Monday 19 January 2015

AIR PARAS KETING



MINGGU lepas saya mula-mula bercadang hendak ke Temerloh, saja mahu jalan-jalan melihat keadaan selepas banjir. Tapi keinginan saya juga meluap-luap untuk menziarah masjid usang misteri di tepian Sungai Perak yang pernah diceritakan oleh blogger Si Merah Silu, juga tuan punya blog Berpetualang ke Aceh dan Art Melayu. Selepas bertanya kepada seorang pakcik di kampung yang berdekatan, saya pun tiba di Kampung Teluk Memali yang sedang dilanda banjir. Jadi hajat saya untuk ke masjid misteri itu tidak kesampaian juga. Gambar diatas saya ambil di hentian bas ditepi longkang jalan saja yang dijadikan tempat tinggal sementara dua orang tua kampung tersebut.

Sekarang ini saya tahu mengapa masjid usang (misteri lah sangat) dan kampung (bandar kah?) sekitarnya telah ditinggalkan tanpa penduduk. Dan kampung tersusun yang baru dibina itu juga tetap ditenggelami banjir juga selagi mereka tidak dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.

Masa musim banjir baru-baru ini juga, tajuk 'air paras keting' itu saya baru mengetahui maksud dan makna 'keting' iaitu bahagian kaki dibelakang buku lali. Dan kawan saya itu juga memberitahu bahawa urat keting lembu memang sedap kalau dibuat sup. Contoh ayat lain, keting lembu Dogol ditakik orang.

8 comments:

  1. Replies
    1. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ya., uHhuu

      Delete
  2. kesian plak bila tengok gambar tu.. huhu

    tp bila mention sup urat keting tu tetiba lapar lah plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee pernah makan sup urat keting yang sedap itu kahh., ;p

      Delete
  3. Mujurlah masih ada yang sayang. Masih ada yang sudi membantu bukankah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg maseh prihatin kann., alhmdulillah

      Delete
  4. Wak tak tahu yg mana satu bahagian keting tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang dengar tu yg x amek port., kuikui2

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat