Sunday, 11 January 2015

ANGRY BIRD, TAK3N



AKTIVITI hujung minggu bersama keluarga yang biasa-biasa saja.

Saya bepergian ke Galleria Kotaraya mencari pejabat SSM tetapi tidak berjumpa di UTC tingkat atas itu. Bila saya bertanya kepada abang sekuriti telah berkata ada di Menara Ansar bersebelahan sahaja. Tetapi bila saya ke Menara Ansar, pejabat tutuplah pula sebab hari itu hari Sabtu. Kebetulan di Kotaraya itu saya terus membuat salinan kunci rumah 5 set. Dan melayan tapak permainan kanak-kanak Angry Bird Activity Park mini yang tidaklah sebesar seperti di plaza baru Komtar.

Malamnya pula, saya melayan cerita wayang Tak3n yang saya telah di'pau' untuk menonton cerita berbintang 9/100 (Rotten Tomatoes). Menyesal saya tidak membaca ulasan terlebih dahulu dan terus membeli tiket Imax 2D yang mahal itu juga.

1 comment:

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat