Sunrise on the causeway. It was very clear traffic. I like it. |
Ahad pagi yang hening, penulis telah berlarian ke seberang tambak. Hari ini penulis terpaksa mencari tempat untuk menambah nilai kad Autopass kereta cikputih penulis (yang ini). Pengalaman yang mencabar juga sebab ini pertama kali penulis mencari di Woodlands. Sebelum ini penulis biasa akan tambah nilai di tengah bandaraya Singapura.
Sebelum masuk, kereta cikputih penulis ditahan untuk pemeriksaan agak rapi. Pegawai kastam cina itu bertanya, "is this your car? Where are you going sir?" Penulis beritahu akan ke Woodlands sahaja. "and for?" katanya lagi. Penulis cakap penulis hendak membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.. "You are trying to be funny eh? Dont play play ahh wak! Gimme your passport. Please open up your boot and front bonnet too!" perintahnya lagi. Penulis akur sahaja dan bercukur kerana pegawai tersebut melepaskan penulis dan tidak menahan terlalu lama disitu.
Akhirnya setelah pusing keliling bandar lama Woodlands mencari tempat tambah nilai Autopass tapi tidak berjumpa, penulis pun singgah di stesen minyak Esso berdekatan stesen MRT Kranji. Upah caj untuk tambah nilai ialah 50sen duit Singapura ya.
Bila pulang ke gagang pula, keadaan sesak agak teruk di CIQ Bukit Cagar. Hampir sejam penulis dan cikputih bercinta disitu. Bila penulis pinta untuk mendapatkan cop paspot sebagai kenang2an, pegawai matcha itu memberitahu, "poyo je la wak nih, wak nak buat ape? mana ada orang chop paspot mesia sekarang wak?" Aiyah. Habis, paspot Singapore itu tidak perlu dicop lah kan?
Lepas dan lega dari kesesakan di tambak, penulis terus ke Plaza Larkin mencari roti kacang pool yang fofuler itu. Tapi makcik kacang pool tiadalah menyediakan wang kecil sehinggit. Jadi sampai entri ini diterbitkan, penulis masih berhutang sehinggit dengan makcik kacang pool itu. Semoga penulis tidak lupa untuk membayarnya kemudian. Kata ahkak Jan (yang baru kena cerai) dulu pernah mencebikkan bibir, "kalo tak bayar hutang, nanti mati roh kita tergantung antara bumi dengan langit je!" Poyoh je kan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The current exchange rate is 3.09 but to buy the Singapore Dollar is 3.12!. Lorong 2, Jalan Lingkaran Dalam, JB. |
After topup, now I dont have to worry about the next entrance by car again. |
Near to CIQ Woodlands. |
Kacang Pool Plaza Larkin. I still owe the owner of rm1. |
Cepat ke hadapan...
Jam 4.04 petang, penulis sekali lagi ke bandaraya. Kali ini bersama-sama anak lanang bocah cilik yang baharu pulang dari sekolah agamanya. Mula-mula kami ke Danga City Mall yang hidup segan mati tidak mahu itu. Tujuan untuk memperbaiki portable hardisk isteri penulis (yang itu) yang baru dibeli 3 bulan lepas dan masih dalam waranti. "Kami kena hantar ke Toshiba, dua bulan wak kene tungu mah," kata abam cina jurujual tingkat 2 disitu.
Jam 5.05 petang, dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis singgah semula di Plaza Larkin. Penulis bayar baki hutang sehinggit tadi pagi di gerai Kacang Pool. Makcik Kacang Pool pun sudah lupa. Kemudian penulis melayan anak lanang bocah cilik itu makan ayam potong (baca, chicken chop). Sepinggan tak cukup, katanya. Penulis pesan lagi sepinggan ayam potong yang sama. "Abah, boleh tak anaknda tapaw chicken chop lagi?" Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan makcik kannns? OTL
S17, Western & Sizzling, Plaza Larkin. |
wah, belum pernah lagi rasa kacang pool tu wak, nampak sedap ;)
ReplyDeleterasanye kat key ell pon dh ade kacang pool tuu ye cikgu ., ;p
Deleteteringat kenangan masa saya salah masuk lorong kastam kat antara sempadan johor singapura, seram dengan kastam singapore huhu
ReplyDeletepengalaman berharga tu cikgu kann., lenkali leh hati2 ., hikhik2
Deletejadi boleh top up ke tak wak?.i pun masih ada dan simpan card tu lagi even dah hampir 12 tahun tak ke sana.
ReplyDeletebole je topup ye mkcik ., ade duit semua bole jadi., hikhik2
Deletewahh 12 tahun tuuu., asek ke kashmir je kannn ;p
sedap kacang pool tu
ReplyDeletetakla sesedap mana., huhu2
DeleteTak pernah berjaya lagi nak rasa macam mana sedapnya kacang pool tu.
ReplyDeletekesedapan tu ilusi je semata2 ye kakMah ., hahar2
DeleteSedap sungguh chicken cop tu sampai ditmbh tapaw lg
ReplyDeletelayan budak nak membesar tgh selera naik tu mkcikPah yee., huhu2
Deletesama ke yg kacang pool kat bomba larkin tu?
ReplyDeletedengarnye kacang pool bomba larkin tu dh pindah ke situ lah., ;p
Deletealhamdulillah..sempat Wak bayar ye
ReplyDelete