak dan tidak di pasang.

Semalam petang wak sudah panggil juruletrik.
Dua orang mamat muda lagi.
Mereka cuba periksa apa yg rosak.
Akhirnya masih tidak berjaya.
Upah periksa = rm20.

Malam tadi wak keluar ke kedai lampu.
Kedai yg agak jauh dan disarankan mamat juruletrik tadi.
Tapi bila tiba di parkir kedai pun baru sahaja tutup.
Bila tengok waktu di henfon sudah 8.00 malam.
Yo wes lah.

Singgah di medan selera J.
Cuma pesan minuman manis potong kaki
Air tembikai laici dan lemon asam boi.

Selepas itu singgah di gerai jual buahan.
Beli pisang, rambutan, dan buah salak.
Terlanjur beli sebiji buah durian udang merah (rm35 sekilo).
Habis dimakan wak dan isteri.

Bila anak wedok yg baru pulang kerja dari restoran sushi.
Dia terhidu bahu durian yg sudah habis.
Terpaksalah wak berjanji mahu belikan esok (hari ini) pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

12 comments:

  1. jumpa 2 jenis durian tu juga..katanya dari Siam...cepat ye, kul 8 dah tutup..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Tak sabar nak habis pantang nak mencari durian juga ni.

    ReplyDelete
  3. Musim ni belum dapat durian lagi setakat ni. Esok lusa kena pergi cari.

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi cuba durin udang merah. boleh tahan juga harga dia.

    ReplyDelete
  5. Boleh terliur tgk durian ni sbb saya hantu durian.

    ReplyDelete
  6. Durian tembaga kegemaran kami sekeluarga. Tengok dah ramai jual, tapi kami belum ada semangat nak beli lagi

    ReplyDelete
  7. Mana gambar durian udang merahnya Wak?

    ReplyDelete
  8. Lain kali jangan bawak baik baunya... hehehehe

    ReplyDelete
  9. Cantik isi duriannya, Wak.
    Loceng pintu saya pun tak berbunyi juga. Tak payah repair pun ok, jadi kalau salesman datang, tak boleh dengar. Hehe..

    ReplyDelete
  10. Sekatang ni durian tembaga banyak dari Siam
    Durian tembaga Johor belum gugur lagi

    ReplyDelete
  11. mungkin cuba panggil juruletrik yang tua sikit, lebih berpengalaman

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat