Sunday 28 May 2017

CERITA YANG TIDAK DIDAPATI DALAM SURATKABAR MELAYU

Due to my own procrastication to replace the brake pads, the brake discs now got damaged already.

Sabtu, 27 Mei 2017 bersamaan 1 Ramadan 1438H.

Untuk baca entri penukaran brake pads, sila tanggal di 29/9/12 selepas 5 tahun.
Untuk baca entri penukaran tayar Michelin, sila penyamaan di 3/8/13 selepas 4 tahun.

Hari ini aktiviti menukar tayar kereta.

10.10am, sudah tiba di kedai tayar Hawk. Tukar 4 tayar jenis Michelin 195/65/R15 sama seperti yang lama. Tukar brake pads, dan sensor.



12.12pm, siap tukar tayar. Tapi masa perjalanan pulang ke gagang, dan singgah kedai, penulis tidak boleh buka pintu pemandu. Penulis pandu semula ke kedai tayar Hawk. Pomen cina ingat memang tombol pintu sudah rosak lama.

1.01pm, pomen cina suruh ke kedai accesories di belakang. Mula2 mamat cina muda kedai accessories itu periksa saja tombol pembuka pintu. Pasang telinga dekat tepi pengunci, mamat cina muda yang pemalas itu beritahu kena tukar semua satu set. Aiyah. Penulis tanya boleh dapatkan dahulu spare parts dengan harga sekali sebelum menggantikannya. Dia pun sibuk kehulu hilir ambil nombor kereta, jenis kereta dan minta penulis tinggalkan nombor telefon. Tiba2 ada kawan sekerja dia mamat cina yang agak senior, cakap "nak tukar satu set manyak mahal mah." Penulis suruh periksa harga dahulu, nanti penulis putuskan samada mahu tukar ataupun tidak. Tiba2 mamat cina senior ini pergi semula ke pintu cikputih, dibuka panel pintu dengan teliti, periksa dan dapati ada bracket pemegang wayar yang patah. Mamat cina senior tanggalkan panel pintu dan bawa masuk ke dalam bengkel. Mamat cina tampal balik bracket yang patah dan letak gam raja sultan melaka. Tiup2 gam, ludah sana ludah sini, tiup lagi sudah siap. "Gua sudah kasi Wak save libu libu hinggit mah," katanya tersengih-sengih sambil pasang balik panel pintu kereta tapi ada pula satu pin yang patah. Ganti pin yang patah. Siap semua, mamat cina senior cakap pada penulis, "wak, dua poh lima hinggit sudah."

Untuk baca entri tip-tip pilih tayar kereta, sila putar di SINI.
Untuk baca entri perempuan wajib tahu cara tukar tayar, sila umpil di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

While waiting, now is time to read the chinese newspaper... China Press only maa...

What drives American is our kopi-O... Read the story >>> HERE

Dinner night of "rambut kunyit"... please add LINK here ...

"Sorry to pull your son's hair" apologised the teacher ...

The old chinese lady is 102 and got lucky ... The Malay old lady is 120 years...

He just used the king glue and some wooden fragments to repair my broken door knob ... So I can save thousands of ringgit ...

3 comments:

  1. wah.. saya suka owner bengkel macam tu.. confirm tak pergi kedai lain dah.. ;)

    ReplyDelete
  2. Waaaaa Wak sudah save berlibu-libu lor..
    Kalau pompuan mcm saya tentu panik Wak, terus tukar padahal minor problem jer..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat