Sunday, 2 July 2017

CARA MEMBUKA PINTU KERETA PROTON SAGA FLX BAGI KUNCI YANG TERTINGGAL DALAM KERETA



Pagi-pagi tadi penulis tertutup pintu but belakang kereta anak lanang itu. Dan teringat satu-satu kunci kereta yang ada pun tertinggal didalam but. Aiyah.

Setelah menarik nafas seketika, ada beberapa cadangan yang berlegar-legar dalam minda.

1. Kunci pendua pada anak lanang yang jauhnya 350km di selatan tanahair. 4 jam untuk penghantaran, tidak termasuk kos minyak dan tol, pergi dan balik.
2. Ambil penyangkut baju dan umpil. Untung sabut timbul.
3. Ambil pembaris besi dan jolok. Untung batu tenggelam.
4. Pecahkan cermin tingkap. Kos penggantian cermin boleh mencecah berjuta-juta lemon.
5. Telefon mamat cina tukang kunci di Taman Kosas. Upah buka pintu paling kurang RM20 saja. Harap-harap mamat cina tak cuti.

Solusi lalat. Telefon mamat cina, DNL bukan nama sebenar, dtg setengah jam, cucuk lubang kunci pintu kereta dgn alatan canggihnya, ludah sana ludah sini, tak sampai dua minit siap. Bila tanya upah, "nam poh hinggit sudah wak!" Aiyah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

12 comments:

  1. Sekarang apa pula keputusan.. Nak tahu bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahar, x sempat nk tulisan solusi nyer., nak senang call je mamat cina tu.. jnji dtg setengah jam, bukak kunci pintu kete x smpi 2 minit je., huhu2 tp kene byr rm60 lar upahnye pulak kann.,

      Delete
  2. Kalau keta kancil guna solusi ke 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo okay ye kang WP., senang kene jolok je .,

      Delete
  3. amboi 60 hengget, apa boleh buat..tu je solusi paling tak menyusahkan badan. susahkan poket sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lar cik sal., nak cepat nk senang., bayar je lar.,

      ps. Selamat hariraya ciksal yee., nk duit raya dtgla umah., hikhik2

      Delete
    2. ceh..dah balik masai cmane..

      Delete
  4. Klau keta kelisa sy tau caranya wak. Tp takut nk share sini takut disalahguna. Kena pm tepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah makSiti terrer dh bukan pintu kelisa kalo tertingal kunci., leh save nam poh hinggit gituu., ;p

      Delete
  5. sekarang semua kemain rege melampau.. dia jual skill hehehe..

    ReplyDelete
  6. Sama! Saya pun akan telefon pomen untuk selesaikan masalah ni, senang!

    ReplyDelete
  7. Adakah anda mempunyai cadangan kereta yang baik? Bagaimana dengan Proton Saga? Proton

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat