Friday 24 July 2015

SOLO ITU LEBIH BAIK



WAH, tajuk entri penulis yang propa kali ini seperti blog budak-budak 'single itu lebih baik dari pacaran' sahaja bunyinya kan.

Dan dengan ini, penulis tidak akan mengemaskini blog ini selama 6 hari 6 malam lamanya. Bukan sebab penulis hendak terbang (baca: travel) kemana-mana secara solo ya. Jumpa kawan-kawan di bulan hadapan, in sha Allah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 21 July 2015

SKY



KELMARIN pagi-pagi lagi anak lanang bocah cilik penulis itu sudah bangun mandi manda gosok gigi dan mengajak ke Toy R Us untuk membeli mainannya. 'Duit raya anaknda dah cukup sehatus satu hinggit bah!', katanya lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday 19 July 2015

ORANG SEMUT



PADA mulanya penulis hendak menonton wayang Penghapus (baca: Terminator Genysis) tetapi tiadalah kaum kerabat yang berminat menonton bersama. Jadi penulis pun melayan wayang the Antman sebagai hiburan semata-mata dengan separuh dari kaum kerabat juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday 17 July 2015

THE FIRST DAY OF RAYA



TAHUN ini penulis memulakan sessi mengambil gambar keluarga penulis seperti biasa dirumah hinggap selepas solat sunat aidilfitri. Selepas solah jemuah pula (baca: sembahyang jumaat) penulis pun pulang ke kampung menziarah pusara ayahnda dan bonda. Dan selepas itu beraya ke rumah adindas penulis juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 16 July 2015

ANAKANDA SAYANG ABAH!

Anak lanang bocah cilik.

SELALUNYA yang penulis gaduhkan dengan anak lanang bocah cilik ini ialah tentang rancangan televisyen Astro. Sesekali apabila penulis tidak memotong rumput dan berehat-rehat santai dirumah hinggap itu dan ingin menonton wayang menarik di saluran 411 (dan saluran wayang lain), manakala anak lanang ini akan melayan cerita kartun di saluran 616 walaupun beliau sibuk dengan permainan video dan youtubenya.

Kelmarin anak lanang bocah cilik ini mengamuk kerana penulis menukar saluran kartunnya dan merampas alat pengawal jauh dari tangan penulis. Penulis tidaklah marah, tetapi penulis kata padanya yang penulis akan pergi jauh jauh mencari batu belah batu bertangkup. Apabila penulis hendak terlelap didepan televisyen itu, tiba-tiba anak lanang bocah cilik ini membaling alat pengawal jauh itu ke badan penulis sambil teriak, 'anakanda sayang abah!'

Wednesday 15 July 2015

MAAF ZAHIR BATIN



LUSA sudah hariraya. In sha Allah. Dengan ini penulis mengucapkan selamat hariraya maaf zahir batin sekiranya ada tersalah silap tuturkata. Hati-hati di jalanraya, majulah sukan untuk negara.

yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL SOLEH,
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

Salam aidilfitri,
maaf zahir dan batin

- al-Ghazali

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday 14 July 2015

IMUDA | HAREMEYN

"Pi Mai Pi Mai Tang Tu sitcom" on television. Pameran Solo Imuda 2015 di Lobi Bangunan Pentadbiran LPSVN, Kuala Lumpur.

KELMARIN sempat lagi penulis merempit ke Balai Seni Visual Negara (baca: National Visual Arts Gallery) yang sepelaung saja jaraknya dari tempat penulis memotong rumput ditengahari yang panas terik berdeting. Alone matcham biasa. (Ada 33 foto kesemuanya).

Mula-mula penulis menyaksikan pameran solo Imuda di bangunan baharu.

Kemudian penulis datang semula ke bangunan utama untuk menyaksikan pameran Haremyn, gambar gambar lama dari zaman Uthmaniyah (Ottoman Empire) memaparkan bangunan Kaabah, masjid Quba' (Qiblatain, 2 kiblat) dan juga masjid Nabawi.

Monday 13 July 2015

THE FIRST 2015 RAYA CARD OR MAYBE THE LAST



AKHIRNYA ole-ole bandung yang penulis ushar usharkan telah selamat tiba dirumah merpati penulis yang itu ya. Tiba didalam sampul kad raya dengan pantun raya juga. Tulisan pantun pengirimnya,

"Bulan Ramadhan Bulan Mulia
Disambut Dengan Penuh Gembira
Kini Syawal Menjelma Tiba
Tangan Dihulur Maaf Dipinta"

Terimakasih tidak terhingga penulis ucapkan kepada rakan blogger devogue cik tengku Scdha Sein (SS) yang jauh dimata itu. Bebienornya penulis tidak pernah memberikan alamat rumah kepada pengirimnya. Tetapi biasalah dalam dunia internet dan laman sosial, semuanya ada dihujung jari kan, kanns.

Ini pantun balasan biasa-biasa saja dari penulis pula,

Blog diwalking sehari-hari,
Dalam gelap siang malam atau senja,
Penulis menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan juga .,

Sunday 12 July 2015

BESTA DICTIONARY


KAMUS elektronik Besta sekolah cina anak-anak penulis yang lama tidak boleh digunakan lagi. Penulis sudah menghantarnya ke Besta untuk diperbaiki tetapi telah diberitahu tiada alat pengganti yang baru. Jadi, untuk anak lanang bocah cilik ini penulis sudah mengganti dan menaiktaraf kamus elektronik ini dengan model yang baharu.

Saturday 11 July 2015

NASI GORENG PELANGI

Nasi Hujan Panas, 38thirtyeight cafe.

SELAMAT bersahur semua kawan-kawan penulis.

KELMARIN sempat lagi penulis berbuka puasa di sebuah restoran stail barat yang menghidangkan nasi minyak yang dipanggil Nasi Goreng Pelangi. Pada mulanya penulis berasa keorangaslian (baca: jakun) kerana pertama kali mendengar panggilan nasi sebegitu.

Nota lalat. Bebienornya, nasi minyak itu dipanggil Nasi Hujan Panas ya, bukan Nasi Goreng Pelangi. Penulis memohon maaf diatas kesilapan pendengaran.

Friday 10 July 2015

讲华语运动

Tesco Bandar Seri Alam, Masai.

Tajuk entri itu bermaksud kempen bertutur bahasa Mandarin.
Tajuk bunting itu pula bermaksud kalau anda bertutur Mandarin, otak anda akan menjadi lain.

KALAU mamam limau mandarin yang sedap itu boleh menukarkan otak kita jadi bijak ke apa?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 9 July 2015

MENATE MU AZMAN ALI



TAJUK hanyalah propa penulis. Sila abaikan saja.

PERTAMA kali mata penulis tertancap pada papantanda kedai makan restoran Me'nate Steak Hub di Ampang Jaya itu, yang penulis akan limpas setiap hari pulang selepas tugas memotong rumput, menjadikan penulis terkejut juga. Sebutan nama kedai penuh makian untuk orang yang tahu apa maksud 'menate' itu. Pada mulanya juga penulis menyangka pemilik restoran ialah rakyat jelata orang biasa biasa dari Kelantan. Dan restoran itu menghidangkan nasi tempatan negeri seperti nasi kerabu dan nasi dagang saja. Tapi sungguh tidaklah penulis jangka, buah cempedak pun dah jadi nangka, bahawa kedai Me'nate Steak Hub ini menjual juadah daging panggang (baca: steak) rupanya. Bukan daging panggang biasa biasa ya, tapi daging import berkualiti tinggi dari luar negara. Tapi dek kerana nama itulah penulis telah beberapa kali (adalah 2 kali) menjamah steak yang ada disitu. Salah satu keunikan restoran ini ialah, kiraan harga pada menu ialah setiap sehatus gram ya. Boleh koyak rabak poket seluar ya ketika hendak membayar dikaunter. Dan minuman air adalah free flow, maksudnya boleh ditambah berkali-kali.

Tapi kelmarin penulis dikejutkan juga apabila ada berita sensasi dalam tweeter menjadi viral tentang artis diva Azman Ali (bukan nama sebenar) yang meroyan. Kawan-kawan boleh meng-google saja untuk mendapatkan maklumat gosip sensasi terkini berkenaan. Ayah Arka pun tersangatlah marah dengannya.

Berbalik kepada restoran daging panggang Me'nate Steak Hub ini, secara peribadinya penulis masih lebih gemar dengan restoran Ladas (bukan nama sebenar) di KLCC atau midvalley dan Stesen keretapi Victoria (pun bukan nama sebenar) Jalan Ampang kerana suasananya yang lebih nyaman, selesa, selamat, nikmat (baca: cosy, cozy).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 8 July 2015

POLITIK SEGENGGAM TAMAR



PETANG kelmarin anak lanang bocah cilik penulis itu telah memberitahu untuk membeli pensil khatnya yang baharu. Mula-mula penulis ingatkan batang berus untuk tulisan cina atau kelas lukisan. Tetapi pensil istimewa untuk menulis tulisan khat jawi.

Cerita lain lalat 1. Masa di param (pasar ramadhan), penulis menerima sekotak plastik buah tamar untuk berbuka puasa yang diagih agihkan dari parti politik. Sebenarnya banyak kotak tamar keluarga penulis terima pada petang itu.

Cerita lain lalat 2. Minggu lepas semasa penulis membeli juadah di param di Picturesque Hill (baca: Bukit Indah), tiba disatu warung brader jual nasi ayam bermadu, terpekik-pekik dia, 'takleh sebut madu depan pompuan nnti kene marah! ayam manis! ayam manis! tp dengan lelaki bole je cakap, ayam madu bang! ayam madu!' Gelak saja penulis melihat telatahnya.

Tuesday 7 July 2015

SOME RANDOM PHOTOS FROM LAST WEEKEND

Cikbibah Pepel with her 1:32 sibling.

KEBOSANAN mencipta kelainan. Penulis paparkan dalam entri ini beberapa gambiran rawak dari minggu lepas. Tiada cerita yang menarik untuk dicoretkan.

Cuma kelmarin penulis sempat ke seberang tambak membeli suratkhabar dan terus berlarian ke pantai medan ikan bakar port dickson merakamkan momen matahari tenggelam yang menawan juga.

Monday 6 July 2015

BEAUTIFUL GIRLS NEED LOVE TOO



KELMARIN sempat lagi penulis menghadiri cabutan bertuah di Danga City Mall.

Walaupun para pengunjung yang bertuah terpilih ke cabutan bertuah ini tidak ramai, namun penulis masih tidak berjaya mendapat apa-apa hadiah yang ditawarkan, hatta hamper yang bernilai RM50 itu. Pemenang hadiah pertama yang comel lagi cun melecun diatas ini memenangi telefon pintar Samsung Galaxy S6 Gold. Sudah bukan rezeki penulis kali ini (ayat penyedap hati).

Sunday 5 July 2015

THE FIRST WEDDING PHOTOBOOK



AKHIRNYA bukufoto (baca: photobook) yg penulis reka sendiri telah sampai dengan selamatnya. Penulis berpuashati jugalah sebab kualitinya lebih baik dari yang penulis harapkan.

Saturday 4 July 2015

INDUSTRI MINYAK DAN GAS PENUH CABARAN

"where the grass is green and the girls are pretty"
Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur


HARINI (1 Julai) harga minyak Ron 95 naik lagi. Biarkan, biarkan. Bebienornya penulis sudah hendak mengisi minyak yang tiggal suku tangki semalam, tapi tidak perasan hari ini harga minyak akan dinaikkan. Biarkan, biarkan.

Cerita lain. Pasal kontrak penulis sebagai pemotong rumput sekolah cina yang akan tamat minggu depan. Kelmarin penulis sudah berjumpa dengan penyelia berbangsa benggali yang kurus kering itu. Ingatkan penulis berjumpa sekadar ingin memberitahu pasal kontrak penulis saja, tetapi penyelia benggali (bukan nama sebenar) telah mengajak penulis duduk mendengar ceramahnya saja. Penulis pun layan juga sebab tiada unsur-unsur politik yang keterlaluan. Antara intipati yang diperbualkan:

1. Harga minyak masih ditahap rendah, USD60 setong, jadi peluang kerja masih tidak stabil kerana Petronas pun tidak memberikan projek-projek baharu.
2. Amerika sudah punya simpanan minyak yang banyak selepas menjajah Iraq dan Afghanistan, jadi tidak hairan kalau negara Opec memboikotnya.
3. Amerika sudah berjumpa sumber minyak asli di Alaska dan akan menggunakan teknologi menggali yang canggih.
4. Insuran adalah penting untuk menjamin dan menyara kehidupan akan datang sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangka.
5. Penyelia memberitahu beliau juga berasal dari Pontian, tempat yang menarik lawatan pelancong selain Tanjung Piai (the most southern tip of Asia continent) ialah transit feri ke Tanjung Balai. Apa ada di Tanjung Balai? Ramai pelawat dari Singapura ke Tanjung Balai melanggan comfort ladies (pelacur). Katanya, pelacur di Tanjung Balai antara yang termurah di rantau ini.
6. Untuk mengelakkan dijangkiti penyakit Aids, haruslah pakai kondom. Kalau kondom takut bocor, sila guna dua kondom sambil penyelia menunjukkan cara menggunakan 2 kondom. ;p

Lamalah juga penulis mendengar bebelan penyelia itu. Bebienornya juga, penyelia benggali itu baru saja menjalani pembedahan mata. Jadinya, beliau terpaksa memakai cermin mata gelap sementara penglihatannya kembali pulih. Kos pembedahan mata beliau ialah sembilan hibu hinggit, berbanding kos melaser mata penulis dulu pun baru tiga hibu hinggit saja. Mungkin sebab permasalahan biji mata kami yang berbeza agaknya. Dan kos minyak mesin rumput pun meningkat juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday 3 July 2015

PERSONAL REVIEW | DIECAST MERCEDES BENZ



Selepas beberapa tahun mengusung ke hulu ke hilir kereta mainan diecast Mercedes Benz C-Class warna putih itu, penulis mula berangan untuk membelikan satu lagi kereta mainan yang sama. Sebab lain ialah keadaan baterinya yang semakin lemah dan kerapnya terjatuh kerana kecuaian penulis sendiri ketika menangkap gambarnya.

Maka penulis pun gigih meng-google, dimanakah kedai permainan menjual kereta diecast ini?

Thursday 2 July 2015

KAK SUIDA GARANG | DURIAN RM2



KELMARIN petang masa penulis sedang memotong rumput di padang sekolah itu (ini ayat skema), ada rakan lama (pangkat abang) menelefon. Dia tanya kalau-kalau sekolah tempat penulis mencari rezeki sekarang ada kekosongan untuk jawatan pelukis pelan untuk anak perempuan beliau. Penulis katakan tidak pasti, kena bertanya orang yang bertugas di jabatan sumber manusia juga. Tapi penulis sempat bertanya kenapa tidak mencuba sekolah yang dia sedang bertugas? Dia menjawab, 'wak, dulu anak dara abe penah keje sini, tapi tak sanggup selalu kene marah dgn Kak Suida (bukan nama sebenar).'

Cerita lalat lain. Minggu lepas ada rakan setugas menawarkan durian dua hinggit sebiji yang dijual oleh persatuan orang orang surau tempat beliau menetap, nun jauh di Puchong. Memeylah penulis tidak percaya, harga murah tahap cipan kalau betullah kan. Jadi, penulis sudah pesan sepoh biji saja. Bila penulis bertanya tentang durian itu, beliau janji penghantaran kerumahnya hari ini. Tetapi bila penulis dah bersiap sedia dengan keris dipinggang, lori 1 tan, van buruk penulis itu, tiba-tiba isteri rakan itu pula memberitahu bahawa penghantaran sebenarnya pada minggu hadapan. Kuchivalah sedikit rasa hati penulis kerana terpaksa menunggu pula. Untuk mengubat rasa ke'kuchiva'an itu, maka penulis pun belilah durian 'musang king' tepi longkang dalam perjalanan pulang dari memotong rumput tadi (ayat skema lagi). Durian dalam plastik sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 1 July 2015

2 MUZIUM LOMBONG BESI



KELMARIN dalam perjalanan pulang, penulis sempat lagi singgah di dua muzium lama. Yang kesatu (pertama), penulis telah keluar dari Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan mencari dan berjumpa dengan tapak peninggalan lombong besi di Bukit Besi. Penulis hanya melawat mini muzium yang terletak di bangunan Ketengah (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah).

Yang kedua, penulis juga singgah di Muzium Lombong Besi di Sungai Lembing. Ini adalah juga pengalaman pertama penulis ke muzium ini yang terletak jauh nun di hulu sungai. Ditengahari yang terik juga amat melesukan. Asyik mengeluh saja tak baik kan. Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih, maksudnya aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu. Amin.

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat