Tengahari tadi, Khamis 28/3/17, penulis telah berlarian 🏃🏃🏃 ke
pejabat peguam di
Bandar Dato Onn untuk temujanji dengan
pembeli flat rumah murah. Ada dua
kekalutan pada urusan hari ini.
Satu. Penulis hanya perasan setelah menandatangani kesemua
surat perjanjian SPA (baca,
Sales Purchase Agreement) bahawa ejaan nama penulis
tidak ditaip 📠 dengan betul seperti didalam mykad penulis. Alasan ahkak peguam, "
tuari kami tak dapat ic wak lah!" Penulis
minta tukar dengan nama yang betul. Tunggu lagi 13 minit.
Dua. Peguam ini haruslah
menghormati waktu
rehat tengahari untuk makan 🍙🍙🍙. Tidak boleh berurusan di
luar waktu pejabat dan juga
waktu rehat. ⏰⏰⏰ "
Dont mix business with pleasure," katanya.
Haruslah berurusan di waktu pejabat
SAHAJA.
Tiga. Semalam
penulis sudah beritahu
pembeli bahawa penulis
tidak akan sain surat SPA sekiranya tidak dapat
10% duit cengkeram. Tadi,
peguam maklumkan bahawa
baki duit cengkeram akan dibayar pembeli selepas
permohonan KWSP pembeli untuk pinjaman bank 100% diluluskan. Silap penulis
tidak tegas, sepatutnya penulis boleh
tidak mahu sain SPA. Tapi penulis
ikut sajalah arus dan
sain kesemua dokumen SPA yang telah tersedia.
Tiba-tiba pembeli kata dia ada bawa
duit cengkeram yang baki itu. 💸💸💸
Gumbira lah hati penulis. 😂😂😂
Nota lalat.
Urusan jual beli flat rumah murah ini sudah berjalan hampir
setahun dan hampir selesai.
Tiada ejen hartanah terlibat semasa urusan jual beli ini.
Nota kronologi masa pembelian flat rumah murah ini 🏘🏘, untuk rujukan:
13/11/1998 - tarikh beli (SPA), 19 tahun dahulu. Pinjaman bank: Ambank
5/10/2015 - setelah berbincang, penyewa setuju beli flat rumah murah
8/11/2015 - SUK & PTG permulaan permohonan jual beli.
28/10/2015 - selesaikan urusan cukai harta, cukai tanah, geran hakmilik di SUK & PTG Nusajaya
10/11/2015 - PTG nak salinan geran strata dari pengurusan
14/11/2015 - peguam TKK & Co Plaza Pelangi utk urusan tukarmilik strata kepada nama penulis
1/3/2016 - peguam TKK & Co selesaikan kes original strata title geran.
16/5/2016 - SUK luluskan permohonan PERTAMA. KESILAPAN - harus terus pergi ke PTG utk kelulusan pula. Demm.
*kesilapan besar disini ialah bila pembeli melantik loyar yang tidak buat kerja. Hanya 6 bulan surat SUK laku, akhirnya terbatal kerana tamat tempoh.
2/1/2017 - surat pembatalan pertama oleh SUK diluluskan
9/1/2017 - penyerahan dokumen permohonan KEDUA dikaunter SUK
26/1/2017 - dpt surat SUK, pergi ke PTG serah dokumen
12/2/2017 - dpt surat kelulusan PTG yang ditunggu-tunggu
3/3/2017 - bank loan pembeli diluluskan
28/3/2017 - sign SPA dgn pembeli dipejabat peguam, dan 10% deposit
Updated:
17/8/2017 - peguam menyerahkan cek baki bayaran 💲💲💲- alhamdulillah,
case closed.
Nota pengajaran. Urusan jual beli
tanpa ejen ini mengajar penulis banyak perkara. Yang penting, dokumen berikut harus diselesaikan, mengikut turutan kepentingan:
1.
Geran hakmilik strata (rumah flat berkelompok) sudah ditukar ke nama penjual.
2. Selepas mendapat
kelulusan SUK, haruslah
terus ke PTG bersebelahan saja utk mendptkn kelulusan Pejabat Tanah pula.
3. Bil semasa spt
cukai harta (majlis),
cukai tanah (pengurusan) haruslah terkini
4. Dokumen peribadi penjual (spt ic dan SPA rumah lain) dan pembeli (dan isteri) spt ic, surat beranak, payslip, pengesahan majikan, penyata KWSP dll.
Blog bukanlah hakmilik kekal.