Wednesday, 25 February 2015

POS LAJU VS G-DEX



INI adalah pengalaman saya menghantar barangan anak dara saya ke kolejnya.

Sebelum raya cina, saya telah pergi ke Pejabat Pos, tetapi ramainya orangramai (70 orang) menunggu giliran, maka saya terpaksa tangguhkan, lagipun pejabat pos berkata tiada penghantaran pada minggu tersebut disebabkan perayaan. Esoknya saya cuba bertanya kaunter bergerak G-Dex dalam van yang berada ditepi longkang jalan, tetapi saya terkejut juga sebab mereka (G-Dex) hanya menghantar dokumen saja. Barangan yang saya hendak hantar ialah pemasak kuih jepun yang menggunakan elektrik, makanan cokelat kit-kat kegemaran anak dara.

Dipendekkan cerita, kelmarin saya pergi lagi ke Pejabat Pos yang sama. Saya datang agak awal dan selepas menunggu giliran (14 orang), saya diberikan kotak pra-bayar poslaju (RM30) untuk dimasukkan barangan yang dikirimkan. Itu saja pengalaman saya. ;)

8 comments:

  1. Ngeh...ngeh..ngeh... lu pikir lah sendiri

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak hantar cakar ayam 3 bungkus ke Johor....alahai murah sangat costnya.....Ni htr mana? Oversea yer TL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murahla blom GST kann., Ni hntr sempadan siam jeeer ;p

      Delete
  3. kotak tu boleh muat barang utk berat 10kg RM30...kalau Wak bungkus sendiri then pegi timbang agak2 harga lebih murah org lagi mahal..

    ReplyDelete
  4. kdang2 tu geram juga sbb nk hantar brg nipis pun kena guna pos rm 6 tu..

    ReplyDelete
  5. Pernah post novel je.. bungkus sendiri, tak sampai Rm10 rasenye..

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat