Saturday 27 April 2019

BAS SEKOLAH & MASAI GREENS



Urusan pendaftaran anak wedok ke matrikulasi Kuala Pilah dilakukan di hari minggu.

1. Isi borang-borang matrikulasi. Siap.
2. Mencari ketua kampung tetapi sudah ditukar. Terpaksa berjumpa penghulu di Jabatan Tanah & Galian Larkin. Siap.
3. Beli perkakasan dan keperluan asrama di Tesco. Siap.
4. Beli beg sekolah anak lanang bocah cilik. Siap.
5. Anugerah pelajar cemerlang sekolah anak wedok (SPM). Isteri penulis hadiri (Ahad). Siap.
6. Buka akaun Bank Rakyat. Isteri penulis uruskan (Isnin). Siap.
7. Bayaran matrikulasi di kaunter BSN (Ahad). Siap.
8. Cuci gambar ukuran paspot untuk borang matrikulasi. Siap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 24 April 2019

BUKIT JELUTONG GREENS



Kadang-kadang selepas tugasan memotong rumput, penulis lepak sebentar ditepian Jalan Astaka.
Memikirkan masa hadapan.
Mungkin masih ada kehijauan disebelah sana.
Amin ya robbal alamin.

Updated 6/11/2021. MasyaAllah. Looking back at this post, and fast forward more than 2 years ahead. Soon 1 month after this post, I got a job at Great Eastern mall for 6 months. Then I worked at Kelana Jaya for 3 months before I quit. Ironicaly I got hired instantly with a Singapore offshore company on April 2020 when the covid-19 pandemic started. Although it's a 6 month renewable contract, now it's been 19 months with the same company and currently I'm in Doha Qatar and going to offshore platform very soon. InsyaAllah. 

Movie online lalat: Neon (2003)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday 19 April 2019

MANGIFERA INDICA



Pauh, nama saintifiknya Mangifera indica ialah spesies buah mangga dalam keluarga Anacardiaceae. Wikipedia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday 17 April 2019

TAPAK



Malam kelmarin sudah berlarian ke TAPAK, medan selera berkonsep trak makanan.

Penulis pesan chicken chop blackpepper sahaja sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 15 April 2019

PROTOTYPE



Kelmarin penulis singgah sebentar di pusat servis Proton di Chan Sow Lin itu.

Movie lalat:
1. Risky business. 1983
2. Young and Beautiful. 2013
3. Jungle. 2017

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday 13 April 2019

SENAI AIRPORT SUNRISE



Eh, bukan penulis mahu terbang kemana-mana ya.

Movie lalat.
1. Unfriended
2. Unfriended: Dark Web
3. Before I Fall

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Thursday 11 April 2019

RETAIL APOCALYPSE: SPACE U8 MALL BERHANTU

Space U8 Mall Bukit Jelutong  @2019


Tajuk entri yg menyeramkan. Kan?
Sebenarnya penulis telah singgah menjenguk pusat belibelah Space U8 yg berdekatan tempat penulis memotong rumput ini.

Tinggal beberapa penyewa kedai sahaja yg tinggal.
Pawagam MBO, MR DIY, restoran Subway dan kedai mamak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


















Wednesday 10 April 2019

PENGALAMAN TERTUKAR KAD TOUCHNGO DI LEBUHRAYA PLUS



Ini adalah kisah penulis tertukar kad touchngo untuk kali kedua.

Pagi kelmarin penulis guna kad touchngo semasa masuk lebuhraya Plus di Simpang Ampat.
Di Pentronas hentian Rehat & Rawat Seremban, penulis tambah nilai kad lama sebanyak rm100.
Tetapi semasa keluar di Plaza Tol Shah Alam, penulis tertukar kad touchngo pula. Demm.

Penulis pun telefon khidmat pelanggan Touchngo 03-27148888.
Operator perempuan suruh penulis ke pejabat Touchngo berdekatan untuk dapatkan rebet segera.
Jika operator perempuan itu buat urusan mengambil masa 30 hari.

Penulis pun berlarian ke Plaza Tol Damansara.
Penulis isi borang.
Penulis pun terima kembali perbezaan harga tol.

Movie lalat.
1. Happy Death Day
2. Happy Death Day 2u
3. The Foreigner
4. Bumblebee
5. The Meg
6. The Conjuring

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 8 April 2019

THINGS I DONT LIKE TO EAT




Dalam usia sebegini, penulis tidak suka makan lobak dan sosej.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Sunday 7 April 2019

PLUMBER TUKANG PAIP BUKIT RAMBAI



Senarai tukang paip sekitar Bukit Rambai Melaka 2019.
1. Apek Lim - tiada wasap, lokasi guna mulut. Upah servis, buka tutup kumbahan dalam rumah rm150. Upah bersihkan kesumbatan dalam rm800! No hp 012 6028355.
2. Haji Mat - paling popular. Tapi berkesempatan datang tengok pada hari Selasa, 4 hari lagi! Anggaran upah rm250-450. No telefon 06 335 4845.
3. Hafiz Wadah Menang - perkhidmatan lebih profesional. Datang keesokan harinya kalau tidak sibuk. Anggaran upah rm150-250. No hp 012 6230657. Kemaskini: upah selesai kerja ialah rm250.
4. Indah Water IWK Melaka tidak dapat dihubungi macam haramJ.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Thursday 4 April 2019

BENTO NASI LEMAK



Nasi lemak bungkus dengan sebutir karipap dan air kotak soya.
Bajet ialah lima hinggit.

Tengahari tidak makan nasi.

Nota lalat. Peraduan shell di stesen minyak Kinrara itu sudah kehabisan borang pula. Yo wes.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday 1 April 2019

BUKIT JELUTONG MENJERIT



Pagi tadi penulis singgah lagi di stesen minyak Petronas selepas keluar dari plaza tol Bukit Jelutong.

Masa mengambil parkir, tiba-tiba ada van sekuriti bagi signal untuk masuk parkir tempat yang sama. Manalah penulis perasan. Tapi bila penulis tanya samada beliau hendak parkir, dia gelengkan kepala pula.

Nota movie lalat. Yg sempat penulis tonton wayang Iko Uwais full movie online:
1. The Raid 2 (2014)
2. Merantau (2009)
3. Triple Threat (2019)
4. The Night Comes For Us (2018)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat