At the receptionist @2022 |
Sabtu, 16 April 2022.
Doha, Qatar.
CONFIRMED FLIGHT
Semalam sudah periksa dengan ejen.
Tiket penerbangan pulang sudah diterima.
Hari ini wak kena buat pemeriksaan PCR.
Wak sudah beritahu semalam dengan mamat logistik yg baharu, bro JOH.
FREE SAHUR
Semalam masa turun dari apartment AWI.
Mamat Indon yg duduk sebilik sudah beritahu.
Pasal ada makanan untuk wak bersahur pagi tadi.
Dan tadi kami berborak2 juga.
Pasal pekerjaan mamat ini di offshore.
Sebagai EIT inspector, katanya.
Dia pernah pergi Singapura bersama keluarga.
Tapi belum pernah ke Johor lagi.
Pagi tadi wak sudah bepergian ke klinik Nassem.
Pukul 8.30am sudah tunggu di receptionist.
Di klinik tidak lama urusan wak untuk pemeriksaan PCR.
Cuma kena tunggu mat salleh sorang ini yg berbalut siku tangan.
Tidak seperti selalu, driver parking kereta di basement.
Semasa pulang ke apartment, wak minta driver tolong tinggalkan di Corniche.
Wak jalan kaki sahaja ke medan Piala Dunia penghitung hari hujung tahun.
Tidak ramai orangramai disitu.
Sehingga abam guard dari Uganda datang dan sudi ambilkan gambar wak sorang diri.
Sebelum wak blah, wak sedekahlah sedikit duit riyal.
Alhamdulillah.
Ooh.
Pasal keadaan suhu di luar memanglah panas berdeting.
Yg panas ialah bahang.
Bayangkan kalau di Masai mesti sudah berjujuran peluh keringat.
Disini seperti berpeluh tapi air peluh sejat diluar kulit.
Tapi disebabkan wak pakai topi, maka basahlah juga topi itu.
OLE-OLE DARI QATAR
Di Souq Waqif wak cuba cari ole-ole Qatar.
Agak mencabar juga kalau mahu membeli cenderahati di negara orang.
Sempatlah juga wak beli t-shirt Qatar, dan selendang Kashmir.
Bila di stesen metro Msheireb, wak agak kalut.
Kerana sudah hampir 3 bulan ditengah lautan.
Tercari-cari juga stesen mahu ke DECC.
Rupa2nya kena naik lrt ke satu lagi stesen.
HOW TO ACTIVATE MAYBANK CARD OVERSEA
Tadi wak cuba call customer service Malaysia.
Pasal mahu aktifkan atm card wak.
Boleh mamat Maybank itu suruh buat guna maybank2u sahaja.
Tapi tidak boleh guna henfon apps.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
wah..nak balik raya. seronoknya! moga semua urusan Wak Lat dipermudahkan & berjalan dgn lancar...aamiin!
ReplyDeletesemoga selamat sampey
ReplyDeleteAlhamdulillah semuga selamat sampai melesia wak. Selamat hari raya wak
ReplyDeleteEmas bergulung-gulung tu oleh-oleh untuk puan isteri ke wak. juling mata tenguk gelang emas cam tu
ReplyDeleteTak dan le wak tenguk world cup tapi dapat posing medan world cup pun jadi le kan wak
ReplyDeleteSeronoknya nak balik kampung beraya kan wak eh saya pula teruja nak balik kampung beraya juga hehehe
ReplyDeleteWak...balik terus ke balik cuti raya je ni?
ReplyDelete