|
The Classic Caesar Salad | Yew's Cafe | Bandar Seri Alam | Johor 2017 |
Petang semalam penulis sudah berlarian ke
Senai Airport kerana menghantar
anak lanang beraya kerumah isteri beliau di
Kuching. Selepas itu,
dilema mencari kedai makan untuk
beriftar pun
bermula. Dalam perjalanan
pulang ke gagang, penulis singgah di Aeon (
Jusco) Permas Jaya. Tetapi bila penulis lihat sudah
ramai orangramai memenuhi
food court dan kesemua
restoran besar spt KFC, Secret Recipe, dan Pizza Hut, kecuali Baskin Robbins, penulis pun membatalkan
hasrat untuk berbuka puasa disitu. Seterusnya, untuk
memesan KFC Seri Alam di
pandu lalu pun
tidak kesampaian kerana banyaknya kereta-kereta pun sudah
beratur sehingga ke luar jalan utama. Restoran
terbuka Der Cabin bersebelahan KFC pun sudah
berpindah. Akhirnya, isteri penulis (yang itu) pun mencadangkan singgah di restoran
kurang popular, Yew's Cafe, bersebelahan Kluang Cafe, sudah.
Malam pula, penulis pun
melayan kaum kerabat untuk menonton
wayang cerita "The Transformers: The Last Knight" di pawagam Today's yang
berdekatan. Tetapi ada kekalutan diawal cerita bila ada masalah teknikal. Sehinggakan ada abam2 macho lagi poyo tidak sabar dan kecoh kerana babak awal cerita yang mengisahkan peperangan zaman Viking ditayangkan seperti tiada kena mengena dengan cerita Transformer kan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.