Monday, 23 February 2015

AIR PAPAN



KELMARIN saya sudah beriadah di pantai Air Papan pula. Kerana tiadalah perancangan awal, maka terpaksalah saya membeli tuala mandi, dan beberapa baju dan seluar basahan disana. Dan sekarang saya bercita-cita hendak membeli khemah pula untuk aktiviti beriadah dimasa akan datang.

Nota lalat. Air Papan, berkoordinat 2°30′59.26″N 103°50′5.6″E, (GPS 2.518402, 103.833573) merupakan sebuah pantai yang terletak di Kampung Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Terletak kira-kira 12 KM utara Mersing, pantai ini adalah popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Mereka boleh berenang di dalam air biru, bermain permainan di pantai yang luas atau hanya duduk dan berehat di bawah naungan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai. Dari sini, pengunjung boleh melihat dengan agak jelas gugusan pulau-pulau seperti Pulau Besar , Pulau Rawa , Pulau Tioman dan Pulau Tengah, serta pulau-pulau kecil berdekatan seperti Pulau Batu Gajah dan Pulau Setindan. - wikipedia







15 comments:

  1. first time saya dengar nama tempat Air Papan...cantik tempatnya...
    kalau di Perak ada tempat dipanggil Papan dan Pusing dan tempatnya dekat2.. jadi dekat signboard org akan baca Pusing Papan hehehehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar..apa salahnya beli khemah pun.aktiviti riadah yg best tu,.me suka!

    ReplyDelete
  3. ingatkan apa lah Air Papan ni.. nama tempat rupanya. hehe

    ReplyDelete
  4. Pernah saya sampai sini dulu2,pantai yg landai dan tenang tetapi amat merbahaya.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Air Papan, berkoordinat 2°30′59.26″N 103°50′5.6″E, merupakan sebuah pantai yang terletak di Kampung Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Terletak kira-kira 12 KM utara Mersing, pantai ini adalah popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Mereka boleh berenang di dalam air biru, bermain permainan di pantai yang luas atau hanya duduk dan berehat di bawah naungan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai. Dari sini, pengunjung boleh melihat dengan agak jelas gugusan pulau-pulau seperti Pulau Besar , Pulau Rawa , Pulau Tioman dan Pulau Tengah, serta pulau-pulau kecil berdekatan seperti Pulau Batu Gajah dan Pulau Setindan. - wikipedia

      Delete
  6. awat tepek gambar sikit sangat? tak puas tengok...

    ReplyDelete
  7. uiiii da nk ke tioman da ni yek....mmm bila laa akan smpi ni ;-)

    ReplyDelete
  8. dulu masa ibu tinggal kat Mersing setiap minggu pergi pantai nie......

    ReplyDelete
  9. CANTIKNYA PANTAI BERBATUAN GINI...PERNAH KE MERSING TAPI XPERNAH SAMPAI SINI...

    ReplyDelete
  10. unik nama pantai ni..nape mesti papan ye..hehe

    ReplyDelete
  11. Pernah sampai sini jugak tapi dah terlalu lama sangat ....kira mcm tak pernah pergilah gamaknya....Air dia kuat tak TL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. air dia berombak juga tapi tidak merbahaya pada masa itu..

      Delete
  12. luasnya kawasan pantai tu.. naik kuda best juga. hehee

    ReplyDelete
  13. waaa bestnya, leh tengok pulau? dari atas menara tinjau ka? ka camana tuh

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly