Tuesday 31 August 2021

WHAT IS AN OXIMETER NORMAL READING

A normal level of oxygen is usually 95% or higher.
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.
Ini masih juga entri 10 hari terkebelakang ya.

Dan hari ini hari kebangsaan yg ke 64 tahun.

Pagi tadi cuaca agak mendung.
Seperti mahu turun hujan.
Tapi penulis gagahi juga berjalanan dibelakang taman.
Dapatlah jarak yg agak jauh, yakni 6.4km sahaja.

Ooh.
Pasal alat Oximeter itu untuk membaca kadar saturasi oksigen dalam darah yg akurat.
Sementara ada didalam rumah ini.
Penulis periksalah sendiri.
Nampak normal, yakni 95% sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sunrise this morning @2021

Petang pula penulis berlarian ke makam Tun Teja.
Link lama: 2009 | 2011
Dalam perjalanan pulang kegagang pula.
Penanda minyak kehabisan sudah kelihatan.
Tapi stesen minyak semuanya sudah ditutup jam 8malam.
Yo wes.

Movie lalat. Redha 2016.

Monday 30 August 2021

PINK OLD TELEPHONE

A pink telephone is now obsolete @2021
Petang penulis sudah berjalanan disekitar taman sahaja.

Movie lalat. The Intern 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 29 August 2021

RAINING IN THE MORNING

Purple color by the  roadside @2021
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.
Ini entri terkebelakang 10 hari ya.

Pagi tadi penulis tidak berjalanan dibelakang taman.
Kerana hujan.
Yo wes.

Petang penulis gagahkan diri untuk berjalanan juga.
Cuaca agak mendung.
Dapatlah jarak 4.90km.
Ramai juga orang memancing ditepian longkang itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday 28 August 2021

I FORGOT TO BRING MY USB PHONE CHARGER

Fort Supai @2021
Bila pakai kereta lain.
Terlupa bawa pengecaj henfon pula.
Yo wes.

Nasib baik masih ada nyawa2 ikan untuk ambil gambar matahari tenggelam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday 27 August 2021

RUMAH BIRU KAMPUNG BARU

Jalan Salleh Kampung Baru KLCC @2021
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah. 
Ini entri terkebelakang 10 hari ya. 

Tengahari tadi penulis sekali lagi berlarian ke KLCC.
Untuk mengambil kembali mesin pemotong rumput (baca, laptop)  yg baru dipulang minggu lepas.
Sebab bossku jadi hantar penulis ke seberang parit.
Dan kontrak disambung 6 bulan lagi.
Alhamdulillah - Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Dan hikmah dari kejadian itu.
Penulis boleh merentas negeri sewenang2 tanpa ke balai polis berdekatan.

Ooh.
Pasal rumah biru kampung baru itu.
Penulis singgah dahulu.
Sudah ada bangunan tinggi hampir menghalang pemandangan dari sini.
Berbanding tahun 2013 - belakang rumah ada KLCC.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 26 August 2021

GREENER PASTURE IS STILL HERE

Greens today @2021
Tiada aktiviti yg menarik hari ini.
Petang tadi masih berjalanan dibelakang kampung sahaja.

Movie lalat. Kami 1982, lakonan Sudirman Hj Arshad.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 25 August 2021

NGIDAM NASI KRAPOW

IOI City Mall @2021

Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah. 
Ini entri terkebelakang 10 hari ya. 

Tengahari penulis sudah berlarian ke pusat belibelah itu.
Tujuan nak makan nasi krapow siam.

Untuk kawan2 yg nak tengok nasi krapow yg lepas2 - sila KLIK.
Jgn ckp penulis tak payung. ;p

Movie lalat. Act 1978 (2020).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 24 August 2021

LOOKING FOR GREENER PASTURES

New greens @2021


Tengahari ada temuduga tingkap.
Haruslah penulis mencari padang hijau yg baharu.
Semoga dipermudahkan urusan.
Amin ya robbal alamein.

Petang pula penulis berjalanan di belakang kampung seperti biasa.

Hafazan lalat. Surah al-thalaq 65:1-11. One more ayat to go.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 23 August 2021

MERENTAS NEGERI DENGAN SURAT MITI

Petronas and Maxis towers @2021
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.
Ini entri terkebelakang 10 hari ya.

Tengahari tadi (Isnin) penulis sudah berlarian ke KLCC.
Tujuan untuk pulangkan mesin potong rumput (baca, laptop) milik ejen.

Sudah setahun setengah penulis bertugas memotong rumput dengan ejen yg ini.
Sejak bermula wabak penyakit virus covid-19 tahun lepas. 
Link: Amalan zikir sebelum temuduga.

Harap2 juga penulis tidak terus menanam anggur.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 22 August 2021

REMPEYEK KACANG TANAH

Rempeyek kacang tanah @2021
Petang tadi sempat juga penulis berjalanan dibelakang kampung.

Ooh.
Pasal rempeyek kacang tanah.
Penulis beli di pasaraya Giant yg berlogo baharu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday 21 August 2021

PM TEPI SELAMANYA

Today sunset @2021
Petang tadi cuaca cerah.
Jadi bolehlah penulis berjalanan dibelakang kampung seperti biasa.

Pasal politik.
Semalam kita mendapat PM yg baharu.
Semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.
Aminn ya robbal alamein.

Movie lalat maraton.
Untuk yg nk tgk movie Afghan war.
Semalam penulis sudah marathon 4 movies pasal Afghanistan war.
Tak pandai nk review panjang2.
Ringkasannya begini, dgn rating peribadi.

Movie 1: 12 Strong (2018)
Perang antara 12 askar Amerika dgn ratusan taliban. Hebat kan tgk xde sorang pun mati. Tapi taliban bukan chaleng2. Action 7/10

Movie 2: The Outposts (2020)
Perang satu pos kawalan tentera amerika dgn ratusan taliban. Action 7/10

Movie 3: The Kill Team (2019)
Tiada sangat perang antara tentera amerika dgn taliban. Cuma drama pembunuhan yg tidak bermoral oleh tentera amerika terhadap orang kampung. Drama 7/10

Movie 4: Kajaki (2014)
Bukan perang antara tentera British dgn Taliban. Tapi bagaimana keadaan tentera British itu melawan musuh yg tidak disangka dan sangat kejam, iaitu periuk api. Drama 8/10



Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday 20 August 2021

KFC AND TORTILLO CHIPS

KFC Bangi @2021
Sekarang hujan turun tidak menentu.
Kadang pagi, kadang petang.
Kadang tengahari.
Kadang gerimis turun 13 minit sahaja.

Tengahari tadi penulis pun teringin mahu makan ayam kepci.
Dan beli jajan di Giant sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 19 August 2021

START WALKING AT DAWN

Rainy morning day @2021
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.
Ini entri terkebelakang 10 hari ya.

Sudah beberapa hari hujan turun diwaktu petang.
Tidak boleh berlarian di belakang kampung.

Jadi tadi penulis pun cuba keluar rumah lebih awal.
Lepas subuh sepi-e.

Tapi hujan gerimis juga.
Jadi penulis bawa payung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 18 August 2021

AL QURAN AL KARIM AL FATIH PERKATA KOD TAJWID ARAB

al-Quran al-Fatih perkata @2021
Sudah dua hari berturut2 hujan lebat diwaktu petang.
Jadi penulis tidak keluar rumah juga.

Ooh.
Pasal mushaf al-Quran al-Karim perkata al-Fatih.
Penulis terima sebagai hadiah wakaf.
Berbulan2 masih tidak digunakan.
Jadi tadi penulis buka dan cuba menggunakannya.
Penulis suka mushaf ini kerana agak besar, iaitu bersaiz A4.
Ada terjemahan bahasa Melayu yg jelas untuk setiap perkataan.
Cuma tiada tulisan rumi.

Dan gambar2 mushaf al-quran ini penulis guna kamera DSLR lama.
Dengan lensa 35mm.

Hafazan lalat. Surah al-Thalaaq 65:1-4.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 17 August 2021

RACE TO BE PM IS ON

Carwash after 3 months @2021.
Ini entri 10 hari lepas ya. 

Petang tadi hujan pula.
Jadi penulis tidak dapat berlarian di belakang kampung seperti biasa.
Yo wes.

Krisis politik negara makin meruncing.
Agar negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.
Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 16 August 2021

ANOTHER WALKING AND HIKING SMALL HILL

Pink flower by the roadside @2021
Petang Isnin yg biasa2.
Hari ini hujan turun sebentar.

Hafazan lalat. Surah al-Thalaq 65:1-3.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 15 August 2021

WAHAI NABI APABILA KAMU MENCERAIKAN ISTERI-ISTERIMU

The result of heavy deforesting @2021
Petang penulis pun berjalan dibelakang kampung lagi seperti biasa.

Teringin mencuba mengukur tanah orang lain.
Tanah lot banglo.
Kalo 1 ekar boleh dapat buat 6 rumah.

Politik semasa.
Esok (Isnin) dikhabarkan PM TS Muhyiddin Yasin akan meletak jawatan.
Semoga negara akan tetap selamat sejahtera sentosa senantiasa.

Hafazan lalat.
Tiba2 penulis mahu menghafaz surah al-Thalaq (Talak/Cerai).
Surah ini ada 2 mukasurat sahaja.
Ada 12 ayat yg agak panjang.
Semoga dipermudahkan.
Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday 14 August 2021

HOMEMADE SALMON STEAK

At home @2021
Ada yg tidak menarik hari ini.
Harus diialui dgn tabah.
Hidup harus diteruskan.
InsyaAllah.

Movie lalat. His House 2020.
Hafazan lalat. Ulang surah al-insyiqaq 84:1-25.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat