Friday 13 May 2022

STOP OVER GUNUNG LEDANG AND GUNUNG PULAI

Masjid Jamek Tangkak @2022

Jumaat, 13 Mei 2022.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke selatan.
Singgah di bandar Tangkak.
Sempat bersolat jemuah di masjid jamek Tangkak.
Ada solat sunat menghindari wabak covid sebelum masuk waktu zohor.

Usai solat jemuah.
Wak ingat mahu lepak2 dan tidur sebentar dalam masjid.
Tapi tok siak sudah mulai tutup segala pintu masjid.
"Tadi kan sudah bagitau," lantang suara tok siak itu.

Wak cubalah terlelap dalam cikputih.
Tapi dapat tidur sebentar sahaja.
Alat penghawa dingin seperti tidak berfungsi pula.
Habis basah badan wak atas dan bawah.

Seterusnya wak singgah di rumah adinda pula.
Berdekatan Gunung Pulai.
Sebab mahu berikan baju2 lama anak lanang bocah cilik.
Sambil tengok kebun wak yg sudah dibersihkan.
Menyesal pula tidak ambil gambar kebun tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ABC break at Kampung Sepakat Jaya @2022

7 comments:

  1. Wah.. sampai ke Tangkak...
    Sedapnya ABC itu!

    ReplyDelete
  2. nampaknya kena repeat lg ke kebun tu sbb wak x ambik gambar.. hehehe

    ReplyDelete
  3. wak sudah ade kat sini ke..lamanya da x jenguk blog ni

    ReplyDelete
  4. Lain macam ABC tu, Wak. Macam ada sos coklat pulak. Maap, kalau salah.
    Lain kali, ambil gambar kebun, ye Wak.

    ReplyDelete
  5. sedapnya ABC tu..ngences..

    ReplyDelete
  6. cuaca panas skarang..dpt abc syoknya

    ReplyDelete
  7. tak boleh tido di masjid dah sekarang ni Wak..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat