|
Veggie Lover set is not as per apps. |
Tengahari terasa laparlah pula.
Penulis pun berlarian ke restoran Pizza Hut yg berdekatan.
Pesan set sayur kasih sayang sahaja.
Awek pelayan berikan menu.
"Wak kena order guna apps," kata awek itu.
Tapi bila sudah pesan set piza siap air guna apps dalam henfon.
Set peribadi untuk makanan satu orang.
Tidak sampai 5 minit, awek datang dgn segera.
"Maaf wak, air pepsi takde.. filter rosak," awek pelayan beritahu.
"Juga, onion rings pun takde.. abes stock," kata awek itu lagi.
Yo wes.
Jadi, air pepsi tukar jadi air kacang soya.
Dan cincin bawang (baca, onion rings) jadi baji kentang (baca, potato wedges).
Movie lalat 1.
Bajrangi Bhaijaan 2015.
Sinopsis. Salman Khan sebagai Pawan Kumar Chaturvedi, seorang pemuja dewa Hindu Hanuman yg jujur dan pembaris, yg memulakan perjalanan dan pengembaraan untuk mengembalikan seorang gadis Muslim Pakistan berusia enam tahun yg bisu, yg terpisah di India dari ibu bapanya, pulang ke kampung halamannya di Pakistan.
Komen penulis. Cerita wayang yg biasa-biasa. Gambar sinematografi pemandangan yg menarik dan cantik. Lagu cuma dua yg agak baik. Seperti biasa, ada kesedihan di bahagian akhir cerita.
Movie lalat 2.
Drishyam 2015.
Sinopsis. Ketika seorang polis wanita kehilangan anak lelakinya, dia mengancam akan merosakkan keluarga Vijay yg diserang oleh budak lelaki itu. Kedua-dua mereka berusaha keras untuk melindungi keluarga masing2.
Komen penulis. Sebenarnya penulis sudah tonton wayang ini. Kali ini penulis cuma tonton sedikit diawal dan percepatkan ke bahagian akhir sahaja yg sangat menarik. Babak akhir yg dipaparkan amat bijak, membuatkan penonton tidak jangka dan akan tersemat difikiran untuk beberapa lama.
Nota lalat. Penulis baca sedikit berkenaan
Salman Khan dalam wikipedia. Ibunya Hindu, manakala bapanya seorang Muslim. Dan dia mengaku bahawa dia seorang Hindu dan juga seorang Islam. Dua-dua agama pun boleh erk?
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
Veggie Lover pan pizza. |